omniture

Envision Tandatangani Usaha Sama Pembangunan Mapan Strategik di Singapura

Envision
2018-02-05 09:02 567

SINGAPURA, 5 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Tukar projek "Bangsa Pintar" menjadi produk

Envision, syarikat platform tenaga digital terkemuka global, menjalin usaha sama dengan empat organisasi Singapura untuk membangunkan ekosistem inovasi yang bakal membolehkan peralihan digital.

generated by system

generated by system

generated by system

Usaha sama dengan Ascendas-Singbridge Group, Sunseap Group, Institut Penyelidikan Tenaga Solar Singapura (SERIS), dan Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (NTU Singapura), mendahului pembukaan Hab Digital Global Envision di Singapura. Hab ini bertujuan untuk memupuk inovasi merentas aplikasi bandar pintar, R&D IoT pintar dan bakat, selain memburu keunggulan komersial. Perhubungan yang terjalin ini menjadi bukti sokongan padu yang bakal diperoleh Envision di Singapura, dan bakal membolehkan Envision memanfaatkan gerakan "Bangsa Pintar" Singapura.

"Envision mendapat inspirasi daripada komitmen Bangsa Pintar Singapura. Kami teruja untuk menukarkan projek 'Bangsa Pintar' menjadi produk, menerusi platform dan ekosistem IoT pintar. Usaha sama dengan rakan kongsi yang seiring dalam pemikiran mempercepatkan perjalanan ini," kata En. Lei Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Envision.

Memorandum Persefahaman antara Ascendas-Singbridge dengan Envision bakal menyaksikan pasukan daripada kedua-dua pihak bekerjasama untuk membangunkan penyelesaian bangunan pintar dengan Platform dan ekosistem IoT  EnOS™ Envision. Ascendas-Singbridge menyediakan pengetahuan perniagaan dan kemudahan tapak ujian untuk percubaan rintis penyelesaian yang dibangunkan bersama di Galaxis, lokasi pembangunan Ascendas-Singbridge di one-north. Ruang kerja bersama Ascendas-Singbridge di Taman Sains Singapura, thebridge, kini menjadi lokasi bagi Hab Digital Global Envision. Menempatkan Hab Digital Global di lokasi perdana Singapura juga memberikan Envision kedudukan untuk membuat persiapan di peringkat tempatan dan melonjak ke persada global, terutamanya dalam pasaran tenaga APAC.

En Manohar Khiatani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ascendas-Singbridge, berkata: "Kami berasa gembira memulakan usaha sama kami dengan Envision. Sebagai penyedia penyelesaian pembangunan bandar yang mapan dan ruang perniagaan terkemuka Asia, Ascendas-Singbridge berusaha membangunkan taman perniagaan pintar dengan menggabungkan inisiatif transformasi dan penyelesaian bangunan mapan untuk penyewa dan komuniti kami."

Usaha sama antara Envision dan Sunseap Group membolehkan kedua-dua pihak untuk bersama-sama membangunkan platform IoT untuk mengoptimumkan portfolio projek PV solar Sunseap pada masa kini dan masa hadapan, termasuk pelbagai projek bumbung, pasang di tanah dan jenis terapung di Singapura dan Asia Pasifik. Platform ini juga bakal menggabungkan teknologi pengurusan permintaan tenaga dan meneroka kebolehlaksanaan pembinaan aplikasi solar yang inovatif.

En. Frank Phuan, Pengasas Bersama dan Pengarah Sunseap Group, berkata: "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Envision bagi bersama-sama membangunkan penyelesaian tenaga bersih inovatif untuk para pelanggan dengan cara yang boleh dipercayai dan berkesan kosnya. Perkongsian ini bakal membolehkan kami untuk memanfaatkan teknologi Envision bagi memupuk inovasi tenaga bersih dalam pasaran pertumbuhan di Asia."

