omniture

PCCW Global dan Youtap berkolaborasi sediakan penyelesaian pemerolehan dan pemprosesan pembayaran wang mudah alih inovatif

Youtap
2018-02-14 04:20 1076

HONG KONG dan SINGAPURA, 14 Februari 2018 /PRNewswire/ -- PCCW Global, bahagian operasi antarabangsa HKT, penyedia perkhidmatan telekomunikasi unggul di Hong Kong, memeterai satu perjanjian dengan Youtap, peneraju bagi pemprosesan pembayaran wang mudah alih tanpa sentuh untuk pasaran-pasaran baru muncul yang diuji teliti dalam pasaran-pasaran baru muncul serata dunia.

Menurut perjanjian berkenaan, PCCW Global will akan meluaskan pengagihan perkhidmatan pemerolehan peniaga Youtap Pay dan Youtap sebagai pelengkap kepada penyelesaian pembayaran Tap & Go HKT. Penyelesaian Youtap dibangunkan khusus untuk mendayakan pembayaran gelung tertutup, perbankan agensi dan perkhidmatan pembelanjaan dalam kedai, di jalanan dan di mana-mana jua. Perjanjian ini akan membolehkan PCCW Global menyediakan pelanggan sedia ada dan baharu dengan perkhidmatan pemprosesan pembayaran dan pemerolehan peniaga yang diwujudkan untuk menyokong pelanggan berurus niaga dalam pelbagai cara berbeza.

Menerusi kolaborasi ini, pembawa, pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan institusi kewangan menerima perkhidmatan PCCW Global akan dapat menikmati faedah daripada platform pemprosesan pembayaran mudah alih selamat yang dipertingkat yang telahpun diuji di beberapa persekitaran paling mencabar di dunia.

Penyedia perkhidmatan komunikasi di seluruh dunia kini menemui faedah-faedah penyediaan penyelesaian pembayaran mudah alih, dan kolaborasi berkenaan turut menambah platform pembayaran global tunggal yang anjal, boleh diskala dan mudah digunakan kepada tawaran perkhidmatan sedia ada PCCW Global.

En. Craig Price, Naib Presiden Kanan, Projek-projek Antarabangsa, PCCW Global berkata, "Kolaborasi kami bersama Youtap, dengan menggabungkan penggunaan platform Tap & Go HKT sedia ada kami akan membolehkan pelanggan PCCW Global untuk terus meluaskan tawaran mereka melibatkan penyelesaian pembayaran hujung-ke-hujung tanpa mengira kaedah bayaran pilihan. Penyelesaian pembayaran mudah alih kami yang diperluas kini mempunyai kedudukan unik untuk menangani semua cabaran yang berkaitan dengan membuat pembayaran tanpa sentuh, dan kami berharap kemudahan operasi yang dapat diperlihatkan yang dibawakan oleh kolaborasi baharu ini terhadap penawaran kami akan memberi faedah sebenar kepada pelanggan kami di seluruh dunia."

En. Chris Jones, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Youtap berkata, "Kami percaya bahawa platform dan kepakaran kami dalam pasaran-pasaran baru muncul dapat melengkapi capaian, rangkaian dan susur galur PCCW Global serta penyelesaian Tap & Go mereka. Bagi memanfaatkan gabungan pengetahuan kami dalam industri pembayaran, kami dapat menyediakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peniaga dan juga pengguna."

Latar Belakang PCCW Global

PCCW Global ialah bahagian operasi antarabangsa HKT, penyedia perkhidmatan telekomunikasi unggul di Hong Kong, yang merupakan milik majoriti PCCW Limited. Meliputi lebih 3,000 bandar dan 150 negara, jaringan PCCW Global menyokong portfolio yang terdiri daripada penyelesaian komunikasi global bersepadu termasuk Eternet, IP, penyelesaian transmisi gentian dan satelit, perkhidmatan suara dan VoIPX antarabangsa, rangkaian terurus & perkhidmatan keselamatan selain penyelesaian "sebagai-satu-perkhidmatan" kami yang semakin berkembang termasuk video OTT dan juga Komunikasi Seragam.

Ibu pejabat PCCW Global terletak di Hong Kong dan mengendalikan pusat-pusat serantau di Belgium, China, Perancis, Greece, Jepun, Korea, Singapura, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PCCW Global, sila layari www.pccwglobal.com.

Latar Belakang HKT

HKT (SEHK: 6823) ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi unggul di Hong Kong dan pengendali utama bagi perkhidmatan talian tetap, jalur lebar dan komunikasi mudah alih. Ia memenuhi keperluan orang awam dan penduduk setempat di Hong Kong selain perniagaan-perniagaan antarabangsa menerusi pelbagai pilihan perkhidmatan yang luas termasuk telefoni tempatan, data tempatan dan jalur lebar, telekomunikasi antarabangsa, mudah alih serta perniagaan-perniagaan telekomunikasi yang lain seperti jualan peralatan premis pelanggan, penyumberan luar, perundingan dan pusat hubungan.

HKT menawarkan pengalaman perkhidmatan empat dalam satu (quadruple-play) yang unik di Hong Kong bagi menyediakan kandungan media melalui talian tetap, akses Internet jalur lebar dan platform mudah alih bersama-sama syarikat induknya, PCCW Limited.

HKT turut menyediakan pelbagai perkhidmatan kehidupan yang inovatif dan pintar melangkaui fungsi ketersambungan bagi menjadikan kehidupan harian pelanggan lebih mudah, sama ada ketika mereka berada di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana jua. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi  www.hkt.com.

Latar Belakang Youtap

Youtap yang beribu pejabat di Singapura, ialah penyedia bertaraf global bagi pemprosesan pembayaran mudah alih tanpa sentuh, pemerolehan peniaga dan perisian perkhidmatan kewangan yang membolehkan pelanggan wang mudah alih dan dompet nilai simpanan untuk mengetik dan membayar di mana-mana titik jualan menggunakan sebarang peranti. Penyelesaian kod NFC dan QR selamat daripada Youtap menyokong penerimaan bayaran untuk kad-kad tanpa sentuhan dan bukan tanpa sentuhan, tanda NFC dan produk boleh pakai, serta telefon NFC. Youtap menyokong peniaga, bank, MNO dan penyedia perkhidmatan pembayaran dengan menggabungkan program kesetiaan dan fungsi-fungsi responsif lain yang memberi manfaat kepada pengguna dan juga peniaga.

Laman Sesawang: https://www.youtap.com
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/youtap-limited
Twitter: https://twitter.com/youtap2pay

 

Source: Youtap
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Financial Technology