omniture

Pertumbuhan Seimbang di Singapura tatkala Ekonomi Semakin Meningkat

Hawksford Singapore
2018-02-23 15:49 893

Lebih ramai pelabur individu dari Jepun, Australia, Indonesia, UK dan Perancis tumpu pada Singapura

SINGAPURA, 23 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Singapura mengakhiri tahunnya dengan positif menerusi 14,115 perniagaan baharu yang dibentuk pada Suku Keempat 2017, menurut data yang disediakan dalam laporan kajian terkini Hawksford Singapore, Laporan Trend Perniagaan Baharu Singapura Suku Keempat 2017 (Singapore New Business Trends Report Q4 2017).

Singapore New Business Trends Q4 2017
Singapore New Business Trends Q4 2017

 

Meskipun terdapatnya 10.7% penurunan berbanding suku tahun sebelumnya (QoQ), Hawksford Singapore memperhatikan pertumbuhan yang seimbang di Singapura menerusi peningkatan penubuhan syarikat bersaiz besar dan sederhana selain penubuhan perniagaan kecil-kecilan pada tahun 2017.

Cik Jacqueline Low, Ketua Pegawai Operasi Hawksford Singapore, penyedia perkhidmatan korporat yang terkemuka untuk perniagaan antarabangsa, percaya bahawa Singapura kekal menjadi tumpuan utama pelaburan dan pengembangan perniagaan.

"Sebagai salah satu lokasi paling mudah di dunia untuk menjalankan perniagaan, Singapura kekal sebagai hab perniagaan yang menarik pada tahun 2017. Syarikat-syarikat melibatkan semua saiz terus memilih Singapura sebagai destinasi perniagaan pilihan mereka, menyedari bahawa faktor-faktor seperti persekitaran mesra perniagaan dan asas-asas makro yang kukuh memberi kelebihan kepadanya berbanding bidang kuasa kewangan yang lain," kata beliau.

(a)  Pembentukan Perniagaan mengikut Jenis Entiti

Saham Syarikat-syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan berkembang 4.2% QoQ pada Suku Keempat 2017. Syarikat-syarikat Sendirian Berhad (EPC) yang Dikecualikan dan Tidak Dikecualikan masing-masing mencatatkan peningkatan 9.8% dan 9.9% berbanding tahun sebelumnya (YoY), menunjukkan syarikat-syarikat, khususnya syarikat-syarikat bersaiz besar dan sederhana, mengiktiraf Singapura sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Berbanding tahun 2016, lebih banyak syarikat bersaiz besar dan sederhana dalam kategori Bukan-EPC dan Syarikat-syarikat Awam Berhad menurut Jaminan ditubuhkan di Singapura pada tahun 2017. Ketidakpastian dalam lanskap perniagaan mewujudkan peningkatan minat terhadap kerja-kerja amal menerusi pertambahan bilangan syarikat berhad menurut Jaminan, jenis entiti yang terkenal untuk kegiatan tidak untung.

(b)  Pembentukan Perniagaan mengikut Modal Saham

Memanfaatkan keperluan modal saham minimum Singapura sebanyak $1, saham syarikat-syarikat yang diperbadankan dengan kurang S$10,000 modal saham meningkat 1.6% pada Suku Keempat. Ia membolehkan penubuhan yang pantas dan mudah untuk syarikat-syarikat tanpa memerlukan modal saham yang tinggi sebagai permulaan. Apabila aktiviti perniagaan mula meningkat atau berjalan lancar, mereka kemudiannya boleh meningkatkan modal saham.

Selain mengukuhkan lebih banyak syarikat bersaiz besar pada tahun 2017, saham syarikat-syarikat dalam kategori tahap modal saham terendah meningkat 0.9%. Pertumbuhan pada kedua-dua hujung spektrum perusahaan merupakan petanda jelas terhadap kemunculan pertumbuhan yang seimbang di Singapura.

(c)  Pembentukan Perniagaan mengikut Struktur Pemegangan Saham

Berbekalkan kerangka cukai yang menarik dan jaringan perjanjian cukai yang luas, Singapura terus menikmati peningkatan aliran pelaburan asing pada Suku Keempat 2017 menerusi peningkatan 1.9% saham entiti-entiti milik asing sepenuhnya pada kadar 40%.

