omniture

Pendaftaran Dibuka untuk Anugerah HBM ke-2 bagi Inovasi dalam Pengurusan Projek tatkala Nilai dan Kategori Hadiah Meningkat

Lembaga Jalan Dan Pengangkutan
2018-02-07 02:06 480

DUBAI, UAE, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Al Tayer: Dua Anugerah iaitu Anugerah Penyelidikan dalam Amalan Pengurusan Projek Inovatif dan Penggunaan Inovatif Amalan Pengurusan Projek (Kategori Akademik)

Lembaga Jalan dan Pengangkutan (RTA) Dubai, mengumumkan penambahan kategori baharu dan peningkatan nilai hadiah bagi Anugerah Inovasi dalam Pengurusan Projek Hamdan bin Mohammed. Peningkatan ini, bermula daripada edisi kedua anugerah, ekoran kejayaan hebat dan penyertaan global yang tinggi untuk edisi sulung anugerah.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8269451-registration-hbm-award-project-management/  

generated by system

TYT Mattar Al Tayer, Ketua Pengarah dan Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif Lembaga Jalan dan Pengangkutan (RTA) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah HBM untuk Inovasi dalam Pengurusan Projek, berkata, "Hadiah wang tunai daripada Anugerah ini akan dinaikkan sebanyak 29% bersamaan dengan AED2.6 JUTA (US$710,000). Kategori Akademik telah ditambah menjadikannya dua anugerah: Anugerah Penyelidikan dalam Amalan Terbaik Pengurusan Projek Inovatif dan Penggunaan Inovatif Amalan Pengurusan Projek (Kategori Anugerah) untuk melibatkan pelajar, ahli akademik dan penyelidik. Para pemenang Anugerah akan diberi penghormatan semasa Forum Pengurusan Projek Antarabangsa Dubai (DIPMF) ke-5 yang dijadual berlangsung pada Disember 2018."

Pendaftaran pencalonan bagi Anugerah HBM ke-2 untuk Inovasi dalam Pengurusan Projek melalui laman sesawang (http://www.hbmaipm.com) dibuka mulai 5 Februari hingga 30 Jun 2018.

Cik Laila Faridoon, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Setiausaha Agung Anugerah HBM untuk Inovasi dalam Pengurusan Projek berkata, "Penambahan Kategori Akademik termasuk Anugerah Penyelidikan dalam Amalan Pengurusan Projek Inovatif dengan nilai hadiah sebanyak US$40,000 bertujuan untuk menggalakkan usaha penyelidikan dalam pengurusan projek, dan mengiktiraf para penyelidik yang terlibat dalam membangunkan teori serta prinsip pengurusan projek baharu. Ia turut melibatkan Penggunaan Inovatif Amalan Pengurusan Projek - (Kategori Akademik) dengan nilai hadiah yang sama iaitu US$40,000. Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan penerimaan prinsip-prinsip pengurusan projek dalam projek-projek akademik dengan membuka peluang-peluang baharu untuk anugerah berkenaan, selain menggalakkan idea-idea yang lebih inovatif bagi menyokong objektif-objektif Anugerah."

"Nilai hadiah bagi kategori anugerah Individu dinaikkan daripada US$30,000 kepada US$50,000 untuk para pemenang bagi kategori Pengurus Projek Inovatif terbaik dan kategori PMO Inovatif Terbaik. Hadiah wang tunai kategori Pasukan Kreatif digandakan daripada US$40,000 kepada US$80,000. Bagi kategori Organisasi, jumlah hadiah sebanyak US$450,000 merangkumi tiga Anugerah; Anugerah Idea Inovatif dalam Pengurusan Projek (US$100,000), Anugerah Idea Inovatif dalam Pengurusan Program, dan Anugerah Idea Inovatif dalam Pengurusan Portfolio (US$200,000)," tambah Faridoon.

Anugerah ini mengandungi beberapa peraturan dan syarat-syarat am yang perlu dipatuhi oleh pemohon dan boleh dilihat melalui laman sesawang (http://www.hbmaipm.com).

 

Source: Lembaga Jalan Dan Pengangkutan
Keywords: Transportation Travel Trucking and Road Transportation New products/services