BEIJING, 9 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 31 Januari, jenama pakaian sukan China PEAK mengadakan persidangan pelancaran koleksi yang mempamerkan pakaian seragam bagi enam pasukan kebangsaan yang akan menyertai Olimpik Musim Sejuk 2018. Negara yang dimaksudkan ialah Brazil, Slovenia, New Zealand, Iceland, Ukraine dan Romania.
En. Sergey Bubka, ahli IOC dan presiden Jawatankuasa Olimpik Ukraine menyampaikan ucapan pada persidangan ini. Beliau menerangkan mengapa mereka memilih PEAK sebagai penyedia pakaian seragam pasukan Olimpik Ukraine: "Ini bukan kali pertama kami bekerjasama dengan PEAK. Kami percaya pada jenama sukan China yang terkenal ini dan atlet kami sangat menyukainya.
PEAK memiliki pasukan pereka antarabangsa. Mereka bekerja dengan tekun untuk menjadikan setiap pakaian seragam praktikal dan unik. Pakaian seragam Slovenia ialah contoh yang baik. Garisan pada pakaian seragam melambangkan puncak tertinggi Slovenia dan warna utama mewakili sifat "semula jadi, bertenaga dan segar". PEAK berharap agar atlet akan berasa bertenaga dan penuh harapan apabila memakai pakaian seragam mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PEAK Sports, En. Xu Zhihua menerangkan rekaan 6 pakaian seragam ini bukan hanya gabungan ciri-ciri setiap bangsa tetapi juga mempamerkan penggunaan Teknologi Kawalan Suhu PEAK.
Dari Olimpik Beijing 2008 sehingga Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, Peak telah menghasilkan kemajuan luar biasa dalam kerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC). En. Xu Zhihua yakin PEAK kian mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. PEAK terus membangunkan lebih banyak produk untuk memuaskan kehendak pelanggan dan membantu mereka mengalami pesona acara salji dan ais ini.
HUBUNGI: Clarice Bi, +86-159-1089-5682, bbx@chinapeak.com