omniture

MediaTek Kuasakan Masa Hadapan Mudah Alih dengan Set Cip Helio P60 Baharu, Bawa Kuasa Teras Besar & Pengalaman AI kepada Pengguna

Set cip pertama dengan platform AI MediaTek sokong AI canggih, pengalaman fotografi maju dan prestasi teras yang besar dalam satu pakej berkuasa, cekap tenaga
MediaTek Inc.
2018-02-26 19:52 876

BARCELONA, Sepanyol dan HSINCHU, Taiwan, 26 Februari 2018 /PRNewswire/ -- MediaTek hari ini melancarkan sistem-atas-cip (SoC) Helio  P60 MediaTek, platform SoC pertama yang menampilkan unit pemprosesan AI yang berbilang teras (APU mudah alih) dan teknologi AI NeuroPilot MediaTek. Gabungan pemproses Arm Cortex A73 and A53nya membawakan sehingga 70 peratus peningkatan prestasi CPU melebihi Helio P23 dan Helio P30, selain 70 peratus peningkatan prestasi GPU. Dibina menggunakan teknologi 12nm FinFET, Helio P60 MediaTek memberikan kecekapan tenaga luar biasa untuk memanjangkan hayat bateri peranti.

MediaTek Helio P60
MediaTek Helio P60

"Dibina berasaskan legasi teknologi inovatif kami, Helio P60 MediaTek baharu mengubah segala-galanya tentang apa yang para pengguna boleh harapkan dalam sebuah telefon pintar," kata TL Lee, Pengurus Besar unit perniagaan Komunikasi Tanpa Wayar MediaTek. "Melengkapkan kuasa teras dan prestasi yang besar dengan sebuah unit pemprosesan yang dibina khas untuk aplikasi AI, set cip Helio P60 MediaTek memberikan pengguna ciri-ciri istimewa seperti pengesanan wajah pembelajaran mendalam, pengenalan objek dan pemandangan, pengalaman permainan yang lancar, dan fungsi-fungsi kamera pintar. Set cip baharu ini memberikan semua orang akses kepada peranti yang hebat tanpa tag harga premium."

Helio P60 MediaTek mempunyai empat pemproses Arm A73 2.0 Ghz dan empat pemproses Arm A53 2.0 GHz dalam sebuah teras okta yang besar. Konfigurasi LITTLE. SoC difabrikasi pada proses pengeluaran TSMC 12nm dan merupakan siri SoC Helio P60 MediaTek yang paling cekap kuasa sehingga kini. Berbanding dengan generasi siri Helio P terdahulu, Helio P23, Helio P60 MediaTek mempunyai lebih kecekapan sehingga 12 peratus secara keseluruhannya dan sehingga 25 peratus lebih cekap kuasa dalam permainan yang mempunyai banyak ciri yang menggunakan tenaga, jadi para pengguna boleh bermain lebih lama dengan peranti mereka. Diuruskan oleh teknologi CorePilot 4.0 MediaTek, dengan pengurusan haba, pemantauan pengalaman pengguna dan Penjadualan Peka Tenaga (EAS), cip set mengoptimumkan prestasi pemproses dan pemeliharaan kuasa untuk pengalaman pengguna yang mampan malah merentas tugasan pengiraan paling intensif. 

Helio P60 MediaTek membawakan teknologi AI NeuroPilot MediaTek ke teras telefon pintar anda. Seni bina yang dikira oleh AI bekerja dengan lancar merentas CPU, GPU dan APU Mudah Alih dalam SoC untuk memaksimumkan prestasi dan kecekapan kuasa. Dengan dua kali ganda kecekapan kuasa penyelesaian GPU, APU berbilang teras Helio P60 MediaTek menyediakan kecekapan kuasa yang hebat dan prestasi 280GMAC/s yang terkemuka dalam kelasnya.

NeuroPilot SDK MediaTek dalam P60 serasi dengan API Rangkaian Neural Android Google (Android NNAPI), dan juga menyokong rangka kerja umum AI, termasuk TensorFow, TF Life, Caffe dan Caffe2. Ini memudahkan para pembangun untuk membawakan aplikasi AI inovatif ke pasaran dengan cepat. Sebagai rakan kongsi Pertukaran Rangkaian Neural Terbuka (ONNX), MediaTek berusaha untuk membawakan sokongan ONNX kepada set cip dalam suku ke-2 2018 bagi menyediakan lebih kefleksibelan kepada para pembangun mereka aplikasi yang dikuasakan AI.

Berbanding dengan siri Helio P terdahulu, tiga pemproses isyarat imej (ISP) Helio P60 MediaTek meningkatkan kecekapan kuasa dengan menggunakan 18 peratus kurang kuasa untuk penetapan dwi-kamera. Dengan menggabungkan teknologi kamera luar biasa Helio P60 dengan APU Mudah Alih berkuasanya, para pengguna boleh menikmati pengalaman yang menyelitkan AI dalam aplikasi dengan pencantikan masa sebenar, lapisan masa sebenar yang baharu, pemecut AR/MR, peningkatan kepada fotografi, pratonton video masa sebenar dan banyak lagi.

Helio P60 MediaTek juga memasukkan modem 4G LTE WorldMode, dwi 4G VoLTE dan teknologi antenna pintar TAS 2.0 untuk menyediakan pelanggan dengan ketersambungan global yang lancar. Dengan imbangan kuasa dan prestasi yang lebih baik, Helio P60 MediaTek akan membolehkan pembuat peranti menyediakan telefon pintar rangkaian pertengahan yang lebih pintar, lebih berkeupayaan dan lebih andal ke pasaran.

Telefon pintar yang dikuasakan oleh set cip Helio P60 MediaTek akan boleh didapati di seluruh dunia mulai awal suku ke-2 2018. Untuk butiran selanjutnya tentang set cip terbaru kami, lawati: Helio P60 MediaTek 

Latar Belakang MediaTek Inc.

MediaTek Incorporated (TWSE:2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan lebih mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kegeligaan Setiap Hari dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari https://www.mediatek.com/ untuk maklumat lanjut.

Pejabat Akhbar MediaTek:

PR@mediatek.com
Kevin Keating, MediaTek
+1- 206-321-7295
10188 Telesis Ct #500, San Diego, CA 92121, AS

Joey Lee, MediaTek
+886 3-567-0766 # 31602
No. 1, Dusing 1st Rd., Hsinchu Science Park, Hsinchu City 30078, Taiwan

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180224/2064633-1  

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services