omniture

Keppel Urban Solutions Meterai MOU Dengan Envision

Envision
2018-02-02 21:03 556

SINGAPURA, 2 February 2018 /PRNewswire/ -- Keppel Urban Solutions Pte. Ltd., subsidiari milik penuh Keppel Corporation Limited, dan Envision, sebuah syarikat pengurusan tenaga pintar yang terkemuka di dunia, menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) tidak mengikat yang akan membolehkan kedua-dua syarikat memanfaatkan kepakaran dan sumber masing-masing untuk terus mendorong usaha peringkat global terhadap tenaga baharu dan bersih, dan bandar pintar.

generated by system

Keppel Urban Solutions berhasrat untuk memanfaatkan teknologi dan kepakaran Envision dalam Internet Komunikasi Benda (IoT), selain ekosistem penyelesaian dan perkhidmatan tenaga globalnya, demi memajukan perniagaan serta penawarannya terhadap pembangunan serta operasi bandar yang bersepadu. Bagi Envision, perkongsian ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan utama dalam industri bagi platform IoT Pintar selain penyelesaian tenaga pintar dan bandar pintar yang transformatif dengan memanfaatkan kepakaran industri Keppel Group.

Cik Cindy Lim, Pengarah Urusan Keppel Urban Solutions berkata, "Kami berbesar hati kerana dapat menemui rakan kongsi yang berfikiran sealiran dalam Envision, penyedia platform tenaga boleh diperbaharui dan IoT Pintar yang utama, bagi membangunkan keupayaan baharu serta memperoleh peluang pertumbuhan dalam pasaran-pasaran yang mempunyai peluang cerah. Kami meletakkan harapan terhadap kolaborasi yang saling menguntungkan ini tatkala kami menggabungkan kepakaran tinggi industri Keppel Group dalam perniagaan-perniagaan utamanya bersama teknologi-teknologi Envision bagi menghasilkan penyelesaian bandar yang lestari."

En. Michael Ding, Pengarah Eksekutif Kumpulan Envision berkata, "Di Envision, kami percaya tenaga dapat menjadi suatu yang hebat. Tenaga yang bersih, selamat dan banyak mampu dicapai, yang akan menjadi pemangkin untuk menangani isu-isu terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, kemungkinan ini bergantung pada kolaborasi penuh makna bersama rakan-rakan kongsi seperti Keppel. Saya mengharapkan hasil bersama yang menarik daripada perkongsian kami dan berharap kami akan berupaya membangunkan penyelesaian yang jauh lebih baik melalui teknologi pintar bagi membawakan tenaga bersih ke peringkat seterusnya."

Perkongsian ini akan membolehkan Keppel Urban Solutions menggabungkan EnOS™ Envision, platform IoT tenaga sumber terbuka yang terbesar dan pertama di dunia, dalam aset dan pembangunan Syarikat di seluruh dunia, bukan sahaja di Singapura. EnOS™ meliputi banyak domain seperti penjagaan tenaga angin dan solar, simpanan dan jaringan tenaga, bangunan pintar serta pengecasan kenderaan elektrik. Ia menghubungkan maklum balas dinamik kepada permintaan pelanggan hiliran bersama bekalan boleh diperbaharui huluan dengan mewujudkan sinergi antara kemudahan tenaga yang mencakupi kediaman, komuniti mahupun bandar, dipacu oleh sensor termaju, aplikasi perisian, kepintaran buatan berkuasa dan teknologi analitik data.

MOU yang disebutkan di atas dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap pendapatan sesaham dan aset ketara bersih sesaham Keppel Corporation Limited bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2018.

Latar Belakang Keppel Urban Solutions 

Selari dengan matlamat Keppel Group untuk menjadi penyedia penyelesaian pilihan bagi perbandaran lestari, Keppel Urban Solutions merupakan pemaju utama hujung-ke-hujung terhadap pembangunan bandar, memanfaatkan pengalaman Syarikat selama lebih dua dekad dan rekod prestasi yang mantap dalam perancangan dan pembangunan projek-projek berskala luas di Asia-Pasifik. Keppel Urban Solutions menggabungkan pelbagai keupayaan Syarikat mencakupi tenaga, hartanah, infrastruktur dan fungsi ketersambungan bagi mewujudkan komuniti yang sangat sesuai didiami, pintar dan lestari.

Tawaran-tawarannya merangkumi perancangan induk dan reka bentuk, pembangunan dan operasi infrastruktur mendatar yang cekap seperti utiliti pintar serta pemanasan dan penyejukan kawasan daerah, ketersambungan dan logistik bandar, selain pengaturcaraan pengurusan tempat yang inovatif bagi mewujudkan komuniti yang aktif dan saling terhubung. Ia mengendalikan platform terbuka, yang membolehkan kolaborasi terjalin dengan rakan-rakan kongsi terbaik dalam kategorinya bagi mencipta ekosistem infrastruktur yang pintar.

Latar Belakang Envision 

Envision ialah sebuah syarikat pengurusan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Envision memiliki platform IoT Tenaga yang terbesar di dunia, EnOS™, yang mengurus 100GW aset tenaga. Envision merupakan syarikat turbin angin pintar yang terkemuka di dunia dan juga merupakan pengeluar turbin angin kedua terbesar dan penyedia penyelesaian kuasa angin luar pesisir yang terbesar di China. Menerusi pelaburan besar yang dibuat dalam syarikat-syarikat teknologi tenaga utama termasuk Sonnen, ChargePoint, AutoGrid, dan Bazefield dsb, Envision turut menjadi penyepadu bagi Ekosistem IoT Tenaga & Bandar Pintar global.

Beribu pejabat di Shanghai, Envision mempunyai pejabat-pejabat serantau di seluruh Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta turut menubuhkan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) dan kejuruteraan global di Denmark, Jerman serta Amerika Syarikat. Misi Envision adalah untuk "menangani cabaran demi masa depan lestari"; syarikat turut komited untuk membangunkan teknologi-teknologi termaju bagi mewujudkan masa depan lestari yang membolehkan setiap orang mendapat akses kepada tenaga yang bersih, selamat dan berpatutan – dan oleh yang demikian mewujudkan dunia dengan "tenaga yang menawan".

Source: Envision
Keywords: Alternative Energies Internet Technology Oil/Energy Utilities Contracts