omniture

Bellator Heavyweight Grand Prix 2018 Diteruskan dengan Roy Nelson Bertemu Matt Mitrione dalam Perlawanan Utama Bellator 194

Paramount Channel
2018-02-08 13:37 607

Heather Hardy dan Ana Julaton bakal Bersaing dalam Pertandingan MMA

Perlawanan Seni Pertahanan Diri Campuran Berlangsung pada 17 Februari di Paramount Channel

SINGAPURA, BANGKOK dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Perlawanan kedua daripada empat perlawanan dalam pusingan pertama Bellator Heavyweight Grand Prix 2018 akan berlangsung pada hari Jumaat, 16 Februari bertempat di Mohegan Sun Arena di Uncasville, Connecticut. Ia akan menampilkan Roy Nelson (23-14) kegemaran peminat yang bertarung dengan petinju kalah mati yang menarik Matt Mitrione (12-5). Juara-juara tinju terkenal bagi perlawanan saingan kategori flyweight Heather Hardy (1-1) melawan Ana Julaton (2-3) turut tersenarai dalam perlawanan utama Bellator 194.

Acara akan ditayangkan secara langsung melalui Paramount Channel pada 17 Februari, Sabtu pada jam 9 pagi (TH) dan 10 pagi (MY), dengan siaran ulangan hari yang sama pada jam 9 malam (TH) dan 10 malam (MY).

Perlawanan Tinju Pusingan Pertama Heavyweight World Grand Prix
Bertarung dari Las Vegas, Roy Nelson membuat penampilan sulung beliau dalam Bellator pada awal tahun ini menerusi kemenangan daripada perlawanan sengit menentang Javy Ayala selepas perlawanan ke-19 bagi tahun kelapan bersama UFC menyaksikan kemenangan beliau menentang Mirko Cro Cop, Antonio Rodrigo Nogueira, "Bigfoot" Silva dan Cheick Kongo. "Dengan 19 daripada 23 kemenangan dalam kerjaya beliau yang dikecapi melalui perlawanan kalah mati atau tarik diri, petinju kegemaran peminat sekian lama ini berharap dapat menambah kemenangan dalam senarai kejuaraan beliau yang mengagumkan.

Matt Mitrione terus bersiap sedia untuk merampas gelaran heavyweight Bellator ekoran tiga kemenangan kalah mati sejak menyertai Bellator pada tahun 2016, termasuk KO pusingan pertama mengalahkan Fedor Emelianenko di Bellator NYC pada Jun lalu. Petinju yang berasal dari Illinois dan pemain pertahanan yang menonjol di Purdue University ini meraih pengiktirafan 10 Pusat Pengajian Utama (All-Big 10) pada tahun 2000 dan seterusnya berpeluang untuk menyertai NFL. Akhirnya, Mitrione mendapat peluang menyertai MMA yang mana beliau menjadi pesaing peringkat tinggi, menewaskan petinju-petinju seperti mendiang Kimbo Slice, Derrick Lewis dan Gabriel Gonzaga

Perlawanan Tinju Kategori Flyweight Wanita
Membuat penampilan ketiga dalam gelanggang MMA Bellator, Heather Hardyberharap dapat mengulangi rancangan permainan yang melayakkan beliau memperoleh kemenangan kalah mati yang mengagumkan menentang Alice Yauger menerusi penampilan profesional sulung beliau di Madison Square Garden. Berasal dari Brooklyn, N.Y., Hardy memulakan kerjaya tinju yang mengagumkan sebelum menyertai Bellator, di mana beliau merangkul dua gelaran dalam beberapa kelas berat, termasuk tali pinggang Bantamweight Super Wanita Antarabangsa WBC dan tali pinggang Featherweight Wanita Antarabangsa WBC. "The Heat" mengekalkan kemenangan tanpa kalah 20-0 sepanjang tempoh perlawanan tinju selama lima tahun dalam gelanggang tinju.

Seorang petinju profesional yang berjaya, Ana Julaton kacukan Filipina-Amerika turut membawakan gaya unik ke gelanggang Bellator apabila beliau mempersiapkan diri untuk kerjaya tahun keenam dalam perlawanan MMA. Mantan juara WBO dan juara dunia bantamweight super IBA ini beralih kepada seni pertahanan diri campuran pada Mei 2014, meraih kemenangan kalah mati yang meyakinkan menentang Aya-Saeid Saber. Sejak membuat penampilan profesional sulung dalam MMA, "The Hurricane" bertanding untuk beberapa acara tinju yang terkenal di dunia dan berlatih di samping pesaing Bellator Heavyweight World Grand Prix, Frank Mir di Las Vegas. 

Kad Perlawanan Bellator 194: Nelson lwn. Mitrione

Perlawanan Tinju Pusingan Pertama Heavyweight World Grand Prix: Roy Nelson (23-14) lwn. Matt Mitrione (12-5) 
Perlawanan Tinju Penampilan Flyweight Wanita: Heather Hardy (1-1) lwn. Ana Julaton (2-3) 
Perlawanan Utama Bersama Lightweight: Patricky "Pitbull" (18-8) lwn. Derek Campos (19-6) 
Perlawanan Tinju Penampilan Light Heavyweight: Liam McGeary (12-2) lwn. Vadim Nemkov (8-2) 
Perlawanan Penampilan Featherweight: Tywan Claxton (1-0) lwn. Jose Antonio Perez (0-1)

Latar Belakang Bellator

Bellator ialah organisasi seni pertahanan diri campuran dan kickboxing terkemuka yang terdiri daripada ramai petinju terbaik dunia. Di bawah bimbingan penganjur dan pempromosi perlawanan veteran, Scott Coker, Bellator tersedia untuk hampir 1 bilion orang di seluruh dunia di lebih 160 negara. Di Amerika Syarikat, Bellator dapat disaksikan menerusi Paramount Network (dahulunya Spike), peneraju televisyen sukan perlawanan. Bellator terdiri daripada pasukan eksekutif yang melibatkan golongan profesional industri yang terbaik dalam penerbitan televisyen, perancangan acara langsung, kemajuan/hubungan petinju, perolehan tempat, penciptaan/pembangunan penajaan, pelesenan antarabangsa, pemasaran, pengiklanan, publisiti dan hubungan tempahan. Bellator berpangkalan di Hollywood, California dan dimiliki oleh syarikat gergasi hiburan Viacom, pusat bagi jenama-jenama hiburan terunggul di dunia yang menghubungkan penonton melalui kandungan menarik daripada televisyen, wayang gambar, platform dalam talian dan juga mudah alih.

Latar Belakang PARAMOUNT CHANNEL

Paramount Channel ialah rangkaian televisyen 24-jam yang menayangkan filem-filem Paramount Pictures, iaitu studio wayang gambar paling lama tertubuh di Amerika dan salah satu penerbit hiburan yang difilemkan yang terkemuka di dunia. Paramount Channel mewujudkan suasana yang kontemporari dan unik buat penonton bagi meraikan tayangan filem, dokumentari dan rencana belakang tabir. Para penonton diberi akses kepada pustaka luas Paramount Pictures yang terdiri daripada filem-filem kegemaran yang memenangi anugerah – bermula dengan filem epik imaginative, filem romantis yang menyayat hati hinggalah kepada francais-francais blokbuster, kesemuanya dihasilkan daripada bakat dan pembikin filem terbaik dalam perniagaan. Paramount Channel merupakan sebahagian daripada Viacom International Media Networks (VIMN), satu unit dalam Viacom Inc. (NASDAQ: VIAB, VIA).

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180206/2050258-1LOGO

 

Source: Paramount Channel
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Broadcast feed announcements Future Events