omniture

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi ke-10 Sangfor - Pengumuman Kerjasama dengan NVIDIA Corporation

Sangfor Technologies
2018-02-07 10:00 574

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Sangfor Technologies, Pembekal Global Keselamatan Rangkaian & Perkomputeran Awan telah menganjurkan Sidang Kemuncak Rakan Kongsi ke-10nya pada 29 Januari 2018 di Shangri-La Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada tahun ini kami memiliki rakan kongsi dari serata dunia seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Wilayah China Besar, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Afrika Selatan, Tunisia dan Australia. Sidang Kemuncak ini merupakan kejayaan besar dengan lebih dari 300 peserta telah mendaftar hadir untuk meraikan perkongsian ini dan membincangkan dengan lebih mandalam tentang membawa perkongsian ini ke peringkat seterusnya bersama-sama dengan semua rakan kongsi kami.

Sidang Kemuncak bermula dengan ucapan pembukaan oleh Pengasas Sangfor River He, diikuti dengan ucapan dasar pertama hari itu oleh Pengasas Bersama Sangfor Wilson Xiong. Tetamu istimewa Simon Piff, Naib Presiden IDC untuk Amalan Keselamatan, melaporkan perkembangan terkini kepada penonton berkenaan visinya tentang transformasi digital baharu dan peluang yang ada untuk Rakan Kongsi Sangfor.

Naib Presiden Sangfor Group & Presiden Jabatan Pasaran Antarabangsa Kaden Zhang, memperkenalkan strategi jualan global Sangfor dengan pembentangan terperinci tentang visi Kumpulan dan pembangunan jangka panjang untuk pasaran antarabangsa. Ini diikuti oleh Naib Presiden Sangfor untuk Produk & Pemasaran Jason Yuan, yang mengumumkan inovasi baharu seperti Perkhidmatan Keselamatan Web berasaskan 'Cloud' yang merupakan versi berasaskan 'Cloud' bagi penyelesaian Pengurusan Akses Internet Sangfor. Dengan pendekatan berkhususkan perisian ini, pengurus IT kini boleh menguruskan semua aplikasi berasaskan perniagaan dalam 'Cloud' dan menguatkuasakan keperluan polisi dan menambah baik keselamatan perusahaan secara keseluruhan.

Pelanggan VIP Sangfor Sofia Isnan, Ketua Kumpulan IT BeritaSatu Media Holdings, berkongsi testimoni tentang cara bagaimana Sangfor membantu mereka menyelesai dan menambah baik infrastruktur IT mereka. MYI Technologies memberi ilham kepada peserta lain dengan cara berkongsi cerita kejayaan mereka dan sebab sebab utama kenapa pelanggan memilih mereka sebagai rakan kongsi utama.

Semasa acara ini, Sangfor turut mengambil kesempatan mengumumkan kerjasama baharu dengan NVIDIA untuk menyediakan penyelesaian vGPU lengkap dan inovatif bagi komputer peribadi maya. Dengan adanya gabungan teknologi maju ini, pengguna dapat menggunakan penyelesaian Sangfor aDESK (Infrastruktur Komputer Peribadi Maya) untuk aplikasi dan permainan yang sarat 3D, yang dapat memenuhi keperluan applikasi klien yang penting seperti pereka bentuk, arkitek dan penyunting video. En. Jie Zhang, Arkitek Kanan Penyelesaian Grid NVIDIA, menerangkan dengan terperinci teknologi ini dan kelebihannya berbanding penyelesaian sedia ada.

Tema tahun ini ialah "Melangkaui Infiniti". Kami memilih tema ini kerana kami percaya tidak ada halangan bagi Sangfor dan rakan kongsinya untuk melakukan apa yang diinginkan. Sangfor bakal meneruskan pelaburan dan meningkatkan sumber R&D, sumber Pemasaran, dll. dengan sokongan tempatan lebih meluas dan komprehensif untuk memenuhi kehendak pasaran utama.

Pembentangan yang disampaikan semasa Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Sangfor
Pembentangan yang disampaikan semasa Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Sangfor

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Sangfor 2018 berakhir dengan makan malam hebat diikuti oleh siri persembahan, cabutan bertuah dan penyampaian anugerah untuk Rakan Kongsi Terbaik Sangfor. Sangfor mengiktiraf sejumlah 12 Rakan Kongsi atas sumbangan mereka membantu perkembangan kami dalam pasaran tempatan masing-masing:

Pengedar Terbaik Sangfor 2017
Tritech Distribution Limited (Hong Kong)

Rakan Kongsi Emas Terbaik Sangfor 2017
ECCOM Network (HK) Limited (Hong Kong)
PT. Citra Multi Services (Indonesia)

Rakan Kongsi Terbaik untuk Keselamatan Rangkaian Sangfor 2017
PT. Sali Evo Tech (Indonesia
JOS Malaysia Sdn Bhd (Malaysia)

Rakan Kongsi Terbaik untuk Perkomputeran Awan Sangfor 2017 
PT. Microreksa Infonet (Indonesia
One Depot Inc (Philippines)

Bintang Industri Terbaik Sangfor 2017
Ricoh Hong Kong Limited (Hong Kong
China Telecom Global (Vietnam)

Rakan Kongsi EMEA Terbaik Sangfor 2017
Mushko Electronics Pvt. (Pakistan)

Rakan Kongsi Elit Jutaan Dolar Sangfor 2017
MYI Technologies Sdn.Bhd (Malaysia
Data Alliance Sdn Bhd (Malaysia)

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi tahun ini telah berakhir tetapi kami tertunggu-tunggu untuk bertemu lagi dengan rakan kongsi sedia ada dan rakan kongsi baharu tahun hadapan.

Foto berkumpulan dengan semua Rakan Kongsi Sangfor
Foto berkumpulan dengan semua Rakan Kongsi Sangfor

Latar Belakang Sangfor Technologies (www.sangfor.com

Diasaskan pada 2000 dan dengan lebih daripada 18 tahun pengalaman, SANGFOR ialah salah satu daripada pembekal terkemuka global untuk keselamatan rangkaian IT dan perkomputeran awan. SANGFOR dengan bangganya membantu lebih daripada 55,000 pelanggan di seluruh dunia untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti infrastruktur IT mereka selain mengurangkan kos IT dan menjadikannya lebih selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.sangfor.com atau emel marketing@sangfor.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180205/2048833-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180205/2048833-1-b


Source: Sangfor Technologies
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security