omniture

Bank Yes dan The Economic Times Persembah Sidang Kemuncak Perniagaan Global 2018 Acara Perdana Asia Selatan Edisi ke-4

Times Strategic Solutions Limited
2018-02-02 21:11 530

NEW DELHI, 2 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Bank YES dan The Economic Times mengumumkan Sidang Kemuncak Perniagaan Global 2018 (http://www.et-gbs.com) edisi keempat, dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 Februari 2018 di New Delhi. Tema edisi 2018 ialah 'Ekonomi Baharu, Peraturan Baharu.' Times Strategic Solutions Limited merupakan subsidiari Bennett Coleman and Co. Ltd.

Barisan penceramah terdiri daripada bintang-bintang terkenal termasuk nama-nama terkemuka seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri India, Narendra Modi; Donald Trump Jr., Pemegang Amanah Organisasi Trump; Dara Khosrowshahi, Ketua Pegawai Eksekutif Uber; Piyush Goyal, Menteri Kereta Api dan Batu Arang Kerajaan India dan Nitin Gadkari, Menteri Jalan Raya, Pengangkutan & Lebuh Raya Kerajaan India.

Reed Hastings, Pengasas Netflix, bakal menyerikan pentas dan menganalisis 'Rules of Games in Media' (Peraturan Industri Media)- topik kontekstual yang meneliti perubahan pantas landskap media sementara penyokong setia industri seperti Jeff Maggioncalda, Ketua Pegawai Eksekutif Coursera; Bill Michael, Pengerusi KPMG UK; dan Rana Kapoor, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Bank YES, terlibat dengan diskusi tentang mentransformasi apa yang dihadapi hari ini sebagai ''Challenges into Tomorrow's Opportunities' (Cabaran menuju Peluang Hari Esok).

Rana Kapoor, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Bank YES dan Pengerusi Institut Global YES, berpendapat, "Peraturan industri kini berubah. Tatkala perubahan iklim, penjajaran semula geopolitik dan teknologi menunjukkan ketidaksinambungan di tahap global, di India sendiri, kami memperoleh peluang tambahan baharu yang mengujakan dipacu oleh pendigitan, penyahperaturan dan perubahan demografik. Dalam konteks ini, edisi 2018 Sidang Kemuncak Perniagaan Global Bank YES dan Economic Times dengan tema utamanya 'Ekonomi Baharu, Peraturan Baharu' menyediakan platform untuk pembuat polisi global, pemimpin pendapat dan pemikiran untuk membincangkan dan mempertimbangkan idea-idea yang bakal membentuk aturan baharu dunia."

Selama beberapa tahun, sidang kemuncak ini dihoskan oleh pemimpin penting politik dan perniagaan bukan sahaja dari India bahkan seluruh dunia, termasuk Dick Cheney, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat; Prof. Nouriel Roubini, Penerima Hadiah Nobel, Ahli Ekonomi & Ahli Akademik Princeton University dan Randi Zuckerberg, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Zuckerberg Media.

"Pada edisi keempat GBS, kami berusaha untuk memberi fokus yang tepat terhadap isu-isu semasa yang dihadapi ekonomi dunia. Inovasi disruptif kini mengubah semua perniagaan dan ini bakal berlaku secara lebih pesat. Pada tahap makro, sementara pertumbuhan sedang menaik, proteksionisme juga tumbuh. Kami percaya kekuatan intelektual dan kepelbagaian yang dibawa oleh para penceramah ke sidang kemuncak, akan membantu kita memahami dunia yang rumit ini,"  kata Vineet Jain, Pengarah Urusan Bennett Coleman and Co. Ltd.

Sebelumnya, kemuncak ini menyaksikan pertemuan lebih 3,900 delegasi dari Kanada, Amerika Syarikat, Rusia, Belgium, Great Britain, Greece, Catalonia, Israel dan banyak lagi. GBS 2018 bakal menyaksikan penyertaan daripada delegasi peringkat tinggi antara lain dari Amerika Syarikat, Rusia, Itali, Mexico, Oman, Poland, Malta, Bangladesh, Georgia, dan Slovakia. GBS edisi keempat bakal menyaksikan penyertaan daripada lebih 2,000 delegasi sepanjang acara dua hari tersebut.

Dengan sebilangan pemimpin perniagaan, kerajaan dan pemikiran terkemuka dunia menjadikan negara ini sebagai tuan rumah selama dua hari, GBS berada di kedudukan menulis babak baharu perubahan ekonomi yang bakal menetapkan semula peraturan sedia ada.

Source: Times Strategic Solutions Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news Future Events