omniture

JA Solar Jalin Kerjasama dengan Manitu Solar Perluas Kehadiran dalam Pasaran Eropah Timur

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-02-02 21:35 648

BEIJING, 2 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 25 Januari 2018, JA Solar Holdings Co., Ltd. (JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar produk solar yang terbesar di dunia, mengumumkan ia telah menjalin kerjasama dengan Manitu Solar, pengedar PV utama di Hungary bagi meluaskan kehadirannya dalam pasaran Eropah Timur. Menurut terma-terma perjanjian perkongsian, Manitu Solar akan mengedarkan modul-modul solar JA Solar.

Ditubuhkan pada tahun 2010, Manitu Solar mengkhusus untuk menyediakan produk solar Tahap-1 dan mempunyai pengalaman yang kukuh dalam membangunkan produk-produk yang dipasang di tanah dan bumbung. Di samping itu, Manitu Solar membangunkan rangkaian pengedaran yang luas bersama lebih 300 syarikat perusahaan hiliran tempatan. Sebagai ahli pengasas MANAP (Persatuan Industri Fotovolta Hungary) dan ahli penting dalam Polska PV, Manitu Solar ialah salah sebuah syarikat solar yang paling terkenal dalam pasaran Eropah Timur.

En. Norbert Nagy, Ketua Pegawai Eksekutif Manitu Solar mengulas, "Manitu Solar bekerjasama secara eksklusif dengan pembekal-pembekal global Tahap-1 bagi menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi kepada pelanggan kami. JA Solar dipandang tinggi atas kecekapan penukaran tingginya, daya pemprosesan yang tinggi dan juga modul solar dengan tahap keandalan yang tinggi. Falsafah perniagaannya amat serasi dengan kami. Kami percaya jalinan kerjasama kami akan mempercepatkan penggunaan tenaga mesra alam di Hungary dan negara-negara Eropah Timur yang lain."

En. Cao Bo, naib presiden JA Solar berkata, "JA Solar menyumbang kira-kira sebanyak 10% daripada pasaran solar seluruh dunia. Kami mempunyai lebih 20 pejabat serantau dan kemudahan di seluruh dunia, yang menyediakan produk-produk solar untuk lebih 100 negara. Kami berharap dapat menjalin perkongsian jangka panjang bersama pihak pengedar yang mempunyai visi yang sama untuk menggalakkan pembangunan tenaga mesra alam di seluruh dunia."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements