omniture

Sercomm Perkenal Siri Baharu Peranti IoT LTE-M

Manfaatkan Rangkaian LTE-M Orange, Peranti IoT Baharu Sercomm Penuhi Keperluan Pelbagai Pasaran
Sercomm Corporation
2018-02-28 21:31 690

TAIPEI, Taiwan, 28 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Sercomm (TWSE: 5388), pengeluar dan pembekal terkemuka bagi peralatan telekomunikasi, hari ini mengumumkan ketersediaan siri baharu peranti IoT LTE-M. Menerusi kelebihan-kelebihan julat penghantaran yang diperluas, hayat bateri yang lebih panjang dan mobiliti yang lebih baik, rangkaian penuh peranti IoT LTE-M Sercomm menawarkan penyelesaian ideal untuk aplikasi-aplikasi termasuk keselamatan belia/senior, perlindungan aset, meter pintar, pengangkutan dan pengawasan persekitaran. Memanfaatkan perkhidmatan rangkaian LTE-M Orange (NYSE: ORAN) yang digunakan sepenuhnya, sebuah pengendali telekomunikasi utama di Eropah, peranti LTE-M baharu Sercomm dapat memenuhi keperluan pelbagai pasaran bagi merebut peluang perniagaan IoT akan datang.

Memanfaatkan Rangkaian LTE-M Orange, Sercomm Perkenalkan Siri Baharu Peranti IoT LTE-M: Pertama dari kiri: James Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Sercomm; Kedua dari kiri: Olivier Ondet, Naib Presiden Kanan Analitik IoT, Orange Business; Pertama dari kanan: Luc Savage, Naib Presiden IoT Perusahaan, Orange Business; Kedua dari kanan: Ben Lin, Ketua Pegawai Teknologi Sercomm
Memanfaatkan Rangkaian LTE-M Orange, Sercomm Perkenalkan Siri Baharu Peranti IoT LTE-M: Pertama dari kiri: James Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Sercomm; Kedua dari kiri: Olivier Ondet, Naib Presiden Kanan Analitik IoT, Orange Business; Pertama dari kanan: Luc Savage, Naib Presiden IoT Perusahaan, Orange Business; Kedua dari kanan: Ben Lin, Ketua Pegawai Teknologi Sercomm

"Sebagai pengeluar utama dunia bagi peralatan telekomunikasi dan jalur lebar, Sercomm menumpukan sumber-sumber penyelidikan & pembangunan (R&D) yang signifikan untuk membangunkan penyelesaian IoT yang inovatif dan berkesan kos," kata James Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Sercomm. "Kami dengan sukacitanya mengumumkan ketersediaan peranti IoT LTE-M baharu, memandangkan ia bukan sahaja menekankan kepimpinan kami dalam menyediakan produk inovatif kepada pelanggan kami, tetapi juga menjadi bukti era baharu bagi teknologi IoT mudah alih."

"Pembangunan rangkaian LTE-M merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk menyediakan rangkaian penuh pilihan ketersambungan IoT kepada pelanggan kami melalui Datavenue. Ketersediaan peranti LTE-M membolehkan pelanggan kami memulakan pembangunan aplikasi LTE-M mereka sebelum rangkaian-rangkaian penuh dilancarkan pada tahun 2018. Kami percaya LTE-M ialah padanan sempurna untuk pelbagai kes kegunaan IoT yang luas dalam Industri 4.0, pengurusan kumpulan dan pengesanan aset," kata Olivier Ondet, Naib Presiden IoT dan Analitik, Orange Business Services.

Peranti LTE-M baharu daripada Sercomm menyokong perkhidmatan IoT Live Objects Datavenue Orange, yang menawarkan himpunan alat untuk memudahkan saling hubungan antara peranti dan aplikasi bagi tujuan ketersambungan, pengurusan peranti, penghalaan pesanan dan pengurusan data. Dengan Antara Muka API yang ditakrifkan oleh Live Objects, pembuat peranti dapat mencipta aplikasi dengan mudah.

Digandingkan dengan liputan penuh rangkaian LTE-M Orange, Sercomm akan mendemonstrasikan penjejak LTE-M di reruai #2G3, Dewan 2 di Kongres Dunia Mudah Alih 2018 di Barcelona, Sepanyol, mulai 26 Februari hingga 1 Mac.

Latar Belakang Sercomm Corporation

Sercomm Corporation (TWSE: 5388) ialah pengeluar utama dunia bagi peralatan telekomunikasi dan jalur lebar. Ditubuhkan pada tahun 1992, Sercomm memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan penyelesaian terbenam, demi menjadikan perangkaian mudah dan mampu milik. Menerusi keupayaan kejuruteraannya yang bersepadu sepenuhnya dan kemudahan pengeluaran yang canggih, Sercomm menawarkan penyelesaian jalur lebar telekomunikasi yang komprehensif seperti get laluan kediaman/perusahaan, sel kecil dan produk IoT, dan kini merupakan peneraju global dalam industri. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, jaringan operasi global Sercomm merangkumi pasaran di Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia Pasifik. Kumpulan pelanggannya melibatkan ODM terkemuka dunia, vendor telekomunikasi dan penyepadu sistem. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sercomm.com

Latar Belakang Orange

Orange ialah salah satu pengendali telekomunikasi yang terkemuka di dunia dengan jualan mencecah 40.9 bilion euro pada tahun 2016 dan menggaji 152,000 kakitangan seluruh dunia setakat 30 September 2017, termasuk 93,000 kakitangan di Perancis. Berada di 29 negara, Syarikat ini mempunyai kumpulan pelanggan berjumlah 269 juta pelanggan seluruh dunia setakat 30 September 2017, termasuk 208 juta pelanggan mudah alih dan 19 juta pelanggan jalur lebar tetap. Orange juga merupakan penyedia utama bagi perkhidmatan IT dan telekomunikasi global untuk syarikat-syarikat multinasional, di bawah jenama Orange Business Services. Pada Mac 2015, Syarikat memperkenalkan rancangan strategik baharu, "Essentials2020" yang meletakkan pengalaman pengguna sebagai keutamaan strategi dengan matlamat untuk membolehkan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran digital dan kuasa rangkaian generasi baharunya.

Orange tersenarai dalam Euronext Paris (simbol ORA) dan dalam Bursa Saham New York (simbol ORAN). Untuk maklumat lanjut di internet dan melalui peranti mudah alih anda: www.orange.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2064083-3

Source: Sercomm Corporation
Related Stocks:
EuronextParis:ORA NYSE:ORAN Taiwan:5388
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news