Platform EnOS™ juga bakal ditambah baik lagi dengan sokongan SERIS, berfokuskan ramalan cuaca, merentasi ufuk masa berbeza serta pengawasan, operasi dan penyelenggaraan pintar sistem fotovolta (PV) yang besar. Lebih daripada itu, persetujuan ini bakal membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam aktiviti R&D berpotensi yang lain. "Tujuan SERIS ialah untuk membangun, menguji dan mengkomersialkan teknologi inovatif di Singapura dan kemudian memasarkannya di tempat-tempat lain di Asia Pasifik dan seluruh dunia. Berkerjasama dengan pemimpin IoT pintar global dalam ruang tenaga membantu untuk membuat ujian lanjutan kepada penyelesaian yang dibangunkan oleh SERIS dan menyebarkannya pada skala multinasional. Kami teruja dengan usaha sama ini dan manfaat bersama yang diperoleh daripada gabungan pasukan yang mengusahakan sebahagian penyelesaian paling maju untuk sektor tenaga solar," kata Dr Thomas Reindl, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SERIS.

Bersama-sama dengan kekuatan penyelidikan NTU dalam membangunkan penyelesaian tenaga yang relevan untuk industri, Envision dapat meneroka kemungkinan penyelidikan dalam ramalan beban bangunan, sistem pengurusan bateri, dan menyepadukan platform EnOS™ dalam pelan EkoKampus NTU.

Profesor Lam Khin Yong, Naib Presiden (Penyelidikan) NTU berkata, "NTU berasa gembira dapat bekerjasama dengan Envision untuk meneroka penyelesaian tenaga inovatif dan mapan. Dengan memanfaatkan kepakaran luas NTU dalam peluang pendigitan merentas rantaian nilai tenaga, saya yakin usaha sama ini akan meningkatkan pembangunan penyelesaian mapan yang boleh dilaksanakan di Asia dan lebih jauh lagi."

Latar Belakang Envision 

Envision merupakan syarikat pengurusan tenaga pintar terkemuka global. Envision memiliki Platform IoT tenaga, EnOS™, yang menguruskan aset tenaga berjumlah 100GW.   Envision merupakan syarikat turbin angin pintar terkemuka global dan juga pembuat turbin angin kedua terbesar dan penyedia penyelesaian tenaga angin luar pesisir terbesar di China. Dengan pelaburan besar dalam syarikat-syarikat teknologi tenaga terkemuka termasuk Sonnen, ChargePoint, AutoGrid, dan Bazefield dll, Envision juga menjadi penyepadu bagi IoT Tenaga & Ekosistem Bandar Pintar global.

Beribu pejabat di Shanghai, Envision mempunyai pejabat wilayah di seluruh Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan dan telah mengasaskan pusat R&D dan kejuruteraan global di Denmark, Jerman dan Amerika Syarikat. Misi Envision adalah untuk "menyelesaikan cabaran demi masa hadapan mapan"; syarikat ini komited untuk membangunkan teknologi maju bagi mencipta masa hadapan mapan yang memberi peluang kepada semua orang untuk mendapat tenaga bersih, selamat dan mampu milik -  yang menjadikan dunia dipenuhi "tenaga yang indah."

Untuk maklumat lanjut tentang Envision Energy, sila lawati http://www.envision-energy.com.

Latar Belakang Ascendas-Singbridge Group 

Ascendas-Singbridge Group merupakan penyedia penyelesaian pembangunan bandar mapan dan ruang perniagaan terkemuka Asia dengan Aset Bawah Pengurusan melebihi S$20 bilion.

Dimiliki bersama oleh Temasek Holdings dan JTC Corporation melalui perkongsian 51:49, Kumpulan ini menjalankan projek urbanisasi termasuk perbandaran, pembangunan guna campur dan taman perniagaan/perindustrian. Beribu pejabat di Singapura, Ascendas-Singbridge memiliki projek di 28 bandar di 9 negara di Asia, termasuk Australia, China, India, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.

Ascendas-Singbridge mempunyai aset komersial, hospitaliti dan industri di seluruh Asia Pasifik. Ia memiliki kepentingan besar dalam tiga dana tersenarai Singapura dan juga menguruskannya di bawah subsidiari Ascendas, iaitu Ascendas Reit (stok komponen Indeks Straits Times), Ascendas India Trust dan Ascendas Hospitality Trust. Selain dana tersenarai ini, ia juga menguruskan satu siri dana harta tanah persendirian.

