LONDON, 22 Februari 2018 /PRNewswire/ --
Kajian yang dijalankan oleh Calastone, rangkaian transaksi dana global, meramalkan nilai penjimatan kos yang berpotensi sebanyak lebih USD2.6bn (*£1.9bn) untuk pasaran dana bersama global hasil daripada peralihan kepada infrastruktur pasaran teragih didayakan rantaian blok.
Ramalan penjimatan ini menunjukkan skala impak kewangan yang dapat dibawakan oleh pengutomatan dan kesalinghubungan yang lebih hebat kepada pasaran dana. Ramalan oleh Calastone selanjutnya menyokong satu lagi kajian yang disiarkan oleh Forrester, salah sebuah firma penyelidikan dan khidmat nasihat utama dunia, yang menganalisis impak kewangan rangkaian transaksi semasa Calastone yang telahpun dirasakan oleh pasaran dana global. Kajian Forrester mendedahkan bahawa pengautomatan transaksi melalui Calastone memberikan penjimatan sebanyak USD 641 juta (£458 juta) sejak enam tahun lalu.
Kajian Forrester menunjukkan penjimatan kos yang ketara pada masa kini di peringkat pasaran global
Forrester menjalankan tinjauan pasaran global melibatkan 234 organisasi dana bersama bagi menentukan nilai ketara dan impak kewangan yang diberikan oleh rangkaian transaksi Calastone terhadap pasaran dana global apabila menukar proses manual dagangan dana kepada infrastruktur rangkaian automatik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa, dalam menangani geseran dan ketidakcekapan operasi dalam seluruh kitar transaksi merentasi semua rakan niaga dagangan, Calastone menjana faedah bersih yang ketara untuk pasaran, menghasilkan lebih USD 641 juta (£458 juta) penjimatan kos sepanjang enam tahun lalu. Kajian melibatkan pasaran-pasaran global utama Calastone termasuk UK, Ireland, Luxembourg, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Australia.
Keputusan kajian menunjukkan lima kelebihan utama kepada firma-firma dana apabila berhubung dengan rangkaian transaksi automatik Calastone; menambah baik masa proses, mengurangkan ralat manual (dan masa yang diperlukan untuk menanganinya), kebolehan untuk diperluas dan memproses jumlah dagangan yang lebih tinggi melalui kefleksibelan yang dipertingkat dalam tetingkap dagangan, masa tindak balas lebih pantas dan ketelusan yang lebih hebat menerusi kebolehkesanan audit yang lebih baik.
Calastone meramalkan penjimatan yang lebih tinggi untuk masa depan - potensi luas rantaian blok…
Menerusi kajian Forrester yang menekankan nilai yang telahpun diberikan oleh pengautomatan melalui rangkaian transaksi dana global Calastone kepada dagangan dana bersama setakat ini, analisis Calastone selanjutnya menilai skala penjimatan yang lebih luas yang dapat dibawakan oleh infrastruktur pasaran teragih (DMI) didayakan rantaian blok kepada pasaran global, menganggarkan kecekapan kos selanjutnya yang ketara berjumlah melebihi USD 2.6bn (*£1.9bn) seluruh dunia.
Angka-angka yang dikeluarkan oleh Calastone memperlihatkan nilai kewangan ketara yang dapat diberikan oleh infrastruktur pasaran teragih didayakan rantaian blok, dengan menyingkirkan banyak ketidakcekapan yang masih ada yang kini sebati dalam sistem, yang menyebabkan peningkatan kos, risiko, tekanan operasi dan pengawalseliaan. Dengan pengautomatan rangkaian Calastone yang telahpun membuahkan hasil, infrastruktur pasaran teragih menawarkan penyelesaian boleh diskala bagi memenuhi keperluan peserta industri dana dan pelabur pada masa kini dan masa depan.
Pada bulan Jun, Calastone berjaya menyelesaikan fasa pertama bukti-konsep infrastruktur pasaran teragih (DMI) didayakan Rantaian Blok dan pada bulan Disember, syarikat mengumumkan bahawa teknologi rangkaian terasnya akan beralih kepada teknologi rantaian blok pada tahun 2019.
Mengulas tentang keputusan kajian, Julien Hammerson, Ketua Pegawai Eksekutif Calastone, menambah;
"Misi kami sememangnya untuk menangani kos geseran dagangan dana bersama dan kajian oleh Forrester menunjukkan nilai tinggi yang telahpun diberikan oleh Calastone kepada pasaran - lebih £458 juta sejak enam tahun lalu. Keputusan ini menjadi bukti bagi impak yang dapat diberikan oleh teknologi kepada suatu industri pada peringkat global. Biarpun ia hanyalah langkah permulaan…
Meskipun apa yang kami capai setakat ini memberikan penjimatan tinggi untuk sektor ini, analisis kami sendiri menekankan betapa pentingnya faedah-faedah ini dapat ditingkatkan apabila menggunakan teknologi rantaian blok bagi mengautomasikan seluruh kitar hayat transaksi dana bersama, bermula daripada peletakan pesanan sehingga penyelesaian dan pembayaran, melalui infrastruktur pasaran teragih baharu kami - daripada berjuta-juta kepada lebih USD 2.6bn penjimatan kos setiap tahun."
Latar Belakang Calastone
Calastone ialah rangkaian transaksi dana yang terbesar di dunia, menghubungkan banyak organisasi kewangan yang utama di dunia. Misi kami adalah untuk menjadikan dana mudah diakses oleh semua dengan mengurangkan kos geseran dagangan. Kami menggunakan penyelesaian teknologi pintar dan kolaborasi industri untuk mengurangkan risiko operasi dan meningkatkan kebolehuntungan pelanggan melalui pendigitan dan pengautomatan.
Lebih 1,400 pelanggan di 35 negara dan wilayah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Calastone, memproses lebih 7 juta pesanan dan £85 bilion transaksi setiap bulan.
Ibu pejabat Calastone terletak di London dan mempunyai pejabat-pejabat di Luxembourg, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Sydney.
*Kaedah Calastone
Calastone telah menghitung penjimatan kos yang bakal diperoleh apabila beralih kepada infrastruktur pasaran yang teragih dan terselaras menggunakan data daripada kajian terkini tahun 2016 oleh Deloitte, "Europe's fund expenses at a crossroads; The benefits of mutualizing the cost of distribution (Perbelanjaan dana Eropah di persimpangan; Faedah-faedah menyelaraskan kos pengagihan)." Pengiraan oleh Calastone menentukan penjimatan mata asas berpotensi (bps) dalam pasaran-pasaran global yang utama. Pengiraan bps oleh Calastone telah digunakan ke atas aset-aset dana bersama di bawah pengurusan, di peringkat pasaran individu, dalam pasaran-pasaran berikut: UK, Ireland, Luxembourg, Hong Kong, Singapura, Taiwan & Australia.
Pengiraan mata wang daripada GBP kepada USD @ 1.40 setakat 20 Jun 2017
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
FTI Consulting LLP
Ollie Bailey-Pratt / Darius Alexander
calastone@fticonsulting.com
Tel: +44-020-3727-1000