omniture

Industrial and Commercial Bank of China dan Kaligo Solutions umum perkongsian strategik lancar keupayaan ganjaran baharu dan inovatif

Kaligo Solutions
2018-02-06 06:06 487

SINGAPURA, 6 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Industrial and Commercial Bank of China (ICBC), bank berasaskan aset yang terbesar di dunia dan syarikat senaraian awam terbesar dunia mengikut ranking Forbes Global 2000, berserta Kaligo Solutions, peneraju dunia bagi inovasi kesetiaan, mengumumkan satu perkongsian komprehensif bagi melancarkan suit proposisi perjalanan dan ganjaran premium yang utama dalam pasaran untuk pelanggan kad kredit ICBC, kumpulan yang mempunyai lebih 140 juta kad yang digunakan di seluruh dunia.

Berkuatkuasa serta merta, buat pertama kalinya, pemegang kad ICBC boleh memindahkan mata kesetiaan proprietari mereka untuk seleksi luas yang melibatkan lebih puluhan program kesetiaan syarikat penerbangan dan hotel dari dalam dan luar negara
Berkuatkuasa serta merta, buat pertama kalinya, pemegang kad ICBC boleh memindahkan mata kesetiaan proprietari mereka untuk seleksi luas yang melibatkan lebih puluhan program kesetiaan syarikat penerbangan dan hotel dari dalam dan luar negara

Perkongsian baharu ini mengukuhkan kedudukan ICBC sebagai pengeluar kad bayaran utama China dan menawarkan kaedah unik dan inovatif untuk pelanggan menebus mata kesetiaan ICBC mereka pada masa sebenar dengan kadar kefleksibelan yang lebih hebat dan pada nilai lebih tinggi berbanding sebelum ini. Melalui perkongsian bersama Kaligo dan pelaburan dalam teknologi inovatif mereka, ICBC melaksanakan mandat mereka untuk menarik dan mengekalkan portfolio pemegang kad premium yang menjadi rebutan, di samping meningkatkan kehadiran jenama global mereka.

Berkuatkuasa serta merta, buat pertama kalinya, pemegang kad ICBC boleh memindahkan mata kesetiaan proprietari mereka untuk seleksi luas yang melibatkan lebih puluhan program kesetiaan syarikat penerbangan dan hotel dari dalam dan luar negara. Platform pertukaran mata wang kesetiaan, pengalaman aplikasi mudah alih, memberi khidmat dan memenuhi kehendak pelanggan serta pengurusan program keseluruhan, kesemuanya diuruskan di bawah suit penyelesaian Kaligo. Kandungan ganjaran tambahan, termasuk pilihan kad hadiah, akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ICBC, pengusaha perkhidmatan kewangan yang terbesar di China untuk memacu perubahan penting dalam program kesetiaan dan penglibatan pelanggan global," kata Kyle Armstrong, Ketua Pegawai Eksekutif Kaligo Solutions. "Bagi pelanggan-pelanggan mewah yang mengembara ke seluruh dunia, kelebihan dapat menukar mata bank kepada perbatuan perjalanan penerbangan kerap ialah suatu yang tiada tandingan. Kami menumpu untuk terus menyediakan ICBC dengan tawaran produk yang unik dan berbeza kepada kumpulan pelanggan mereka yang lebih luas di peringkat global."

TransferConnect ialah pasaran pertama di dunia yang khusus untuk menghubungkan jenama-jenama perkhidmatan kewangan utama dengan program-program ganjaran pengembara kerap di peringkat global. Bank-bank yang turut serta dalam jaringan TransferConnect mendapat faedah daripada ciri kemudahan penyepaduan teknikal tunggal dan peluang untuk bekerjasama dengan puluhan rakan kongsi program ganjaran syarikat penerbangan dan hotel dalam satu ekosistem yang berkesan.

Latar Belakang ICBC

ICBC ditubuhkan pada 1 Januari 1984. Pada 27 Oktober 2006, ICBC berjaya tersenarai dalam Bursa Saham Shanghai dan Stock Exchange of Hong Kong Limited. Melalui pertumbuhan dan pembangunan yang stabil, ICBC kini merupakan salah sebuah bank senaraian yang terbesar di dunia, menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang komprehensif kepada 5.78 juta pelanggan korporat dan 530 juta pelanggan peribadi.

Latar Belakang Kaligo Solutions

Kaligo Solutions dikendalikan oleh Kaligo Pte Ltd., iaitu peneraju global bagi teknologi perjalanan dan kesetiaan yang inovatif. Ditubuhkan di Singapura dengan pejabat-pejabat yang merentasi APAC, Eropah dan benua Amerika, Kaligo Solutions mendayakan lebih 70 program kesetiaan utama dunia bagi memacu penglibatan melalui pengalaman ganjaran yang amat inovatif dan didorong matlamat.

Menerusi penyelesaian kesetiaan yang bersifat inovatif, amat mudah disesuaikan dan mudah dilancarkan seperti pasaran pemindahan mata TransferConnect, label putih akruan dan penebusan dikuasakan oleh TravelEdge, selain perkhidmatan pengurusan program kesetiaan hujung-ke-hujung, Kaligo Solutions memperhebatkan program-program kesetiaan utama dunia bagi menawarkan pengalaman menarik yang dapat membina kesetiaan pelanggan yang berkekalan.

Untuk maklumat lanjut tentang Kaligo Solutions, sila layari www.kaligosolutions.com atau hubungi bahagian perhubungan media di press@kaligosolutions.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180202/2047922-1

 

Source: Kaligo Solutions
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Hotels and Resorts Internet Technology Mobile Entertainment Travel Joint ventures New products/services