KIBBUTZ SASA, Israel, 28 Februari 2018 /PRNewswire/ --
Plasan dengan amat sukacitanya mengumumkan pihaknya telah menandatangani kontrak dengan BAE Systems, bagi tujuan pemerisaian Kapal Perang Global Jenis 26 untuk Tentera Laut Diraja UK.
Pengeluaran perisai untuk tiga kapal pertama dijangka bermula pada tahun 2018. Kapal-kapal berkenaan akan dibina di kemudahan-kemudahan BAE Systems di Glasgow, Scotland dan dianggap sebagai kapal paling canggih dalam kategorinya di dunia.
'Kapal Perang Global' Jenis 26 baharu yang direka dan dibina oleh BAE Systems ialah kategori baharu yang dipilih bagi menggantikan lapan frigat anti-kapal selam dalam kategori Duke yang kini digunakan oleh Tentera Laut Diraja.
Kapal Jenis 26 ini akan menyediakan keupayaan dan keanjalan yang dipertingkat melalui reka bentuk inovatif yang melibatkan misi teluk berbilang peranan, dek penerbangan dan hangar luas yang akan berupaya mengeksploitasi pelbagai sistem dengan pemandu dan tanpa pemandu. Ia juga mempunyai skop yang hebat untuk pembangunan masa depan.
Teknologi, keanjalan dan inovasi perisai utama di dunia daripada Plasan ini amat sesuai untuk pendekatan kapal Jenis 26 dan telah membantu menjamin program yang penting ini. Proses-proses berkaitan kualiti dan pengeluaran dalam Plasan mengukuhkan keyakinan yang diperlihatkan melalui pemilihan penyelesaian Plasan. Jalinan kerjasama dengan rakan kongsi Lembaga Reka Bentuk telah mengukuhkan etos kejayaan Plasan.
Plasan berbesar hati untuk bekerjasama dengan BAE Systems dalam program berprestij ini.
Sila kunjungi kami di: http://www.plasan.com
Ikuti kami melalui LinkedIn, YouTube, Twitter
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Meirav Ofir, Marcom
+972-54-2872368
miravo@plasan.com