omniture

GERRY WEBER - Eva Herzigova Kekal Wajah Jenama pada 2018

Gerry Weber International AG
2018-02-20 11:00 1019

HALLE WESTFALEN, Jerman, 20 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Kisah cinta terhadap fesyen diteruskan. Selepas kejayaan permulaan kolaborasi antara jenama gaya hidup GERRY WEBER dan peragawati Eva Herzigova sebagai sebahagian daripada kempen Musim Luruh/Sejuk 2017/2018, kolaborasi antara GERRY WEBER dan ikon gaya itu memasuki tahap baharu. Sebagai wajah koleksi Musim Bunga/Panas 2018, Eva Herzigova menonjolkan tarikan yang bergaya dan juga nilai-nilai feminin - gaya kasual - mengilhamkan.

generated by system

generated by system

Di bawah arahan kreatif Donald Schneider, kempen ini diambil gambarnya oleh Pamela Hanson di Santorini.

Tumpuan koleksi baharu ini ialah 'Keghairahan Merah Jambu' ('Pink Passion'). Gaya-gaya utama ialah corak berbunga-bunga pada pakaian dan seluar selain jaket kulit berwarna merah jambu. Penekanan seterusnya ialah gaya santai yang bersahaja dengan seluar jeans bersulam dan baju sejuk, ponco, selain blaus berwarna biru baharu. Pakaian lain yang perlu ada termasuk baju luar kasual, blazer bouclé dan jaket kulit dengan warna-warna terang yang baharu. Gaya-gaya konsisten ini disudahi dengan kot musim panas dan kot trenc.

GERRY WEBER akan melancarkan satu lagi Koleksi Kapsul edisi-terhad pada 16 Mac 2018, menampilkan sumbangan daripada Eva Herzigova.

Koleksi Musim Bunga/Panas 2018 akan disediakan di seluruh dunia mulai 7 Mac 2018.

Muat turun filem dan imej: https://app.box.com/s/2g6w00jw1f4ibziivdtq354uxasbhx8n

Latar Belakang GERRY WEBER Group 

Gerry Weber International AG, yang beribu pejabat di Halle/Westphalia, ialah sebuah syarikat global yang menggabungkan lima kumpulan jenama yang kukuh di bawah satu bumbung: GERRY WEBER, TAIFUN, SAMOON, talkabout dan HALL HUBER. Ia merupakan salah sebuah syarikat fesyen terbesar yang tersenarai dalam bursa saham di Jerman (setakat April 2017). Pada tahun fiskal 2015/16 (1 November 2015 hingga 31 Oktober 2016), GERRY WEBER Group menjana pendapatan sebanyak 900.8 juta EUR.

gerryweber.com

White Communications GmbH          
Christine Jaksch        
Telefon: +49-89-360766-48        
Emel: gerryweber@white.de         

Sumber: Gerry Weber International AG

Source: Gerry Weber International AG
Related Links:
Keywords: Fashion Retail New products/services Women-related news