omniture

Destinasi tempatan ungguli carta pengembaraan rakyat Malaysia pada Tahun Baru Cina

Agoda
2018-02-13 01:25 929

data tempahan agoda senaraikan Tokyo sebagai destinasi Tahun Baru Lunar terkenal secara keseluruhan untuk semua pengembara Asia

SINGAPURA, 13 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Tokyo berjaya mendahului Bangkok sebagai destinasi nombor satu sempena Tahun Baru Cina (CNY) untuk pengembara Asia pada tahun 2018, gelaran yang disandang oleh Bangkok sejak dua tahun lalu, menurut platform tempahan dalam talian global agoda.

Jepun telah menguasai tiga kedudukan teratas apabila Kyoto tersenarai buat julung kalinya manakala Osaka mendaki ranking daripada kedudukan kesembilan pada tahun 2016 kepada destinasi ketiga teratas pada CNY 2018. Percutian di bandar mendominasi ranking dengan satu-satunya destinasi pantai -- Phuket, Thailand – berjaya tersenarai dalam kedudukan sepuluh terbaik.

Tarikan daerah Chinatown Yokohama berhampiran Tokyo – yang menganjurkan acara selama dua minggu, termasuk parti kira detik, persembahan tarian singa tradisional, perarakan dan Festival Tanglung – telah menarik pengembara dari seluruh dunia, dengan kumpulan pelancong luar negara paling ramai berasal dari Taiwan (26%), Korea Selatan (15%) dan Tanah Besar China (15%).

Sementara itu, ranking bagi destinasi-destinasi lain seperti Singapura dan Chiang Mai telah menurun: masing-masing daripada tempat ketiga pada tahun 2016 kepada tempat kelapan pada tahun 2018, dan daripada tempat ketujuh pada tahun 2016 kepada tempat ke-12 pada tahun 2018.

2016

2017

2018

1. Bangkok, Thailand

1. Bangkok, Thailand

1. Tokyo, Jepun

2. Tokyo, Jepun

2. Tokyo, Jepun

2. Bangkok, Thailand

3. Singapura

3. Kuala Lumpur, Malaysia

3. Osaka, Jepun

4. Kuala Lumpur, Malaysia

4. Taipei, Taiwan

4. Taipei, Taiwan

5. Taipei, Taiwan

5. Hong Kong

5. Seoul, Korea Selatan

6. Hong Kong

6. Seoul, Korea Selatan

6. Hong Kong

7. Chiang Mai, Thailand

7. Osaka, Jepun

7. Kuala Lumpur, Malaysia

8. Phuket, Thailand

8. Singapura

8. Singapura

9. Osaka, Jepun

9.  Chiang Mai, Thailand

9. Kyoto, Jepun

10. Bali, Indonesia

10. Pattaya, Thailand

10. Phuket, Thailand

Sepuluh destinasi Tahun Baru Cina terkenal untuk pengembara Malaysia

Warga Malaysia lebih cenderung untuk menyambut Tahun Baru Lunar di destinasi dalam negara mereka sendiri, dengan sembilan daripada sepuluh tempat tumpuan utama destinasi tempatan. Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang menduduki tiga tempat teratas sejak tahun 2016, manakala pulau-pulau di Langkawi dan cuaca sejuk di Cameron Highlands turut menarik para pengembara yang ingin melarikan diri dari bandar.

Thailand merupakan satu-satunya negara asing yang tersenarai dalam sepuluh destinasi terkenal pada tahun 2018, manakala Bangkok dan Hat Yai masing-masing muncul menduduki tempat keempat dan kelima.

2016

2017

2018

1.       Kuala Lumpur, Malaysia

1.       Kuala Lumpur, Malaysia

1.       Kuala Lumpur, Malaysia

2.       Melaka, Malaysia

2.       Melaka, Malaysia

2.       Melaka, Malaysia

3.       Pulau Pinang, Malaysia

3.       Pulau Pinang, Malaysia

3.       Pulau Pinang, Malaysia

4.       Langkawi, Malaysia

4.       Johor Bahru, Malaysia

4.       Bangkok, Thailand

5.       Port Dickson, Malaysia

5.       Bangkok, Thailand

5.       Hat Yai, Thailand

6.       Johor Bahru, Malaysia

6.       Ipoh, Malaysia

6.       Langkawi, Malaysia

7.       Bangkok, Thailand

7.       Langkawi, Malaysia

7.       Ipoh, Malaysia

8.       Ipoh, Malaysia

8.       Port Dickson, Malaysia

8.       Port Dickson, Malaysia

9.       Cameron Highlands, Malaysia

9.       Cameron Highlands, Malaysia

9.       Cameron Highlands, Malaysia

10.   Kuantan, Malaysia

10.   Kota Kinabalu, Malaysia

10.   Johor Bahru, Malaysia

Sepuluh destinasi Tahun Baru Cina terkenal untuk pengembara Malaysia

Baca berita penuh di sinihttp://mediaroom.agoda.com/tokyo-ranks-top-destination-chinese-new-year-travel-2018/

Latar belakang kajian

Data tempahan destinasi dikumpul dan digabungkan sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2016, 2017 dan 2018 dari seluruh Asia.

Latar Belakang agoda

agoda (Nasdaq:PCLN) ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang berkembang paling pesat di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2005, syarikat baharu ini berkembang pantas di Asia dan diambil alih pada tahun 2007 oleh Priceline Group – penjual bilik secara dalam talian yang terbesar di dunia. Ibu pejabat agoda terletak di Singapura dan mempunyai 53 pejabat di bandar-bandar utama merentasi lebih 30 negara dan menggaji lebih 3,700 kakitangan seluruh dunia. agoda menawarkan jaringan yang mempunyai lebih 1.8 juta hartanah penginapan, termasuk pangsapuri, vila, rumah dan hotel yang disokong oleh lebih 15 juta ulasan pengembara sebenar. agoda merupakan pelopor bagi penginapan bukan hotel, menawarkan vila serta rumah dari seluruh rantau sejak dari awal.

Perhubungan Media

Hazel Watts 
Tel: +66-2-625-9200
Emel: hazel.watts@agoda.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180212/2053750-1LOGO

Source: Agoda
Keywords: Travel Survey, Polls & Research