![]() |
Syarikat berganding bahu dengan Bintang Game of Thrones Star, Thor Bjornsson atau "The Mountain" dalam video pengambilan pekerja unik
AIRPORT CITY, Israel, 2 Februari 2018 /PRNewswire/ -- SodaStream International Ltd. (NASDAQ: SODA) hari ini menyiarkan kempen video pengambilan pekerja disruptif, "Join the Revolution" ("Sertai Revolusi"), yang bertujuan untuk menarik bakat luar biasa dari seluruh dunia untuk mengisi kekosongan jawatan di 45 negara.
Untuk menonton video, layari People.SodaStream.com/join-the-revolution
Video pantas itu menyerlahkan kualiti unik dan nilai syarikat sepanjang siri perbualan lucu antara Ketua Pegawai Eksekutif SodaStream Daniel Birnbaum, Bintang Game of Thrones, Thor Bjornsson atau turut dikenali sebagai "The Mountain" dan juga kakitangan SodaStream.
"Paksi utama SodaStream ialah orang ramai dan usaha menarik bakat luar biasa memerlukan cara yang juga luar biasa," jelas Birnbaum. "Tiada lagi timbunan resume untuk kami. Dunia sedang berubah dan sama seperti kami yang perlu menjadi kreatif untuk menarik pelanggan kami, kami perlu lebih kreatif untuk menarik bakat baharu. Kami mencari individu yang berani, kreatif, mampu bertindak pantas dan teruja untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Kami semakin berkembang pesat dan hanya mengambil mereka yang dapat menunjukkan prestasi luar biasa. Individu yang berpendapat bahawa mereka mempunyai ciri-ciri yang layak perlu tampil ke hadapan. Saya mempunyai tugas untuk mereka."
Rakaman untuk kempen video ini diadakan di ibu pejabat antarabangsa SodaStream dan kampus pengeluaran globalnya di Israel serta menampilkan kakitangan sebenar SodaStream.
"Kakitangan hebat SodaStream yang saya temui sepanjang tempoh projek kami mempunyai minat yang sama untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Saya berasa seronok kerana dapat bekerjasama dengan mereka dan saya tidak sabar-sabar menantikan kolaborasi kami yang seterusnya," kata Thor Bjornsson.
Terdahulu, Bjornsson berkolaborasi dengan syarikat ini sebanyak tiga kali dalam kempen-kempen yang memenangi anugerah "Heavy Bubbles," "Shame or Glory" dan "No Planet, No Christmas," kesemuanya mengetengahkan epidemik pencemaran global yang semakin teruk akibat botol plastik sekali guna.
Latar Belakang SodaStream
SodaStream ialah jenama air berbuih No. 1 di dunia*. SodaStream mendayakan pengguna untuk mudah menukarkan air paip biasa menjadi air berbuih dan air berbuih berperisa dalam masa beberapa saat. Dengan menjadikan air biasa seronok dan menarik untuk diminum, SodaStream membantu pengguna untuk minum lebih banyak air. Pembuat Air Berbuih SodaStream menawarkan penyelesaian yang amat berbeza dan inovatif untuk pengguna minuman ringan berkarbonat botol atau tin. Produk-produk ini menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan, selain mesra alam sekitar, berkesan kos dan boleh disesuaikan serta seronok untuk digunakan. Produk-produk ini tersedia di lebih 80,000 kedai runcit di 45 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut cara SodaStream menjadikan air suatu yang menarik, ikuti kami melalui Facebook, Twitter, Pinterest, Instagram dan YouTube, layari www.SodaStream.com
*Jumlah isipadu global yang diambil daripada Laporan Air yang Dipaket Global GlobalData 2017, berbanding maklumat syarikat SodaStream.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/636192/SodaStream_CEO_Daniel_Birnbaum.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/636193/SodaStream_Logo.jpg