omniture

Croatia dan Lithuania Lanjut Kontrak Dengan VFS Global

VFS Global
2018-02-17 01:57 1199

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 17 Februari 2018 /PRNewswire/ --

VFS Global kini sediakan visa Croatia dan Lithuania di 27 dan 9 negara masing-masing

VFS Global mengumumkan bahawa dalam bulan Disember 2017, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Lithuania dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Eropah Republik Croatia telah melanjutkan kontrak mereka dengan VFS Global. Di bawah perjanjian yang diperbaharui, VFS Global akan menyediakan visa Croatia di 27 negara dan visa Lithuania di 9 negara.

Perjanjian ini melanjutkan perkhidmatan visa Croatia melalui VFS Global untuk tempoh 5 tahun lagi di Algeria, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Mesir, India, Indonesia, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Lebanon, Mongolia, Morocco, Nepal, Nigeria, Oman, China, Filipina, Qatar, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Ukraine dan Vietnam.

Kontrak yang ditandatangani bersama Lithuania ini melanjutkan perkhidmatan visa VFS Global bagi tempoh setahun di Armenia, Azerbaijan, Belarus, Kazakhstan, China, Rusia, Turki dan Ukraine. Di bawah kontrak, VFS Global kini juga akan memberi perkhidmatan kepada Lithuania di Kosovo, melalui Pusat Permohonan Visa baharu di Pristina.

Chris Dix, Ketua – Pembangunan Perniagaan, VFS Global, menyatakan, "Hubungan VFS Global dengan Croatia dan Lithuania telah bertambah kukuh sejak bertahun-tahun. Kami telah dikaitkan dengan kedua-dua Kementerian ini sejak tahun 2013, dan sangat gembira diberi peluang untuk terus menawarkan perkhidmatan visa kami kepada mereka melalui pelanjutan kontrak-kontrak ini. Pembaharuan perjanjian ini bukan hanya mengukuhkan kepercayaan kedua-dua kerajaan terhadap standard perkhidmatan VFS Global, malah juga mengukuhkan kedudukan syarikat kami sebagai rakan kongsi perkhidmatan visa terkemuka kepada negera-negara anggota EU."

Bagi VFS Global, 2017 merupakan tahun yang penuh peristiwa, dengan penandatanganan tujuh kerajaan pelanggan baharu: iaitu, Bahrain, Cote d'Ivoire, Republik Demokratik Congo, Georgia, Nigeria, Slovakia dan Ukraine. VFS Global merupakan rakan kongsi yang dipercayai oleh 58 kerajaan pelanggan di seluruh dunia, menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan visa, permit, pasport dan konsular.

Latar Belakang VFS Global

VFS Global ialah pakar perkhidmatan penyumberan luaran dan teknologi terbesar dunia untuk misi-misi kerajaan dan diplomatik di seluruh dunia. Dengan 2469 Pusat Permohonan, operasi di 129 negara di lima benua dan lebih daripada 161 juta permohonan diproses setakat 31 Disember 2017, VFS Global ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh 58 kerajaan pelanggan. Operasi seluruh dunia VFS Global diperakui oleh ISO 9001:2008 untuk Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 27001:2013 untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan ISO 14001:2004 untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.vfsglobal.com

 

Hubungan Media:
Shaily Vaswani
ShailyV@vfsglobal.com
VFS Global

Source: VFS Global
Keywords: Travel Contracts Corporate Expansion