omniture

LONGi Rancang Tiga Kali Ganda Kapasiti Wafer kepada 45GW Menjelang 2020

LONGi Solar
2018-02-11 12:22 842

BEIJING, 11 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Dalam bulan Januari 2018, pengeluar monohabluran terkemuka dunia, LONGi Green Energy Technology Co., Ltd., (selepas ini dirujuk sebagai 'LONGi') mengumumkan rancangan strategik 3 tahun perniagaan wafer monohablurannya untuk tempoh 2018 hingga 2020. Bagi mempercepatkan kemajuan industri PV, dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna hiliran, LONGi merancang untuk mengembangkan kapasiti wafer silikon monohablurannya kepada 45GW menjelang 2020.

Dalam rancangan strategik 3 tahunnya, LONGi mempamerkan pendekatan berperingkatnya untuk pengembangan berterusan kapasiti pengeluaran wafer silikon monohabluran. Berdasarkan kapasiti wafer silikon sebanyak 15GW menjelang akhir tahun 2017, syarikat akan menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 28GW menjelang akhir tahun 2018, 36GW menjelang akhir tahun 2019 dan 45GW menjelang akhir tahun 2020. LONGi akan terus mengurangkan kos pengeluaran, dan memastikan bekalan pasaran untuk produk monohabluran yang cekap.

LONGi menyatakan bahawa kualiti teknikal dan objektif kos untuk projek-projek pengeluaran baharunya harus menyokong keperluan berterusan kesetaraan grid PV rakyat China dan syarikat akan menumpu pada produk monohabluran yang berkesan kos untuk menggabungkan kedudukan utamanya dalam segmen ini. LONGi berhasrat untuk memastikan bahawa standard kos silikon/bukan silion bagi projek baharu wafer tidak melebihi RMB1 ($0.16) sekeping, sambil menjamin kualiti wafer akan terus menyokong kecekapan pertukaran untuk aliran utama sel-sel PERC yang lebih tinggi daripada 22.5% dengan degradasi pengeluaran besar-besaran dalam 1%.

Hari ini, LONGi mengeluarkan kebanyakan produk solarnya di China, tetapi juga mengendali kapasiti di Malaysia. Dalam tempoh dua bulan yang lalu, LONGi telah memulakan pengeluaran di dua lokasi baharu: Yunnan Chuxiong (wafer monohabluran 10GW) dan Yunnan Lijiang (jongkong monohabluran 5GW). Terdapat kilang ketiga Yunnan Baoshan dijangka beroperasi di sekitar Oktober 2018, yang juga akan mengeluarkan jongkong monohabluran 5GW.

Strategi LONGi tentang pengeluaran besar-besaran wafer monohabluran bermakna harga hampir pasti jatuh. Pembekalan besar-besaran wafer monohabluran yang berharga rendah, sejajar dengan kelebihan PERC dan teknologi dwimuka akan pasti mempercepatkan kedatangan kesetaraan grid.

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Future Events