Untuk maklumat lanjut tentang Ascendas-Singbridge Group, sila lawati http://www.ascendas-singbridge.com

Latar Belakang Sunseap Group 

Sunseap Group merupakan pembangun, pemilik dan pengendali sistem tenaga solar terkemuka di Singapura. Ia beroperasi menerusi tiga unit utama: Sunseap Leasing, Sunseap International dan Sunseap Energy. Sunseap Leasing merupakan syarikat penyewaan solar pertama dan terbesar di Singapura. Sunseap International menyasarkan pasaran di rantau Asia Tenggara dan Pasifik. Ini termasuk ladang solar 140 MegaWatt puncak (MWp) di India dan ladang solar 10 MWp di Kemboja. Sunseap Energy menyediakan penyelesaian tenaga bersih dengan memanfaatkan penyusunan luar tapak menggunakan sistem solar dalam portfolio aset janaan teragih Syarikat ini. Klien penting ialah Apple, yang menandatangani perjanjian dengan Sunseap untuk memperoleh 100% permintaan tenaga tempatan daripada sumber boleh diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut tentang Sunseap Group, sila lawati http://www.sunseap.com

Latar Belakang Institut Penyelidikan Tenaga Solar Singapura (SERIS) 

Institut Penyelidikan Tenaga Solar Singapura (SERIS) di Universiti Nasional Singapura (NUS) merupakan institut kebangsaan Singapura untuk penyelidikan tenaga solar gunaan. SERIS dibiayai secara bersama oleh Yayasan Penyelidikan Nasional  (NRF) Singapura - menerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) - dan NUS. SERIS menjalankan penyelidikan, pembangunan, ujian dan rundingan tentang teknologi tenaga solar dan integrasinya dalam sistem kuasa dan bangunan. Spektrum R&D institut ini meliputi bahan, komponen, proses, sistem dan perkhidmatan, dengan penekanan tentang sel fotovoltaik, modul dan sistem solar. SERIS aktif secara global tetapi menumpukan tentang teknologi dan perkhidmatan di kawasan tropika, khususnya untuk Singapura dan Asia Tenggara. SERIS menjalin usaha sama erat dengan universiti, organisasi penyelidikan, agensi kerajaan dan industri, pada peringkat tempatan mahupun global.

Untuk maklumat lanjut tentang SERIS, sila lawati http://www.seris.sg  

Latar Belakang Universiti Teknologi Nanyang, Singapura 

Sebuah universiti awam yang intensif penyelidikan, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (NTU Singapura) mempunyai 33,500 pelajar ijazah sarjana muda dan pascaijazah di kolej-kolej Kejuruteraan, Perniagaan, Sains, Kemanusiaan, Seni, dan Sains Sosial, dan Sekolah Siswazah Interdisiplinnya. Ia juga mempunyai sebuah sekolah perubatan, Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, dibuka secara bersama dengan Kolej Imperial London.

NTU juga merupakan tuan rumah kepada institut autonomi bertaraf dunia - Institut Pendidikan Nasional, Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Balai Cerap Bumi Singapura, Pusat Kejuruteraan Sains Hayat Alam Sekitar - dan pelbagai pusat penyelidikan terkemuka seperti Institut Penyelidikan Alam Sekitar & Air Nanyang (NEWRI) dan Institut Penyelidikan Tenaga @ NTU (ERI@N)

Berada di kedudukan ke-11 di dunia, NTU ialah institut terkemuka di Asia dan sudah empat tahun ditempatkan sebagai universiti baharu terkemuka di dunia. Kampus utama Universiti sering disenaraikan dalam kalangan 15 kampus universiti tercantik  di dunia dan memiliki 57 bangunan yang disahkan Tanda Hijau (bersamaan dengan pensijilan LEED), 54 daripadanya disahkan Tanda Hijau Platinum. NTU juga memiliki kampus di Novena, daerah perubatan Singapura.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.ntu.edu.sg

Source: Envision
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements