omniture

JA Solar Bekalkan Modul PERC Mono untuk Projek Solar 250MW di Israel

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-02-13 00:31 1208

BEIJING, 13 Februari 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (NASDAQ-NMS: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar produk solar yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan penghantaran modul-modul untuk projek solar 250MW Ashalim, yang merupakan projek berskala utiliti terbesar menggunakan modul-modul PERC Mono JA di Israel.

Projek ini dibangunkan oleh syarikat utiliti elektrik besar Electricite De France S.A. ("EDF") dan sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang utama di Israel, Clal Sun Ltd.  BELECTRIC, yang merupakan salah satu pemasang loji kuasa solar terbesar dunia dan penyedia perkhidmatan EPC and O&M, membina projek ini. Setelah siap, stesen janakuasa ini, yang dapat mengurangkan tahap pencemaran dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui setempat secara meluas, akan menjadi yang terbesar seumpamanya di Israel dan yang ke-5 terbesar di dunia.

Terletak di Gurun Negev, loji ini merupakan sebahagian daripada saluran paip aset solar 250 MW yang menggabungkan tenaga terma solar dan tenaga fotovolta. Loji PV 35MW ini dihubungkan pada Disember 2017. JA Solar ialah satu-satunya pembekal modul PV, menyediakan modul-modul berkualiti tinggi menggunakan teknologi PERC. JA Solar memegang paten utama untuk teknologi PERC, yang mana modul-modul memperlihatkan kadar degradasi yang dirangsang-cahaya yang rendah dan menunjukkan prestasi yang baik di bawah keadaan gurun dengan perbezaan suhu yang tinggi serta sinar ultralembayung yang kuat. Dengan tahap keandalan dan kecekapan lebih tinggi, modul-modul PERC JA Solar menawarkan jaminan penjanaan kuasa yang mantap. 

En. Cao Bo, Naib Presiden JA Solar, mengulas: "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi bertaraf global seperti EDF, Clal Sun dan BELECTRIC untuk membangunkan pasaran solar di Israel. JA Solar mempunyai bahagian pasaran terbesar di Israel. Kami percaya jalinan kerjasama ini dapat menonjolkan proposisi nilai dan rekod prestasi kami dalam inovasi teknikal menerusi modul-modul solar berprestasi tinggi. Kami benar-benar berharap dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi dalam industri ini untuk berkolaborasi menerusi peluang-peluang perniagaan baharu di peringkat global dan berkhidmat untuk rakan-rakan kongsi global serta pelanggan kami dengan menyediakan produk dan penyelesaian solar berkualiti tertinggi."

Perhubungan Media: 

Sun Xiaorui 
+86-10-63611888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities