omniture

ZTE dan GSMA Anjur Bersama Sidang Kemuncak 5G 2018

ZTE Corporation
2018-02-28 09:19 620

- Merangkul dunia yang lebih pintar dan terhubung

SHENZHEN, China, 28 Februari 2018 / PRNewswire / - ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama penyelesaian telekomunikasi, teknologi perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, bersama-sama GSMA menganjurkan Sidang Kemuncak  5G 2018 - Mewujudkan Era Mudah Alih Baru melalui 5G di Kongres Dunia Mudah Alih 2018 di Barcelona, Sepanyol. Sidang kemuncak ini menghimpunkan lebih 200 eksekutif dan wakil dari pengendali telekom, pembuat cip, dan syarikat teknologi terkemuka dunia untuk membincangkan bagaimana membina dunia yang lebih pintar dan terhubung.

Executive Vice President Xu Huijun
Executive Vice President Xu Huijun

"5G semakin pantas menghampiri di peringkat global, dan sekarang China, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea Selatan dan Eropah memimpin dalam membangunkan pelan kemajuan 5G mereka sendiri untuk mempercepatkan pengkomersialan 5G," kata Huijun Xu, Ketua Pegawai Teknologi ZTE, dalam ucapan pembukaannya di sidang kemuncak itu. "5G akan menjadi Teknologi Kegunaan Umum pada masa akan datang. Menyepadukan teknologi seperti Awan, Perisian Semua-Tentuan, AI, dan Jejaring, 5G akan memberikan dorongan mendalam kepada evolusi rangkaian, peningkatan industri, dan pembangunan sosial dan ekonomi, membuka jalan dunia yang lebih pintar dan terhubung."

Houlin Zhao, Ketua Keselamatan ITU, menyatakan bahawa 5G adalah kunci kepada merealisasikan Rancangan Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sebagai PBB bagi industri ICT, ITU mempunyai misi untuk memastikan semua orang boleh berkongsi dan bertukar-tukar maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. ITU mempercepatkan kemunculan era digital 5G.

Dr Zhengmao Li, Naib Presiden China Mobile, berkongsi usaha China Mobile ke arah pelaksanaan komersil 5G berskala besar menjelang tahun 2020. China Mobile menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam R&D teknologi utama, pemiawaian antarabangsa, kemajuan kematangan industri, dan pembangunan ekosistem rentas industri. Ia akan terus memantapkan pembangunan 5G dari hujung ke hujung untuk menjadikan 5G realiti komersil.

Yogeth Malik, Ketua Pegawai Teknologi VEON, bercakap tentang visi pemayaan VEON. Laluan jelas VEON ke Teras Umum 5G akan membolehkan semua jenis akses rangkaian dan transformasi digital.

Pakar dari pembuat cip terkemuka seperti Qualcomm dan Intel menunjukkan bahawa 5G merupakan masa depan dan pengkomersilan 5G bakal tiba. Mereka percaya bahawa penyelesaian 5G komersil hujung ke hujung hanya dapat dicapai menerusi kolaborasi rentas lapangan dan 5GAA menunjukkan jangkaan mereka ini benar.

Seorang pakar dari Baidu menggambarkan bagaimana 5G dapat merealisasikan kereta tanpa pemandu, di mana kadar data berkelajuan tinggi 5G, kependaman rendah, dan kapasiti tinggi memainkan peranan penting.

Dr Jiying Xiang, Ketua Penyelidik ZTE, menyampaikan ucaptama - 5G Bakal Tiba. Menurut pandangannya, 5G akan menjadi rangkaian kepada pengalaman pengguna yang terhebat dan membawa Internet Semua Benda dengan kadar data ultra-tinggi, kependaman ultra rendah, ketersambungan besar-besaran, dan kebolehpercayaan ultra. ZTE telah melengkapkan IoDT pertama dunia berdasarkan standard 3GPP bersama-sama dengan China Mobile dan Qualcomm. Di samping itu, syarikat telah melancarkan portfolio produk 5G termasuk produk mmWave dan sub-6GHz 5G NR, Flexhaul, dan teras 5G, dan sudah bersedia untuk pelaksanaan komersil 5G.

Latar Belakang ZTE
ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto: https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2065583-1

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news