omniture

James Marsden, Shanina Shaik dan Suki Waterhouse Terajui Sambutan Global Hari Scotch Antarabangsa Tahunan Kali Kedua

Diageo
2018-02-07 15:44 615

EDINBURGH, Scotland, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Scotch, wiski kegemaran dunia, akan dirayakan seluruh dunia pada hari Khamis, 8 Februari menerusi beberapa acara permaidani merah yang dibarisi bintang-bintang ternama yang menandakan Hari Scotch Antarabangsa, dipimpin oleh Diageo.

generated by system

Hari Scotch Antarabangsa merupakan sambutan terhadap segala-galanya yang memberikan ciri, rasa dan personaliti unik kepada minuman scotch kegemaran dunia itu -- dan mengundang orang-orang dewasa yang berada di mana-mana jua untuk minum ucap selamat Scotch bagi merayakan hari ini. Hari Scotch Antarabangsa diadakan semasa minggu ulang tahun kelahiran salah seorang daripada Pakar Pengadun yang paling berpengaruh di dunia - Alexander Walker, anak lelaki John 'Johnnie' Walker yang memperkenalkan minuman Scotch kepada dunia.

Sambutan tahun ini akan diadakan lebih meriah berbanding sebelum ini, bertempat di lebih 70 negara seluruh dunia, hampir berganda dari jumlah perayaan sulung tahun lalu dan benar-benar membuatkan dunia berbual, berfikir dan menikmati minuman Scotch. Acara-acara utama yang berskala luas akan diadakan di India, Mexico, Filipina dan Afrika Selatan, melibatkan pengguna dan media sepanjang hari serta jamuan-jamuan permaidani merah yang dibarisi bintang-bintang ternama pada sebelah malamnya. Acara, PR, media sosial, siaran, e-dagang, pensampelan, aktiviti dalam kedai dan dalam bar turut dirancang, dan kesemuanya diwujudkan bagi merancakkan keriangan Scotch.

Orang ramai boleh mengambil bahagian dengan mengunjungi bar kegemaran mereka dan menikmati minuman Scotch bersama rakan-rakan, atau menyiarkan di media sosial menggunakan #lovescotch. Bagi mereka yang berada di Scotland, 12 pusat pengunjung kilang penyulingan Diageo akan dibuka secara percuma pada 8, 10 dan 11 Februari bagi meneroka proses-proses yang berlaku di sebalik beberapa jenama wiski Scotch yang paling ikonik di dunia seperti Campuran Scotch Johnnie Walker serta Malt Tunggal Glenkinchie, Talisker, Oban, Dalwhinnie dan Cardhu. Untuk mendaftar bagi mengadakan lawatan standard secara percuma, layari http://www.diageo.com

Scotch ialah minuman yang santai selama ini, dengan gaya & keyakinan abadi yang jelas dan menerusi semangat inilah pelakon James Marsden, peragawati Shanina Shaik dan pelakon wanita Suki Waterhouse diundang bagi memimpin beberapa perayaan khas untuk menyambut Hari Scotch Antarabangsa 2018.

Shaik akan menyambut Hari Scotch Antarabangsa di Johannesburg, Marsden akan melakukan perjalanan ke Manila dan Delhi & Waterhouse akan berada di Bandar Raya Mexico untuk merayakan hari berkenaan.

"Tiada tempat lain yang lebih baik yang terlintas di fikiran selain untuk berada di Bandar Raya Mexico sempena Hari Scotch Antarabangsa," kata Waterhouse. "Scotch sentiasa menjadi minuman pilihan saya dan saya amat menghargai sejarah dan kerumitannya."

Marsden berkata, "Saya akan menyambutnya dua kali, di dua lokasi menarik, iaitu Manila pada 6 Februari dan Delhi pada 8 Februari. Scotch sentiasa menjadi salah satu minuman kegemaran saya dan saya berasa teruja untuk menjelajah ke dua-dua bandar yang hebat ini bagi menyambut Hari Scotch Antarabangsa bersama para penggemar Scotch."

Apabila diminta untuk menjelaskan tentang aspek kegemaran berkenaan Scotch, Shanina Shaik berkata, "Saya gemarkannya kerana ia merupakan minuman yang telahpun bertahan lama. Ia bermula sebagai minuman klasik menjadi minuman yang dapat dimodenkan oleh pakar pengadun menggunakan bahan-bahan yang lazat."

Ronan Beirne, Pengarah Pemasaran Jenama Global di Diageo berkata, "Hari Scotch Antarabangsa tahun lalu merupakan satu kejayaan hebat dan tahun ini kami ingin merancakkannya dan menjadikannya suatu perayaan yang lebih hebat bersama tiga duta global kami dan acara-acara dalam lebih banyak pasaran."

Beirne menyambung, "Kami memilih untuk mengambil gambar kempen kreatif ini di Cambus Cooperage yang ikonik, berlatarbelakangkan tong-tong yang menonjolkan tradisi kemahiran yang bermula sejak berabad-abad lamanya, berserta tiga personaliti bergaya yang menikmati minuman Scotch bersama-sama. Cara yang sempurna untuk menunjukkan bahawa Scotch ialah minuman santai, dan dihasilkan untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua."

Kempen LoveScotch menggalakkan mereka yang memilih untuk minum, agar melakukannya dengan berhemah.

#LoveScotch dan #InternationalScotchDay. 

Latar Belakang Diageo:

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness. Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO), dan produk-produk kami juga dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.  

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Diageo:

Komunikasi Jenama LoveScotch:
Gillian Cook
Gillian.cook@diageo.com 

Komunikasi Korporat Diageo:
Michelle Lavipour
Michelle.Lavipour@diageo.com

Source: Diageo
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Future Events MAT (Mature Audience)