omniture

Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global Uoolu 2018 berjaya diadakan pada 29 Januari di Beijing

Uoolu.com
2018-02-02 20:21 615

100 pemaju dari 22 negara hadir

BEIJING, 2 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 29 Januari 2018, Uoolu berjaya mengadakan Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global (GREIS) pertama dan Sidang Akhbar Penaiktarafan Jenama dan Platform di Wanda Vista Beijing. Sidang kemuncak berkenaan menghimpunkan beratus-ratus pemaju dari 22 negara, selain ratusan rakan media ternama ke sidang kemuncak tersebut, termasuk The Wall Street Journal, South China Morning Post, Reuters dan Financial Times.

Uoolu GREIS summit was fully packed
Uoolu GREIS summit was fully packed

En. HUANG Xiaodan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uoolu, menaik taraf jenama dan platform di lokasi sidang kemuncak. En. HUANG bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan pesat Uoolu, tetapi turut memberi tumpuan untuk menjelaskan tentang fokus baharu Uoolu, yang menumpu pada "transaksi" dan "pengurusan aset". Beliau turut menghuraikan empat aspek inovasi dan penaiktarafan Uoolu, termasuk pengurusan maklumat baharu, pembiayaan baharu, produk baharu dan portal baharu. En. HUANG turut menjangkakan globalisasi dan gabungan teknikal terhadap pelaburan hartanah global.

LU Chaobo, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi Uoolu, menyiarkan data daripada industri hartanah global, menunjukkan tiga inovasi utama: rentas-negara, rentas-sektor dan prestasi masa-sebenar. En. LU turut menonjolkan destinasi-destinasi pelaburan hartanah global yang utama serta ciri-ciri asas pihak pelabur Cina.

Sidang kemuncak ini merangkumi tiga perbincangan panel bagi meninjau isu-isu paling mutakhir dalam industri hartanah global, termasuk Trend Baharu Pelaburan Hartanah Global Diterajui oleh Hartanah + Pembiayaan, AI dan Rantaian Blok Memperkasa Pasaran Hartanah Global Dengan Inovatif dan Penakrifan Semula Hartanah Global melalui Kuasa Pembelian Cina + Internet. Dipengerusikan oleh Cik ZHANG Yiwen, rakan kongsi dan Naib Presiden Uoolu, Panel ketiga memperlihatkan cara paling cekap untuk menghubungkan pasaran antarabangsa dengan produk serta perkhidmatan demi memenuhi keperluan mereka dalam era Internet.

En. Huang Xiaodan, bersama-sama pemaju rakan kongsi strategik utama seluruh dunia termasuk Emaar dari UAE, Lennar dari AS, Origin dari Thailand, KI dari Japan, Berkshire Hathaway dari AS, Deyaar dari UAE, IP Global dari UK dan Raeon international dari Australia, turut serta menyalakan logo Uoolu.com dan melancarkan majlis penandatanganan strategik.

Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global sulung Uoolu merupakan satu acara besar-besaran untuk industri Hartanah pada tahun 2018. Pada masa depan, Uoolu akan terus menaik taraf platform dan perkhidmatannya untuk sejumlah besar pengguna dan rakan kongsi global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180201/2046862-1

Source: Uoolu.com
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Trade show news