omniture

GEA: Arab Saudi Sedia Jadi Hab Hiburan Global Dengan Lebih 5000 Acara Diumum untuk 2018

General Entertainment Authority Saudi Arabia
2018-02-26 10:51 710

RIYADH, Arab Saudi, 26 Februari 2018 /PRNewswire/ --

  • T.Y.T. Ahmed Al Khatib: "GEA ialah satu satu enjin transformasi di Kerajaan Arab Saudi. Kami berusaha untuk menjadikan KSA sebagai destinasi hiburan global." 
  • Pelaburan sebanyak SAR 267 bilion dalam infrastruktur hiburan dicari; perbelanjaan pengguna terhadap hiburan akan mencecah SAR 36 bilion menjelang 2030 

Lembaga Hiburan Umum (GEA) Arab Saudi akan menganjurkan bilangan acara yang belum pernah diadakan sebelum ini di Kerajaan Arab Saudi tahun ini, menerusi lebih 5,000 persembahan secara langsung, pesta dan konsert yang dirancang di 56 bandar di seluruh wilayah berkenaan. Kalendar tahun 2018 menyajikan senarai barisan acara hiburan langsung paling pelbagai yang pernah disaksikan di Arab Saudi, bermula dengan persembahan muzikal dan pertunjukan untuk semua kaum keluarga, kepada komedi berdiri dan persembahan secara langsung daripada beberapa nama tersohor dalam arena muzik global. Pengumuman ini dibuat dalam satu majlis istimewa di Riyadh yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Ahmed Bin Aqeel Al Khatib, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif GEA, Jurutera Faisal Bafarat, berserta beberapa pegawai tinggi dan tetamu yang dihormati.

generated by system

Tuan Yang Terutama En. Ahmed Al Khatib, Pengerusi Lembaga Hiburan Umum berkata: "GEA mengambil langkah yang pantas ke arah peningkatan gaya hidup di semua wilayah Arab Saudi dengan menyediakan pilihan dan pengalaman hiburan yang beraneka dan pelbagai untuk dinikmati oleh orang ramai. GEA menyumbang terus terhadap objektif-objektif dalam program Kualiti Hidup, yang bertujuan untuk mencapai ekonomi yang berkembang maju dan masyarakat yang bersemangat yang mana warga dan penduduknya dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik."

Beliau mendedahkan bahawa sektor hiburan memerlukan pelaburan sebanyak SAR 267 bilion untuk membina infrastruktur hiburan di seluruh wilayah Kerajaan Arab Saudi, dan pelaburan dalam infrastruktur antara tahun 2017 dan 2030 dijangka dapat menyumbang sebanyak SAR 18 bilion setiap tahun terhadap KDNK Arab Saudi, manakala perbelanjaan pengguna dijangka mencecah SAR 36 bilion menjelang tahun 2030.

"GEA berbangga dapat menjadi salah satu pemacu transformasi di Kerajaan Arab Saudi, menerusi tujuan jelasnya untuk membangunkan industri hiburan bertaraf dunia yang akan meletakkan Kerajaan Arab Saudi dalam peta pelancongan dan hiburan global," tambah beliau.

Jurutera Faisal Bafarat, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hiburan Umum berkata: "Tahun ini bukan sahaja akan menyediakan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk berkongsi pengalaman beraneka bersama keluarga dan rakan taulan, tetapi juga akan memberi sumbangan penting terhadap pembangunan berterusan industri hiburan di Kerajaan Arab Saudi. Tahun 2018 menandakan satu perubahan pada kadar kemajuan hasil daripada saiz skala program yang kami tawarkan. Ribuan acara bakal dianjurkan dan dikawal selia, yang menyediakan lebih banyak peluang berbanding sebelum ini untuk kami terus meningkatkan kualiti acara-acara hiburan di Kerajaan Arab Saudi, selain mematuhi piawaian antarabangsa yang tertinggi."

Bafarat mempersembahkan sorotan barisan acara hiburan 2018 yang melibatkan 55 acara utama berserta ribuan acara yang dianjurkan oleh penganjur persendirian, majlis perbandaran dan gabenor yang akan disokong oleh GEA.

"Kepelbagaian dan keluasan program hiburan 2018 akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan berterusan industri hiburan di Kerajaan Arab Saudi menerusi sejumlah 224,000 pekerjaan baharu, termasuk 114,000 pekerjaan langsung dan 110,000 pekerjaan tidak langsung yang dijangka bakal diwujudkan dalam sektor berkenaan menjelang tahun 2030," kata Bafarat. "Keluarga, orang muda dan kanak-kanak akan berpeluang menikmati persembahan muzik secara langsung, pertunjukan teater, persembahan muzikal, pertunjukan sarkas, pesta kemasyarakatan dan banyak lagi di seluruh Kerajaan Arab Saudi," tambah beliau.

Lembaga Hiburan Umum ditubuhkan pada tahun 2016 dan mengurus 52 acara pada tahun tersebut yang dihadiri oleh lebih 100,000 orang. Pada tahun 2017, Lembaga ini menganjurkan lebih 2,200 acara yang dihadiri oleh 8.2 juta orang. Kalendar tahun 2018 akan menyajikan lebih banyak acara berbanding sebelum ini yang berlangsung di seluruh Kerajaan Arab Saudi, termasuk persembahan daripada beberapa artis paling terkenal di dunia.

LATAR BELAKANG LEMBAGA HIBURAN UMUM 

Lembaga Hiburan Umum ialah sebuah badan yang disahkan kerajaan, tertubuh menerusi program Wawasan 2030 Arab Saudi. Lembaga ini berusaha untuk membangunkan, mempromosi, mengawal selia dan membiayai infrastruktur hiburan yang kompetitif dalam Kerajaan Arab Saudi, bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan sektor swasta demi mencapai cita-cita ini.

GEA mengalu-alukan semua orang untuk melihat Kalendar Hiburan dan mengikuti akaun media sosial mereka melalui @Roznamah_sa bagi mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang aktiviti dan acara hiburan mingguan.

Source: General Entertainment Authority Saudi Arabia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Travel New products/services Future Events