omniture

Setiausaha Agung ICAO: Industri Penerbangan ialah Pendorong dan Pemacu Pembangunan Mampan

China Aviation Daily
2018-02-06 14:38 523

BEIJING, 6 Februari 2018 /PRNewswire/ -- China Aviation Daily menerbitkan satu artikel berhubung kepentingan industri penerbangan dalam menjamin pembangunan ekonomi global yang mampan, satu pandangan yang diutarakan oleh Setiausaha Agung ICAO, Liu Fang dalam Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik tentang Penerbangan Awam. Berikut merupakan artikel berkenaan:

Pengangkutan udara kini memainkan peranan yang semakin penting dalam menggalakkan saling hubungan dunia dan bagi memacu pembangunan ekonomi dunia. Dalam pada itu, industri pengangkutan udara turut berdepan dengan beberapa cabaran termasuk aspek keselamatan dan juga pembangunan mampan. Selaku agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bertindak sebagai platform penting terhadap kerjasama dalam segmen penerbangan awam antara negara-negara dan terus melaksanakan pelbagai langkah demi memudahkan jalinan kerjasama yang luas dalam sektor-sektor penerbangan awam antara negara-negara anggota ICAO.

Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik tentang Penerbangan Awam sulung diadakan di Beijing pada 31 Jan. - 1 Feb., membawakan tema "Perkongsian, Rangkuman, Kolaborasi dan Pembentukan Bersama Masa Depan Penerbangan Asia Pasifik".

Liu Fang, Setiausaha Agung ICAO, berkata sektor penerbangan awam China menyaksikan pertumbuhan pesat beberapa tahun kebelakangan ini dan dalam masa yang sama mengekalkan tahap keselamatan dan kecekapan operasi yang agak tinggi. Industri penerbangan awam banyak menyumbang terhadap pembangunan ekonomi rantau Asia Pasifik, manakala keselamatan penerbangan dan kadar kemalangan di rantau berkenaan semakin menurun. Seluruh industri penerbangan awam mempunyai potensi yang tinggi dan masa depan yang cerah.

Namun begitu, buat masa ini beberapa negara anggota ICAO di rantau Asia Pasifik masih belum mewujudkan sistem pengawalseliaan yang berkesan untuk keselamatan penerbangan. Disebabkan oleh kekurangan pengawasan keselamatan dan sumber manusia yang mencukupi, tahap pengurusan trafik udara mereka masih perlu ditingkatkan. Dengan galakan dan populariti teknologi digital dalam industri penerbangan awam, keselamatan internet turut menimbulkan ancaman terhadap aspek keselamatan dan sekuriti penerbangan.

Liu menegaskan bahawa negara-negara APAC perlu mengukuhkan usaha pewujudan perkhidmatan trafik udara, meningkatkan tahap pengurusan lalu lintas udara, mewujudkan struktur laluan baharu, mempercepatkan pembangunan prasarana termasuk lapangan terbang, mengubah reka bentuk dan mod operasi lapangan terbang serta mengikuti trend pengangkutan udara masa depan yang semakin berkembang.

Liu menyatakan ICAO akan mengukuhkan jalinan kerjasamanya dengan negara-negara APAC dengan memberi tumpuan terhadap bantuan. Beliau berharap Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik tentang Penerbangan Awam pertama ini dapat bertindak sebagai platform peringkat tinggi untuk jalinan kerjasama teknologi dan bantuan di rantau Asia Pasifik dan menggalakkan pembangunan yang lebih selamat dan lebih mampan untuk industri penerbangan rantau ini.

Persidangan ini menerima pakai Deklarasi Beijing, yang memperlihatkan kebimbangan, keadaan dan visi yang sama dalam kalangan semua negara anggota APAC dari segi keselamatan penerbangan, perkhidmatan navigasi udara, siasatan kemalangan dan sumber manusia. Ia bukan sahaja merupakan satu kesepakatan dalam menggalakkan pembangunan industri penerbangan di rantau Asia Pasifik, tetapi turut menjadi garis panduan dasar pelbagai hala tuju dalam memupuk pembangunan industri penerbangan awam Asia Pasifik pada masa depan. Selain itu, ia akan memainkan peranan yang amat penting untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara negara-negara dalam sektor penerbangan awam, yang terus meningkatkan tahap keselamatan penerbangan di rantau Asia Pasifik, menggalakkan pembangunan yang baik, berkekalan dan berkualiti tinggi dalam penerbangan awam rantau ini serta membolehkan industri penerbangan memainkan peranan pentingnya dalam membina masyarakat yang mempunyai masa depan yang dikongsi bersama untuk manusia sejagat. Pelaksanaan Deklarasi ini turut menggalakkan pembangunan industri penerbangan awam negara-negara di rantau Asia Pasifik sepanjang inisiatif Jalur dan Jalan.

Artikel penuh disediakan di sini: http://www.chinaaviationdaily.com/news/68/68627.html

Source: China Aviation Daily
Keywords: Airlines/Aviation Publishing/Information Service Transportation Trade show news