Ujian kelajuan tinggi NB-IoT R14 disempurnakan dengan jaya; Set cip NB-IoT R14 pertama bakal lancarkan pengeluaran besar-besaran
BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2018 /PRNewswire/ -- MediaTek hari ini mengumumkan pensijilan industri yang pertama bagi NB-IoT R14 untuk aplikasi komersial, menandakan spesifikasi NB-IoT R14 kini bersedia untuk memasuki fasa pelaksanaan komersial pada skala besar. Dengan sokongan ZTE, dua syarikat ini bekerjasama menyelesaikan ujian kelajuan tinggi spesifikasi Cat-NB2 NB-IoT R14 dengan kadar data pautan atas/pautan bawah melebihi 150/100kbps berbanding dengan 60/21kbps bagi R13. Cat-NB2 sangat sesuai untuk Perisian Tegar Menerusi Udara (FOTA), Mesej Suara Latar, dan aplikasi lain yang memerlukan transmisi data tinggi dengan tunda minimum.
Kadar puncak pautan atas dan pautan bawah piawaian R13 tidak dapat lagi memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk pelbagai aplikasi Internet Komunikasi Benda dalam pasaran. Spesifikasi NB-IoT R14 boleh mencapai kadar data puncak pautan atas dan pautan bawah melebihi 100kbps dengan menggunakan blok pengangkutan yang lebih besar (2536 bit TBS) dan proses 2HARQ. Tambahan lagi, NB-IoT R14 juga telah ditingkatkan dari segi mobiliti, penentududukan, siaran ganda, dan teknologi berbilang pembawa untuk menyediakan piawaian dan sokongan teknikal yang lebih baik bagi pembangunan Internet Komunikasi Benda dalam industri yang matang.
"NB-IoT ialah teknologi utama pada era Internet Komunikasi Benda," kata Jerry Yu, Naib Presiden Korporat MediaTek dan Pengurus Besar Home Entertainment Business Group. "Selepas menyempurnakan perkembangan peringkat permulaan teknologi dan ekosistem, NB-IoT bakal memasuki fasa komersial pada 2018 dengan produk yang matang untuk diperkenalkan kepada pelbagai jenis aplikasi. MediaTek sentiasa berada di barisan hadapan industri NB-IoT -- memimpin pengenalan kepada set cip MT2625 dan MT2621 yang berkesepaduan tinggi dengan sokongan R14 NB-IoT -- untuk berganding tangan dengan China Mobile bagi mencipta modul terkecil NB-IoT dalam industri. Hari ini, kami berkolaborasi dengan ZTE untuk menyempurnakan pensijilan komersial NB-IoT R14 yang pertama bagi mendorong industri ini ke hadapan. Pada masa hadapan, MediaTek bakal bekerjasama rapat dengan pengendali, pembuat peralatan stesen utama, dan pembuat terminal untuk mempromosikan aplikasi komersial NB-IoT dan mengalukan kedatangan era Internet Komunikasi Benda."
Pada masa kini, MediaTek telahpun memiliki dua cip yang menyokong spesifikasi R14 NB-IoT -- MT2625 mod tunggal dan MT2621 dwi-mod GSM+NB-IoT -- dengan MT2625 kini memasuki tahap pengeluaran besar-besaran yang menyasarkan aplikasi komersial. MediaTek bakal mempamerkan peranti boleh pakai yang dilengkapi dengan kedua-dua set cip MT2625 dan MT2621 di MWC 2018.
Untuk maklumat lanjut tentang MT2625 dan MT2621, sila lawati www.mediatek.com/products.
Latar Belakang MediaTek Inc.
MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan lebih mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kegeligaan Setiap Hari dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari https://www.mediatek.com/ untuk maklumat lanjut.
Pejabat Siaran Media MediaTek:
PR@mediatek.com
Kevin Keating, MediaTek
+1- 206-321-7295
10188 Telesis Ct #500, San Diego, CA 92121, AS
Joey Lee, MediaTek
+886 3-567-0766 # 31602
No. 1, Dusing 1st Rd., Hsinchu Science Park, Hsinchu City 30078, Taiwan