omniture

RCI Perluas Penawaran Percutian Globalnya dengan Lebih 135 Pusat Peranginan Baharu dalam tahun 2017

Rangkaian pertukaran percutian terbesar tambah kira-kira 80 hartanah antarabangsa dalam tahun 2017 kepada rangkaian globalnya yang melebihi 4,300 pusat peranginan bersekutu
RCI
2018-02-26 08:52 685

PARSIPPANY, N.J., 26 Februari 2018 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju dunia dalam pertukaran percutian dan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN), mengalu-alukan lebih daripada 135 pusat peranginan bersekutu baharu dalam rangkaian pertukarannya dalam tahun 2017. Penambahan ini merentas setiap benua yang berpenduduk dan menampilkan pengalaman percutian dengan pilihan hebat untuk hampir setiap jenis perjalanan, dari pelayaran dan matahari kepada bandar-bandar moden yang bergemerlapan.

"Di sepanjang beberapa tahun lalu, kami telah menambah beberapa hartanah yang luar biasa ke rangkaian pertukaran RCI®. Melalui perkongsian strategik bersama rakan kongsi baharu dan sedia ada, seramai 3.8 juta ahli yang melanggan kami mempunyai ribuan pilihan untuk memilih destinasi yang menjadi rebutan di seluruh dunia apabila mereka merancang percutian mereka yang seterusnya." kata Gordon Gurnik, Presiden, RCI.

Di Amerika Latin, RCI menambah lebih daripada 55 pusat peranginan, yang kebanyakannya terletak di destinasi-destinasi pantai yang terkenal. Ventus at Marina El Cid Spa & Beach Resort terletak di perkampungan nelayan yang aneh tetapi menarik di Puerto Morelos, Mexico, di sepanjang Mayan Rivera yang indah. Di samping pemandangan Laut Caribbean yang cantik, para tetamu juga dapat menikmati kemudahan pusat peranginan mewah dan pengalaman kebudayaan tempatan dari Mayan purba yang pernah menduduki kawasan ini.

RCI juga menikmati pertumbuhan yang luar biasa di rantau Asia Pasifik dengan lebih daripada 20 pusat peranginan baharu. Emerald Terrace Condominium Resort di Phuket, Thailand, merupakan salah satu daripada tambahan terkini. Terletak di lereng bukit yang subur, pulau peranginan yang penuh dengan kenikmatan yang tenang dan pengembaraan yang indah bermula dengan laluan gajah melalui hutan yang masih dara hinggalah kepada selam skuba di taman kehidupan laut tempatan yang berwarna-warni.

Jejak Amerika Utara syarikat juga berkembang dengan hampir 50 pusat peranginan dalam tahun 2017. Salah satu daripada tambahan ini termasuk Prestige Collection Harbourside at Marker 33 di Indian Rocks Beach, Florida, yang menawarkan pelbagai kegiatan mesra keluarga. Resort ini berkongsi kawasan dengan Taman Air Splash Harbour, dan mempunyai slaid tiub setinggi 42 kaki, slaid badan penunggang tunggal, 600 kaki sungai mengalir perlahan yang santai, geladak matahari yang besar dan kolam seakan-akan pantai dengan air terjun cendawan dan semburan bawah. Taman air ini juga mempunyai zon percikan, ruang permainan dan 18 lubang golf mini yang bertemakan tropikal.

Program The Registry Collection® , program pertukaran mewah RCI juga mengalu-alukan beberapa pusat peranginan baharu dalam tahun 2017, termasuk tambahan Zimbali Villas by Euphoric, Afrika Selatan. Rantau Afrika Selatan, dikenali sebagai Pantai Dolfin, berada di bawah kanopi hutan yang tebal di mana para tetamu juga boleh menemui "Zimbali-Zulu" atau "lembah bunga". Para pelawat akan menghabiskan percutian mereka di tengah-tengah syurga sub-tropika yang terletak dalam kawasan tenang di hutan simpan tepi pantai.

Untuk maklumat lanjut, lawati RCI.com atau RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI

RCI adalah peneraju dunia bagi pertukaran percutian yang melibatkan lebih 4,300 pusat peranginan bersekutu di hampir lebih dari 110 negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahli dengan kefleksibelan dan kepelbagaian yang lebih baik untuk pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks® iaitu sistem pertukaran mengikut minggu dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran mengikut mata peringkat global yang pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada 3.8 juta ahli RCI yang melanggan setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau dalam proses pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destination Network dan Wyndham Worldwide (NYSE:WYN). Untuk maklumat tambahan, sila lawati pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI boleh ditemui melalui Facebook, Instagram, YouTube dan juga Twitter.

Hubungan Media:

Steven Alessandrini
Steven.Alessandrini@rci.com
+1-973-753-8278

Valerie Oppelaar
Valerie.Oppelaar@rci.com
+1-973-753-7474

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

Source: RCI
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services