omniture

Pengarah TL Plastic Surgery Kim Ji-Myung Umum Kesan Sampingan Pembedahan Hidung dan Tempoh Pembedahan Ulangan Paling Sesuai untuk Hidung

TL Plastic Surgery
2018-02-13 14:03 1870

SEOUL, Korea Selatan, 13 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Terletak di tengah-tengah wajah, hidung memainkan peranan penting dalam menentukan imej dan penampilan seseorang. Memandangkan ia dapat dibetulkan bagi mengubah imej seseorang dengan dramatik, rinoplasti menjadi salah satu pembedahan plastik yang paling popular.

Kim Ji-myung, pengarah TL Plastic Surgery di Korea
Kim Ji-myung, pengarah TL Plastic Surgery di Korea

Namun begitu, semakin ramai pesakit yang tidak berpuas hati dengan hasil prosedur mahupun mengalami trauma dari segi mental atau fizikal disebabkan oleh kesan sampingan. Oleh yang demikian, mereka mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pembedahan ulangan.

Jadi, bilakah saat terbaik membuat pembedahan ulangan?

Kim Ji-myung, pengarah TL Plastic Surgery di Korea berkata, "Sekiranya pesakit hanya tidak menyukai panjang atau garis hidung, maka proses pembedahan ulangan disyorkan enam bulan selepas pembedahan awal. Kira-kira enam bulan diperlukan untuk membolehkan bengkak menyusut dan tisu parut yang rosak akibat pembedahan sembuh dan membolehkan diagnosis yang betul dibuat terhadap keadaan hidung."

"Sebaliknya, sekiranya kesan sampingan berlaku disebabkan impan, usaha menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin adalah disyorkan kerana keradangan dan risiko kecacatan," sambung beliau.

Kim menambah, "Bergantung pada kesan sampingan, kaedah pembedahan ulangan juga adalah berbeza. Sekiranya implan dapat dilihat melalui kulit, ia seharusnya digantikan dengan implan yang lebih kecil berbanding implan sedia ada. Sekiranya bahagian batang hidung bengkok, implan yang dimasukkan dalam pembedahan pertama perlu dikeluarkan dan implan baharu perlu dimasukkan semula. Selain itu, sekiranya implan tidak tetap kedudukannya dan bergerak-gerak, pembedahan pembetulan untuk menyambungkan implan pada membran tulang di sekeliling hidung perlu dijalankan. Kecacatan pada hujung hidung boleh berpunca daripada keradangan pada hujung hidung disebabkan oleh implan secara paksa. Dalam keadaan ini, implan tersebut perlu dikeluarkan dan digantikan dengan tisu autologus."

Kim berkata, "Baru-baru ini, banyak klinik memilih untuk memberi diskaun bagi menarik pesakit dan lebih ramai orang yang memutuskan untuk membuat pembedahan hidung secara melulu. Dengan itu, bilangan pesakit yang tidak berpuas hati atau mereka yang mengalami kesan sampingan yang mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan ulangan semakin meningkat. Meneruskan dengan proses pembedahan ulangan sebaik sahaja ia diputuskan merupakan satu perkara yang penting. Tambahan pula, seseorang pesakit seharusnya berjumpa doktor sekiranya berlaku sebarang simptom yang meragukan."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180209/2052684-1-b

HUBUNGI:

TL Plastic Surgery Korea / Facial Contouring Center
Melissa Moon
Emel:
tlfacialcontouring@gmail.com 
Kakaotalk: tlps1234
www.tlplasticsurgery.com
+8210 8993 6968

Source: TL Plastic Surgery
Keywords: Health Care/Hospital