omniture

Hawker Pacific Memperingati Sepuluh Tahun Sokongan untuk Jet Eksekutif Embraer

Hawker Pacific
2018-02-08 11:43 934

Hawker Pacific capai beberapa pencapaian "pertama di dunia" menerusi sokongannya terhadap Jet Eksekutif Embraer

SINGAPURA, 8 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, di Pertunjukan Udara Singapura 2018, Hawker Pacific Asia memperingati sokongan 10 tahunnya untuk pesawat Embraer Executive Jets dalam sebuah upacara yang dirasmikan oleh eksekutif kanan daripada Embraer Executive Jets dan Hawker Pacific.

Left, Mr Louis Leong, Vice President Asia, Hawker Pacific Asia; Mr Doug Park, Chief Operating Officer Asia Pacific, Hawker Pacific; Mr Johann Bordais, President and CEO Services and Support for Embraer; Mr Michael T. Amalfitano, President and CEO, Embraer Executive Jets
Left, Mr Louis Leong, Vice President Asia, Hawker Pacific Asia; Mr Doug Park, Chief Operating Officer Asia Pacific, Hawker Pacific; Mr Johann Bordais, President and CEO Services and Support for Embraer; Mr Michael T. Amalfitano, President and CEO, Embraer Executive Jets

 

Pusat Perkhidmatan Hawker Pacific Singapura di Taman Aeroangkasa Seletar telah menjadi Pusat Perkhidmatan Yang Sah (ASC) bagi Embraer Executive Jets di rantau Asia Pasifik sejak 2007 dan telah menyediakan penyelenggaraan asas dan berat, dan sokongan AOG kepada pemilik dan pengendali semua jenis pesawat Embraer Executive Jets - Phenom 100, Phenom 300, Legacy 500, Legacy 600, Legacy 650 dan Lineage 1000.  

Keseluruhannya, terdapat lebih seratus pesawat Embraer Executive Jets yang telah diselenggarakan oleh Hawker Pacific selama lebih sedekad.

Pencapaian-pencapaian utama dalam pencapaian sokongan Hawker Pacific Asia untuk Embraer Executive Jets dari kemudahannya di Seletar termasuk:

  • Pertama di dunia melakukan pemeriksaan 48 bulan ke atas Lineage 1000 (2012), pemeriksaan 72 bulan (2014) dan pemeriksaan 96 bulan (2016);
  • Kolaborasi dengan Embraer pada 2008 berkenaan Buletin Perkhidmatan Embraer Legacy 600 untuk Pemasangan Pengesan Asap Tandas Buritan;
  • Usaha sama dengan Embraer pada 2013 untuk memandu pematuhan Buletin Perkhidmatan Legacy 650 bagi Penggantian GPS, Iridium, Antena GPS dan penempatan semula LRU dan Pemasangan Penapis; dan juga untuk penggantian Buritan, Tangki Sayap, Pam Elektrik Tangki Hadapan dan Ventral.

Kemudahan Hawker Asia Pacific yang komprehensif dan canggih di Taman Aeroangkasa Seletar ialah kemudahan penyelenggaraan yang diluluskan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA). Ia turut memperoleh kelulusan pihak berkuasa penerbangan kebangsaan daripada 13 negara lain, termasuk Republik Rakyat China dan Indonesia.

"Hawker Pacific sangat berbangga menjadi Pusat Perkhidmatan Yang Sah rantau ini untuk seluruh rangkaian pesawat Embraer Executive Jets, tambahan pula kami baru-baru ini dianugerahkan sebagai Pusat Perkhidmatan Yang Sah untuk kumpulan jet komersial EMB 135/145 oleh Embraer. Sebagai pilihan yang dipercayai oleh pemilik dan pengendali Jet Eksekutif Embraer, kami memberi sokongan yang menepati masa dan profesional termasuk sokongan AOG, 24 jam sehari! Kami berada di lokasi strategik dalam pasaran penerbangan yang kian berkembang. Ini membolehkan Hawker Pacific berada dekat dengan pelanggan kami. Kami berterima kasih kepada Embraer kerana telah melantik kami sebagai rakan kongsi sokongan pesawat mereka di rantau ini dan juga atas kepercayaan yang diberikan. Kami ternanti-nanti untuk meneruskan tahun-tahun yang membuahkan dengan Embraer - jenama yang sangat berjaya dan ternama di dunia," kata En. Louis Leong, Naib Presiden Asia, Hawker Pacific Asia.

Selain daripada Jet Eksekutif Embraer. Hawker Pacific Asia juga memberi sokongan kepada jenama penerbangan besar yang lain termasuk:

  • Pusat Perkhidmatan Yang Sah (ASC) untuk Penerbangan Komersial Embraer daripada kumpulan ERJ 135/145;
  • Pusat Perkhidmatan Yang Sah (ASC) untuk Beechcraft, Dassault Falcon Jet dan pesawat Daher-Socata;
  • Pengedar dan pemasang yang sah untuk produk avionik (produk terpilih) ACSS, Garmin, Honeywell, Rockwell Collins dan Universal Avionics;
  • Pusat perkhidmatan penyelenggaraan keselamatan untuk enjin (barisan produk terpilih) Honeywell, Rolls Royce, Pratt & Whitney.

Nota untuk Editor:

Memberi sokongan penerbangan di rantau ini sejak 1977, Hawker Pacific Asia terletak di Taman Aeroangkasa Seletar Singapura dan menempati kemudahan seluas 9,400m2 yang menawarkan perkhidmatan kelas dunia termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan pembaikpulihan, penaiktarafan, pengubahsuaian dan penambahbaikan, penjualan pesawat, pengurusan pesawat, pengedaran alat ganti, kedai mengecat khas, juga FBO dan perkhidmatan pengendalian pesawat.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.hawkerpacific.com.

Untuk pertanyaan media dan imej beresolusi tinggi, sila hubungi:

Cik Juliet Samraj
Pengurus Pemasaran & Pengalaman Pelanggan
Hawker Pacific Asia Pte Ltd
M: +65 9116 8004
E: juliet.samraj@hawkerpacific.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180206/2048978-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180131/2045517-1LOGO

Source: Hawker Pacific
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Banking/Financial Service Trade show news