omniture

NIRA Dynamics AB: Norway Labur dalam Jalan Raya Musim Sejuk Lebih Selamat Gunakan Kereta Terhubung

NIRA Dynamics AB
2018-02-13 16:00 1134

LINKÖPING, Sweden, 13 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Pihak berkuasa Norway, Norska Statens Vegvesen melabur dalam teknologi baharu untuk prognosis jalan raya musim sejuk daripada Klimator dan NIRA Dynamics, Road Status Information. RSI merupakan perisian yang menggunakan algoritma canggih untuk menggabungkan data daripada kenderaan terhubung dengan maklumat daripada stesen cuaca jalan dan ramalan cuaca. Ia menjadikan kenderaan terhubung sebagai stesen cuaca bergerak yang menghantar pelbagai isyarat termasuk geseran jalan raya semasa yang merupakan kunci utama untuk menentukan cengkaman jalan raya tempatan.

generated by system

RSI mampu menentukan keadaan cengkaman jalan raya dalam masa sebenar dengan ketepatan yang tinggi dan mencipta ramalan 12-jam yang tepat. Ini membolehkan peningkatan keselamatan di jalan raya musim sejuk, manfaat alam sekitar dan pengurangan kos yang ketara melalui penggunaan sumber perkhidmatan musim sejuk yang lebih cekap (penggunaan garam jalan, perbatuan pemanduan trak garam, dll).

"Lompatan kuantum teknologi ini sudah sepatutnya lama berlaku dalam bidang ini untuk memanfaatkan peluang-peluang baharu dan memenuhi jangkaan para pengguna jalan raya. Kami telah menguji teknologi baharu dan yakin bahawa RSI ialah penyelesaian terbaik," jelas Torgeir Vaa dari Norska Statens Vegvesen.

Kenderaan akan dihubungkan melalui anak kunci OBD yang dibangunkan oleh NIRA dan memaklumkan kedudukan semasa, suhu sekeliling, kegiatan pengelap cermin dan geseran jalan raya. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk melengkapkan sebuah kenderaan dan tidak lama kemudian, data boleh didapati secara berterusan di pelayan RSI.

"Kami mendapat inspirasi daripada sistem pemantauan tekanan tayar kami yang berjaya dipasang pada lebih 40 juta kenderaan di seluruh dunia. Dalam beberapa tahun dari sekarang, anak kunci OBD akan digantikan oleh modul perisian kecil yang akan dipasang secara standard ke dalam kenderaan terhubung," tambah Gustav Kristiansson, Pengurus Teknologi Baharu di NIRA Dynamics.

Projek ini bermula dalam bulan Januari 2018 di Tromsö dan ramai yang berminat dengan teknologi baharu ini. Lebih daripada 300 pemilik kereta persendirian telah mendaftarkan penyertaan kenderaan mereka.

"Kami tidak pernah mengharapkan sambutan yang sebegitu besar," kata Torgeir Vaa. "Rancangannya adalah untuk hanya mempunyai kira-kira 50 unit OBD untuk sukarelawan persendirian, tetapi kami sangat gembira dengan tahap penerimaan ini. Anak kunci OBD yang selebihnya akan dilengkapkan pada teksi, kereta-kereta sewa dan kenderaan penghantar dengan corak penggunaan yang pelbagai – kami menjangkakan bulan-bulan musim sejuk yang sangat menarik."

Disebabkan oleh minat antarabangsa yang tinggi, RSI juga akan dibentangkan di pameran PIARC dalam bulan Februari, salah sebuah titik pertemuan terbesar untuk pakar-pakar perkhidmatan musim sejuk seluruh dunia.

Latar Belakang RSI.

RSI – Road Status Information ialah perisian terhubung untuk mengukur dan meramal cengkaman jalan. Ia sudah digunakan di beberapa perkhidmatan musim sejuk Sweden, tetapi boleh juga digunakan oleh polis, pasukan bomba atau syarikat-syarikat logistik dan untuk perancangan pengangkutan khas. RSI dibangunkan oleh Klimator, sebuah syarikat teknologi baharu dari University of Gothenburg, dan NIRA Dynamics, pembekal perisian untuk industri automotif.

Hubungi: Johan Hägg, johan.hagg@niradynamics.se, +46-700454056

Source: NIRA Dynamics AB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation