omniture

Hisense dikenal pasti sebagai "10 Pembina Jenama Global China Terkemuka BrandZ"

Hisense
2018-02-07 21:51 858

BEIJING, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Laporan 50 Pembina Jenama Global China Terkemuka BrandZ diumumkan hari ini oleh WPP, dengan kolaborasi Google. Laporan ini mengenal pasti dan meletakkan kedudukan 50 jenama China merentas sembilan kategori berdasarkan kekukuhannya di luar China, dan menyediakan maklumat mendalam dan cadangan untuk pembinaan jenama global. Hisense berada pada tempat ke-9 dan memenangi gelaran "jenama peralatan elektronik dan peralatan rumah yang berkembang dengan pesat". Laporan ini memberikan pandangan mendalam tentang jenama China yang memberikan impak kepada pengguna dalam pasaran antarabangsa dan mengambil peluang menyediakan pandangan mendalam yang mencetus pemikiran tentang cara syarikat China berjaya membina jenama mereka pada skala global. Ini adalah kali kedua WPP menjalin kolaborasi bersama Google bagi melancarkan Ranking Jenama, tinjauan yang menggabungkan data daripada 7 negara dan lebih daripada 395,000 pengguna. BrandZ™ ialah pangkalan data ekuiti jenama terbesar di dunia, meliputi 53 negara, 120,000 jenama dan kaedah penilaian jenama paling berwibawa di dunia.

Menjadi salah satu "10 Pembina Jenama Global China Terkemuka BrandZ" ialah hasil kuasa jenama dan strategi global Hisense. Sehingga kini, Hisense memiliki 18 syarikat luar negara di Eropah, Amerika, Afrika, Timur Tengah, Australia dan Asia Tenggara. Ia memiliki 3 pangkalan pengeluaran di luar negeri untuk memastikan rantaian bekalannya sendiri dan mempunyai 12 institusi R&D di serata dunia. Dalam "Tinjauan Global Imej Kebangsaan China" yang dikeluarkan oleh China International Publishing Group, Hisense adalah salah satu daripada "Sepuluh jenama Terkemuka Cina paling dikenali oleh penduduk luar negara" selama dua tahun berturut-turut. Pertumbuhan ini sebahagiannya disebabkan oleh kepantasan perniagaan peralatan elektronik dan peralatan rumah China mengejar peluasan global, juga hasil kecekalan Hisense untuk membina kesedaran dan ketekalan jenamanya sendiri di pasaran global.

Jumlah hasil jualan Hisense Group meningkat 10.7% pada 2017 dan hasil luar negara meningkat 21.3%. Hasil jualan jenama Hisense International meningkat 19.6% berbanding tahun lepas. Buat masa ini, berdasarkan statistik kastam, jualan eksport pendingin hawa dan televisyen Hisense meningkat masing-masing sebanyak 28.3% dan 34.4%. Dengan ketiadaan perubahan besar dalam permintaan antarabangsa, Hisense masih mengekalkan pertumbuhan pantas, yang merupakan hasil kesan jenama.

Inisiatif Jalur dan Jalan telah berlangsung lebih daripada 3 tahun. Produk atasan Hisense memainkan peranan penting dalam pembangunan Hisense di luar negara. Teknologi ULED yang dibangunkan sendiri, sistem operasi luar negara, prestasi produk yang unggul dan rantaian bekalan tempatan yang hebat telah menjamin pemberian maklum balas Hisense yang berkesan dan tepat pada waktunya kepada pasaran. 2018 FIFA World Cup™ bakal tiba. Hisense akan melangkah ke hadapan bukan sahaja untuk membina jenama global tetapi membina jenama global inovatif dengan nilai lebih tinggi, bagi memacu pertumbuhan dan strategi global melalui pemasaran sukan. Hisense berada di barisan hadapan industri peralatan elektronik dan kediaman, dan tuntutannya terhadap teknologi baharu akan mendorong pertumbuhan perniagaan dan memperkasakan kesedaran jenama globalnya pada kadar yang luar biasa.

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television Survey, Polls & Research