SHANGHAI, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Persatuan Perkakas Elektrik Kediaman China, Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik (AWE) ialah acara utama yang setanding dengan CES dan IFA. Menurut Jawatankuasa Penganjur AWE, AWE 2018 bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 8-11 Mac 2018, dengan 10 dewan pameran yang mencatat rekod mencakupi kawasan pameran berukuran 130,000 meter persegi, yang menganggarkan kunjungan daripada kira-kira 250,000 pengunjung.
Hanya 25 tahun diambil oleh AWE untuk menandingi pameran-pameran global mantap yang mempunyai sejarah penubuhan selama lebih separuh abad. Tahap kepantasan ini adalah amat hebat. Sentiasa berusaha untuk meningkat maju, AWE memulakan langkah, beralih daripada acara dwitahunan menjadi acara tahunan, sekaligus meluaskan portfolionya daripada perkakas kediaman bagi merangkumkan lebih banyak bidang teknologi demi menyaksikan perubahan teknologi dan meramal hala tuju industri. Kepantasannya semakin meningkat.
Menerusi peningkatan ekonomi China yang mendadak dan peningkatan kukuh taraf hidup penduduk Cina sejak dua dekad lalu, China menjadi peneraju inovasi dalam industri perkakas kediaman dan barangan elektronik pengguna peringkat global. AWE, pameran terbesar dalam bidang ini di Asia, menyaksikan tahap kemajuannya apabila ia berkembang daripada pengikut menjadi peneraju dalam industri.
Persaingan acara-acara teknologi yang terkemuka di dunia
AWE 2018 dijangka menghimpunkan lebih 800 pempamer termasuk Haier, Midea, Samsung, LG, BSH, Whirlpool, Sony, Panasonic, Sharp dan Philips, merangkumi perkakas kediaman, barangan elektronik pengguna, produk digital, produk komunikasi, kediaman pintar, aplikasi pintar, platform awan, teknologi luar biasa, perkakas dan produk komersial daripada industri-industri berkaitan.
Lebih 82 acara akan diadakan serentak, termasuk:
Facebook dan media sosial lain telah diterima pakai dalam pelan promosi antarabangsa AWE. Untuk butiran lanjut dan video secara langsung, layari https://www.facebook.com/en.awe.com.cn.
Menurut data terkini, bilangan pengunjung prapendaftaran telahpun berganda, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Lebih 32 media luar negara akan mengambil bahagian dalam AWE2018, selain 91 rakan media Cina.
Ingat tarikh ini: 8-11 Mac 2018 di Shanghai, China!
Hubungi
Thomas Wang
+86-10-6709-3609
info@cheea.com
http://en.awe.com.cn/
https://www.facebook.com/en.awe.com.cn