omniture

DirectD Merasmikan Hub Digital Terbesar Malaysia di Selangor Selatan - DirectD Digital Mall

DirectD
2018-02-10 10:00 1301

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Februari 2018 /PRNewswire/ -- MEMBELI-BELAH telefon mudah alih dan peranti digital menjadi lebih mudah dengan pembukaan outlet ke-10 DirectD di selatan negeri Selangor.

DirectD Digital Mall - Hub Digital Terbesar Malaysia di Selangor Selatan
DirectD Digital Mall - Hub Digital Terbesar Malaysia di Selangor Selatan

DirectD Digital Mall memenuhi ruang seluas 41,000 kaki persegi di dua buah tingkat menjadikan ia hub digital terbaharu Malaysia.  Lokasinya yang terletak di tengah-tengah Kajang memudahkan ia diakses oleh para pelanggan di kawasan sekitar - Bangi, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya dan Nilai.  Pusat beli-belah ini dibuka sepanjang tahun dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan ia bersiap sedia untuk memberikan pengalaman baharu dalam pembelian peranti-peranti mudah alih.

DirectD Digital Mall ini diilhamkan dan direkabentuk oleh pasukan DirectD sendiri dengan prinsip teras iaitu memberikan nilai kepada pengguna akhir.  Ia menawarkan penyelesaian di bawah satu bumbung untuk telefon mudah alih dan telefon pintar, gajet dan aksesori.  Terletak di sebuah bangunan SOHO 12 tingkat, ia mempunyai kira-kira 3,000 ruang parkir kereta.  Aras bawah adalah untuk telefon mudah alih dan aksesori dan aras satu menawarkan elektronik digital yang lain.  Model perniagaan DirectD adalah kedai berkonsepkan di bawah satu bumbung dan ia menawarkan nilai dan kepelbagaian yang tiada tandingan yang memenuhi apa jua kehendak berkaitan peranti mudah alih.

Di DirectD Digital Mall terdapat pelbagai jenama seperti  Asus, Alcatel, Apple, Blackberry, CAT, DJI, Google, Honor, HTC, Huawei, Lenovo, LG, Meizu, Motorola, Neffos, Nokia, Nubia, OnePlus, Oppo, Razer, Samsung, Vivo dan Xiaomi.  Kini para pelanggan boleh membeli-belah dalam ruang yang besar lagi selesa dengan lebih daripada 250 model pameran yang berlainan dan lebih daripada 1,000 aksesori untuk dipilih.  Sebagai tambahan, para pelanggan akan ditawarkan diskaun-diskaun dan juga acara-acara yang menarik setiap tahun.  Sebagai permulaannya untuk pembukaan DirectD Digital Mall ini, promosi jualan ditawarkan sehinga 50% untuk peranti-peranti terpilih.  Promosi jualan ini akan berlanjutan selama sebulan (10 Februari sehingga 10 Mac), dan ini adalah masa yang sangat sesuai untuk membeli peranti-peranti yang diingini.

DirectD telah memenangi pelbagai anugerah yang mengagumkan.  Antaranya ia telah menerima anugerah BrandLaureate SME's Best Brands, Signature Brand dan Best Brand in E-Commerce untuk tiga tahun berturut-turut (2014-2016) daripada Asia Pacific Brands Foundation.  Pada tahun 2017, DirectD dilantik sebagai reseller untuk Motorola Nexus 6 di Malaysia.  DirectD juga secara konsisten dianugerahkan sebagai penjual terbaik untuk Asus, Honor, Huawei, Intel, Lenovo, Oppo, Sony, Vivo dan Xiaomi. 

Laman web: www.directd.com.my

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180208/2052665-1

Source: DirectD
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications Telecommunications Equipment Corporate Expansion New products/services