omniture

Pembiaya Dagangan/Projek, Bachmann & Welser Bakal Lancar Dana Pembiayaan Projek USD 2 bilion

Bachmann & Welser Global Group & Subsidiaries
2018-02-20 04:08 957

EDINBURGH, Scotland, 20 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Pembiaya Dagangan/Projek Global, Bachmann & Welser bakal melancarkan dana pembiayaan Projek USD 2 bilion pada Mac 2018 dengan dana-dana yang akan disokong oleh beberapa pelabur swasta dan institusi.

Pelancaran ini akan berlangsung serentak dengan pembukaan Ibu Pejabat Asia Bachmann & Welser di Hong Kong. Dana ini, yang akan disebut sebagai Dana Pembiayaan Projek Global B&W, akan menyediakan sokongan kewangan kepada projek-projek yang menumpu pada pembinaan bukti jenis-jenis infrastruktur dan perniagaan yang boleh membuat perubahan besar kepada keupayaan kewangan orang ramai.

Pembiayaan akan tersedia untuk organisasi/syarikat di peringkat global. Terdapat juga pembiayaan yang tersedia untuk membesarkan program sedia ada yang dibiayai oleh Bachmann & Welser, yang mana ia sudahpun menunjukkan hasil untuk menguji kecekapan projek apabila mencapai kumpulan orang ramai yang lebih besar.

Mengulas tentang pelancaran itu, Encik Edward Bachmann, Ketua Eksekutif Bachmann & Welser berkata:

"Kami gembira dapat menyalurkan pembiayaan ini kepada perniagaan/organisasi yang benar-benar dapat menunaikan janji-janji mereka.  Amat penting bagi kami untuk membantu para pelanggan kami dengan intervensi sedemikian rupa.  Kami berharap dapat meningkatkan saiz dana menjelang akhir tahun kewangan ini."

Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan cabang pinjaman komersial rentas sempadan Bachmann kepada Projek-projek dalam ekonomi baru muncul dan juga negara-negara maju.

Perniagaan Pembiayaan Global Bachmann & Wesler menggaji lebih 640 kakitangan dan berkhidmat kepada ribuan pelanggan korporat.  Bachmann & Wesler juga mempunyai kehadiran yang luas menerusi Pembiayaan Projek di Afrika, Asia dan Amerika Selatan. Bachmann & Wesler membuat pelaburan besar yang berterusan dalan inovasi dan kualiti perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Perhubungan Media.

Sarah Atkins, Pegawai Perhubungan Media, enquiries@bachmannwelser.com , Tel: +44(0)131-357-0361

Source: Bachmann & Welser Global Group & Subsidiaries
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion New products/services