omniture

MediaTek Sertai Pertukaran Rangkaian Neural Terbuka Evolusikan Platform AI Pinggir

MediaTek Inc.
2018-02-22 20:00 887

Bersama-sama Facebook, Microsoft, Amazon dan lain-lain, MediaTek sokong rangka kerja terbuka dan utama bagi memacu inovasi AI

SAN DIEGO dan HSINCHU, 22 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, MediaTek mengumumkan ia menyertai Pertukaran Rangkaian Neural Terbuka (ONNX) bagi memacu inovasi AI dan menyokong evolusi platform AI pinggirnya.

ONNX dicipta dan dilancarkan oleh Amazon, Facebook dan Microsoft bagi menyediakan standard kebolehfungsian untuk memindahkan model-model pembelajaran mendalam antara rangka kerja. Hasilnya ialah satu ekosistem terbuka yang membolehkan pembangun AI menggabungkan dan memadankan instrumen dan rangka kerja yang mereka perlukan dalam mana-mana peringkat projek.

Penglibatan sedia ada dalam Rangkaian Neural Android (ANN), digabungkan dengan sokongan baharu dan penyertaannya dalam ONNX, ialah sebahagian daripada keperluan strategik MediaTek untuk terus menyepadukan AI dalam portfolio teknologinya.

MediaTek turut meneruskan pengumuman yang dibuat baru-baru ini untuk mendayakan pengkomputeran pinggir AI menerusi pelancaran platform AI NeuroPilot baharu, yang terdiri daripada kedua-dua perkakasan dan perisian. NeuroPilot MediaTek menyediakan unit pemprosesan SDK dan AI bagi menyokong pembangunan peranti kediaman mudah alih dan pintar didayakan AI selain auto.

"Kunci untuk membangunkan aplikasi dan keupayaan AI bergantung pada ekosistem terbuka yang mana penyelidikan dan kebolehfungsian yang dikongsi menjadi penggalak inovasi yang sebenar," kata Jerry Yu, Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Home Entertainment Business Group, MediaTek. "Dalam usaha untuk merevolusikan platform AI kami dan memastikan kebolehoperasian dan pilihan dikekalkan apabila membangunkan aplikasi dan keupayaan bersama NeuroPilot MediaTek, sememangnya wajar untuk meluaskan sokongan kami kepada rangka kerja AI terbuka dengan menyertai Pertukaran Rangkaian Neural Terbuka."

Platform AI NeuroPilot MediaTek telahpun menyokong rangka kerja AI yang utama, memandangkan ia beroperasi bersama-sama SDK pemprosesan neural sedia ada termasuk Google TensorFlow, Caffe, Amazon MXNet, Sony NNabla dan banyak lagi. Di peringkat OS, MediaTek menawarkan sokongan untuk Android dan juga Linux.

Latar Belakang MediaTek

MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan lebih mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kegeligaan Setiap Hari dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari https://www.mediatek.com/ untuk maklumat lanjut.

Pejabat Akhbar MediaTek:
PR@mediatek.com

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
OTC:MDTKF Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors Licensing/marketing agreements