Pada tahun 2017, saham syarikat-syarikat dengan 100% pemegangan saham tempatan meningkat 0.6%. Ini memperlihatkan peluang-peluang perniagaan tempatan yang semakin meningkat, disokong oleh keadaan ekonomi global dan serantau yang menggalakkan. Persekitaran mesra perniagaan Singapura dan kesediaan untuk menerima 100% struktur pemegangan saham asing menjadikannya lokasi yang sesuai untuk menubuhkan subsidiari-subsidiari bagi organisasi-organisasi asing yang mantap.

(d)  Pembentukan Perniagaan mengikut Industri

Kenaikan saham syarikat-syarikat dalam sektor perkhidmatan kewangan kepada 12.3% pada Suku Keempat berlaku bersesuaian dengan persekitaran pengawalseliaan Singapura yang telus dan mantap serta hampir dengan kebangkitan Asia. Tidak menghairankan apabila industri perkhidmatan kewangan semakin meningkat kadar kemajuannya pada tahun 2017 tatkala teknologi kewangan mencapai momentum dengan sokongan MAS, yang turut menganjurkan Fintech Festival (Festival Teknologi Kewangan) yang pertama pada tahun 2016.

Saham syarikat-syarikat yang dibentuk dalam sektor perdagangan borong terus kekal sebagai yang tertinggi pada kadar 19.2%, mengesahkan peranan Singapura sebagai hab pengagihan Asia.

(e)  Pembentukan Perniagaan mengikut Negara

Saham subsidiari-subsidiari asing dalam pembentukan syarikat baharu meningkat daripada 2.2% kepada 44.4% pada Suku Keempat 2017 dengan British Virgin Islands, Hong Kong dan Cayman Islands masing-masing menyumbang sebanyak 6.5%, 4.3% dan 3.7% bagi subsidiari-subsidiari asing yang ditubuhkan. Banyak syarikat luar pesisir bertindak sebagai syarikat pemegangan pelaburan yang melabur dan menubuhkan syarikat operasinya di Singapura.

Selain China, Malaysia, India dan Indonesia, para pelabur individu juga semakin ramai yang datang dari pelbagai negara sumber seperti Jepun, Australia, Indonesia, UK dan Perancis.

"Kami dapat menyaksikan peningkatan perniagaan dari luar negara yang memilih untuk menubuhkan dan bekerjasama dengan Hawksford pada tahun 2017, berbanding pada tahun 2016. Menuju masa depan, kami menjangkakan kenaikan pembentukan perniagaan yang selanjutnya pada tahun 2018 memandangkan peningkatan momentum global dan penambahbaikan sentimen perniagaan mewujudkan prospek ekonomi yang semakin positif," tambah Cik Low. 

Laporan Trend Perniagaan Baharu Singapura ialah laporan suku tahunan oleh Hawksford Singapore yang mengandungi statistik dan analisis aktiviti pembentukan perniagaan di Singapura. Untuk maklumat lanjut tentang Laporan Statistik Pembentukan Perniagaan Hawksford Singapore untuk Suku Keempat 2017, muat turun laporan daripada pautan di sini.

Latar Belakang Hawksford Singapore

Hawksford Singapore ialah sebuah firma perkhidmatan korporat terkemuka yang berpangkalan di Singapura, menyediakan perkhidmatan lengkap untuk memulakan dan mengurus perniagaan di Singapura. Pasukan Hawksford Singapore terdiri daripada ahli-ahli profesional berpengalaman yang mempunyai pengalaman luas dalam kerangka undang-undang, kewangan, cukai dan pengawalseliaan di Singapura. Melalui kepakaran dan pengetahuannya yang mendalam, Hawksford Singapore komited untuk memberikan nilai luar biasa kepada pelanggannya setiap masa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.guidemesingapore.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Cik Chye Fong Yee 
Tel: (+65) 6704 9174
Emel: FongYee.Chye@hawksford.sg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180222/2061965-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170421/1831135-1logo

 

Source: Hawksford Singapore
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Economic news, trends, analysis