omniture

Pilihan Penghantaran FAN ID Tersedia untuk Penonton Piala Dunia FIFA 2018™

Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
2018-02-05 07:45 523

MOSCOW, 5 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Semua penonton Piala Dunia FIFA 2018™ perlu mendapatkan FAN ID dan terdapat beberapa pilihan penghantaran ke negara-negara berbeza.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.multivu.com/players/uk/8267351-fan-id-delivery-2018-fifa-world-cup/

FAN ID boleh dihantar melalui pos, ke Pusat-pusat Sains dan Kebudayaan Rossotrudnichestvo di Jerman, Sepanyol, Itali, Serbia dan Finland serta ke 165 Pusat Permohonan Visa Global VFS di seluruh dunia.

"Kami bersedia untuk mengeluarkan sehingga dua juta FAN ID kepada penonton Piala Dunia FIFA 2018™, dan kami juga menjemput semua peminat antarabangsa yang telah membeli tiket perlawanan atau berjaya mendapat pengesahan tiket daripada FIFA untuk memohon FAN ID lebih awal," kata Andrei Romankov, Timbalan Pengarah Jabatan Pelaksanaan Projek Strategik, Kementerian Komunikasi.

Apabila menyerahkan permohonan anda boleh mengakses senarai pilihan penghantaran dan lokasi pengeluarannya di http://www.fan-id.ru

FAN ID dihantar kepada peminat secara percuma melalui bungkusan kecil berdaftar.

FAN ID boleh dikeluarkan oleh 165 Pusat Permohonan Visa Global VFS yang terdapat di seluruh dunia. Peminat bakal menerima pemberitahuan status penghantaran FAN ID melalui alamat emel dan sms ke nombor telefon yang diberikan semasa pendaftaran.

Status penghantaran boleh disemak di laman web rasmi pusat Visa: http://www.vfsglobal.com

Kod semakan akan disediakan melalui SMS dan pemberitahuan emel. FAN ID merupakan kad penonton tersuai yang menjadi sebahagian daripada sistem pengenalan peminat bola sepak.

Buat kali pertama dalam sejarah pertandingan bola sepak FIFA, para penonton Piala Konfederasi FIFA 2017 di Rusia disediakan dengan FAN ID.

Sesiapa yang membeli tiket perlawanan perlu mendapatkan FAN ID. Bagi mendapatkannya borang permohonan perlu diisi di http://www.fan-id.ru atau boleh mendaftar di salah satu Pusat Pengedaran FAN ID yang terletak di Russia. Digabungkan dengan tiket perlawanan, FAN ID menyediakan akses pantas dan mudah ke stadium untuk semua penonton.

FAN ID membenarkan warganegara asing dan orang tak bernegara untuk masuk ke Persekutuan Rusia tanpa memerlukan visa. FAN ID juga akan membenarkan pemegangnya mengembara secara percuma menggunakan kereta api khas yang menyambungkan bandar-bandar yang menjadi tuan rumah perlawanan Piala Dunia FIFA 2018™ dan menaiki pengangkutan awam percuma di bandar-bandar tuan rumah pada hari perlawanan.

Maklumat lanjut tentang FAN ID boleh didapati di http://www.fan-id.ru

     (Foto: https://mma.prnewswire.com/media/635886/FAN_ID_Football.jpg )

 

Source: Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories