omniture

Sistem Superkonduktif Baharu ASG untuk Lindungi Rangkaian Elektrik

ASG Superconductors
2018-02-08 13:15 726

GENOA, Itali, 8 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pengehad arus rosak ialah penyelesaian kepada keperluan rangkaian utiliti untuk menangani penghasilan tenaga yang meningkat daripada sumber boleh diperbaharui, memudahkan sambungan dalam rangkaian itu sendiri dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pusuan arus rosak. Peranti inovatif ini menggunakan wayar MgB2 dan ia berasaskan kepakaran ASG dalam reka bentuk dan pembuatan magnet untuk penyelidikan dalam bidang fizik zarah. 

ASG Superconductors, syarikat terkemuka dalam bidang magnet superkonduktor, mereka bentuk dan menunjukkan kefungsian penuh peranti superkonduktor pengehad arus rosak (SFCL) yang inovatif. Sistem 35kV ini telah "diuji jenis" dalam makmal bebas IPH di Berlin, di bawah keadaan litar pintas yang jauh lebih teruk daripada yang biasa berlaku dalam grid kuasa sebenar.

generated by system

Sistem SFCL menggunakan wayar superkonduktor baharu Magnesium Diborida - MgB2 dan ia ialah sistem induktif, bertindak sebagai komponen galangan pembolehubah. Di bawah keadaan operasi peranti ini "tidak kelihatan" langsung dalam rangkaian, oleh itu mengelakkan serakan atau gangguan, tetapi ia boleh mengubah dirinya dengan pantas dan secara automatik menjadi galangan (iaitu kebolehan mengehadkan arus rosak) yang sangat tinggi apabila berlaku litar pintas.

Sistem ini boleh berfungsi tanpa memerlukan cecair kriogenik, yang merupakan bahan penting dalam penyelesaian tradisional, dan mengurangkan keperluan penyelenggaraan. Penggunaan wayar superkonduktror MgB2 mengurangkan penggunaan elektrik, menjadikan sistem ini lebih cekap berbanding sistem tradisional yang serupa.

Teknologi superkonduktor membenarkan peranti SFCL untuk sentiasa beroperasi walaupun selepas intervensi dalam kejadian litar pintas pada rangkaian, dengan kadar masa pemulihan hanya beberapa milisaat, ciri unik yang membezakannya daripada penyelesaian lain yang dicadangkan kepada pasaran dan ini membolehkan utiliti menjadi bertambah baik dari segi kesinambungan bekalan, dan mengelakkan kos pemulihan kerosakan komponen rangkaian selepas litar pintas. Kajian tentang kos keseluruhan pemilikan mengesahkan sistem SFCL biasanya merupakan penyelesaian yang paling cekap kos terhadap masalah yang berkait dengan peningkatan arus litar pintas dalam grid kuasa voltan sederhana dan tinggi.

Teknologi induktif membolehkan peningkatan skala nilai voltan operasi peranti SFCL tanpa menukar prinsip operasi asas: berdasarkan sistem 36kV, ASG telah mereka bentuk sistem 123kV yang sesuai untuk operasi dalam rangkaian transmisi sistem penting di kebanyakan negara Eropah.

Ketahui lebih lanjut di laman sesawang ASG Superconductors http://www.asgsuperconductor.com

Source: ASG Superconductors
Keywords: Electrical Utilities Electronic Components Utilities New products/services