EDINBURGH, Scotland, 20 Februari 2018 /PRNewswire/ --
Dua perintis pembiran kraf dan penyulingan, Innis & Gunn dan Tullamore D.E.W. Irish Whiskey, berkolaborasi buat julung kalinya untuk mencipta Kindred Spirits, stout Scotland edisi terhad yang dimatangkan menggunakan tong wiski Ireland disuling tiga kali.
Menggunakan proses pematangan tong unik yang dibangunkan oleh pasukan pembiran di Innis & Gunn, Kindred Spirits dimatangkan menggunakan tong wiski Ireland disuling tiga kali, diadun tiga kali yang paling baik daripada Tullamore D.E.W. bagi menghasilkan Stout Scotland yang halus dan lazat yang lebih hebat apabila diadunkan.
Hasilnya ialah stout kraf yang unik - gandingan sempurna antara ciri bir lengkap dengan rasa beraneka Innis & Gunn dan rasa manis, pedas dan halus Tullamore D.E.W., dengan elemen-elemen coklat gelap serta kopi berserta sedikit rasa vanila dan kayu oak dalam bru ABV 6.1%.
Bagi menandakan kerjasama khas mereka, Kindred Spirits meraikan bahagian penting yang diterajui oleh muzik dalam budaya Scotland dan Ireland, sama seperti wiski dan bir, dengan menghimpunkan salah satu eksport muzik terbaik daripada setiap negara untuk berkolaborasi bagi nyanyian baharu lagu rakyat Scotland tradisional. Kumpulan Ash dari Ireland dan Frightened Rabbit dari Scotland bertemu menerusi Kindred Spirits di lokasi asal Innis & Gunn di Edinburgh bagi menghasilkan Kindred Sessions, yang kini boleh ditonton melalui https://youtu.be/Opv7UCds_fM
Dougal Gunn Sharp, pengasas dan pakar pembru Innis & Gunn mengulas:
"Scotland dan Ireland berkongsi hubungan Celt yang hebat dalam budaya dan karakter kami, satu pertalian yang menyatukan kami bersama Tullamore D.E.W. Bru yang lebih hebat apabila diadun kesemuanya, Kindred Spirits ialah satu perayaan bagi seni ketukangan Scotland dan Ireland terbaik, dan menerusi perkongsian kami menggunakan tong unik kami dalam proses pematangan bir dengan tong-tong wiski Ireland legenda Tullamore, ia telah mencetuskan penciptaan alternatif yang padat dengan rasa menarik dan unik berbanding stout biasa."
John Quinn, Duta Jenama Global Tullamore D.E.W. mengulas:
"Perkongsian kami dengan Innis & Gunn dapat lebih merapatkan kami dengan jenama yang berkongsi minat kami terhadap inovasi dan penciptaan produk-produk yang mempunyai kualiti dan ciri luar biasa. Bir dan wiski sentiasa menjadi 'saudara malt' kerana barli malt merupakan bahan utama dalam kedua-duanya, dan kami meraikan hubungan unik ini menerusi D.E.W. dan Bru – satu gandingan Tullamore D.E.W bersama bir-bir tradisional hebat seperti Kindred Spirits untuk malam yang menyerlahkan karekter yang sebenar."
Kindred Spirits kini boleh didapati di UK dan Ireland, AS, Kanada, Sweden, Perancis, Australia, Afrika Selatan, Denmark, Finland, Singapura.
#KindredSpirits
Nota untuk Editor:
Latar Belakang Tullamore D.E.W.
Tullamore D.E.W. ialah jenama wiski Ireland yang kedua terbesar di dunia dengan jualan globalnya mencecah lebih satu juta (9L) kotak setahun. Terkenal di seluruh dunia menerusi rasanya yang halus, wiski Ireland Tullamore D.E.W. disuling tiga kali dan merupakan adunan ketiga-tiga jenis wiski Ireland - bijian, malt dan sulingan pot. Kelembutan yang manis dalam wiski bijian, rasa rempah lembut daripada sulingan pot dan rasa buah-buahan daripada malt menciptakan keunikan rasa yang membezakan Tullamore D.E.W. daripada semua wiski Ireland yang lain. Digelar sebagai Ikon Penginovasi Jenama Wiski Terbaik Tahun 2017, rangkaian wiski Tullamore D.E.W. yang memenangi anugerah termasuk Tullamore D.E.W. Asli, Tullamore D.E.W. Simpanan Khas 12 Tahun, Tullamore D.E.W. Trilogi 15 Tahun, Tullamore D.E.W. Malt Tunggal 14 Tahun, Tullamore D.E.W. Malt Tunggal 18 Tahun, Tullamore D.E.W. Dua Kali Matang Tong Sider dan Tullamore D.E.W. Phoenix.
Tullamore D.E.W. menjadi sebahagian daripada keluarga William Grant & Sons pada tahun 2010.
Latar Belakang Innis & Gunn
Innis & Gunn ialah salah satu daripada pembru tradisional antarabangsa yang paling berjaya di Scotland, menjual lebih 27 juta botol bir di lebih 30 negara pada tahun 2017. Sebagai perintis teknik pematangan dalam tong, pematangan dalam tong Innis & Gunn menggunakan dua kaedah, iaitu bir tradisional menggunakan teknik tong, dan tong yang unik serta inovatif menggunakan proses bir yang dibangunkan oleh Pengasas dan Pakar Pembru Dougal Gunn Sharp. Tonton bagaimana Innis & Gunn memasukkan tong dalam bir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Innis & Gunn:
Elaine Forbes, Pengurus Komunikasi: media@innisandgunn.com
Tullamore D.E.W.
Emma Oliver – Pembantu Perhubungan Awam & Sokongan Global: Emma.Oliver@Wgrant.com