omniture

Laporan Baharu Dedahkan Lebih Banyak Syarikat FMCG Jalin Kerjasama Dengan Komuniti Tangani Cabaran Kesihatan dan Kesejahteraan Tempatan

The Consumer Goods Forum
2018-03-01 00:44 468

PARIS, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ --

  • The Consumer Goods Forum dedahkan lebih banyak syarikat terlibat dengan komuniti berhubung kesihatan;
  • 85% syarikat barangan pengguna berkata mereka membentuk perkongsian dengan pemegang kepentingan komuniti;
  • 58% ambil bahagian dalam program bank makanan, agihkan 180 juta hidangan makanan dan menyumbang lebih 77,400 tan makanan;
  • Lebih 1.6 juta kakitangan terlibat dalam program kesihatan dan kesejahteraan.

The Consumer Goods Forum (CGF) menerbitkan satu laporan baharu yang menunjukkan lebih banyak syarikat terlibat dengan komuniti mereka berhubung topik-topik kesihatan. Laporan Kemajuan Tonggak Kesihatan & Kesejahteraan tahunan menekankan bahawa tahun lalu, terdapat 26% peningkatan penyertaan dalam program-program berkaitan kesihatan dalam kalangan ahli CGF. Laporan ini dibuat berdasarkan tinjauan terhadap 83 ahli CGF, yang menjana pendapatan tergabung sebanyak US$2.97 trilion.

Penglibatan komuniti menjadi tumpuan utama bagi sektor FMCG sepanjang tahun lalu, memandangkan 85% syarikat barangan pengguna membentuk perkongsian dengan pemegang kepentingan komuniti.

Lebih 1.6 juta kakitangan mengambil bahagian dalam program-program kesihatan dan kesejahteraan. Kakitangan membentuk kumpulan-kumpulan penting dalam komuniti setempat dan usaha peningkatan tahap kesihatan di tempat kerja turut dilihat sebagai langkah utama ke arah masyarakat yang lebih sihat.

Tambahan pula, hampir enam dalam sepuluh syarikat (58%) berkata mereka telahpun terlibat dalam program-program bank makanan, dengan 180 juta hidangan makanan diagihkan dan tambahan 77,400 makanan disumbangkan.

Inisiatif 'Kolaborasi untuk Kehidupan Lebih Sihat' (CHL) The Consumer Goods Forum menekankan isu program-program kesihatan komuniti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan awam tempatan bagi menjadikannya agenda utama dalam mesyuarat lembaga. Projek ini, yang bermatlamat untuk mendorong tindakan yang positif dalam masyarakat seluruh dunia, menggalakkan syarikat-syarikat FMCG untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan memupuk kesihatan dan kesejahteraan dengan aktif.

Pada tahun 2017, inisiatif-inisiatif CHL diadakan di Colombia, Jepun dan Amerika Syarikat dan banyak lagi inisiatif dirancang untuk dilancarkan tahun ini di Costa Rica, Mexico dan juga United Kingdom. Aktiviti-aktiviti melibatkan pengagihan bahan pendidikan di kedai-kedai, melibatkan diri dengan institusi-institusi pendidikan tempatan, mempromosikan faedah-faedah pilihan yang lebih sihat dan senaman yang kerap melalui pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma dalam kedai. Hasil daripada inisiatif-inisiatif ini, penglibatan setempat menjadi tema utama laporan Tonggak Kesihatan & Kesejahteraan tahun ini, yang menekankan faedah-faedah kolaborasi antara peniaga dan pengeluar.

Laporan Kesihatan & Kesejahteraan turut memperlihatkan bahawa perumusan semula produk menjadi tumpuan berterusan sepanjang tahun lalu. Sekitar sembilan daripada sepuluh (88%) syarikat berkata mereka telah memperkenalkan produk-produk yang dirumuskan atau dirumuskan semula untuk menyokong corak pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat. Terdapat juga peningkatan sebanyak 12% dari segi bilangan syarikat yang mengurangkan garam dan gula dalam produk-produk mereka.

Penaja Bersama Lembaga CGF Mark Schneider, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé S.A dan Dick Boer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ahold Delhaize menulis dalam bahagian kata pengantar laporan: "Cita-cita kami untuk memperkasa pengguna bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat merupakan objektif jangka panjang penting yang memerlukan usaha secara berterusan. Kami sedang membantu meningkatkan kesihatan komuniti yang menerima khidmat kami, namun kami sedia maklum bahawa banyak yang dapat kita lakukan bersama-sama. Bagi meneruskan rancangan lima tahun awal kami dari tahun 2013, kini kami berhasrat untuk mengukuhkan kepimpinan kami dalam bidang ini untuk lima tahun akan datang dan seterusnya."

Pengarah Kesihatan & Kesejahteraan The Consumer Goods Forum, Sharon Bligh, mengulas: "Laporan tahunan bagi tahun ini menekankan kadar kemajuan yang telahpun dilakukan pada peringkat komuniti. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua syarikat ahli CGF, yang berkongsi data mereka dalam satu-satunya tinjauan global yang mencakupi peniaga dan pengeluar barangan pengguna, atas usaha berterusan mereka untuk menjadikan agenda kesihatan dan kesejahteraan suatu yang relevan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Mary Kearney, Pengurus Kanan - Operasi Pemakanan & Kesihatan Unilever, atas kepimpinan beliau sebagai Pengerusi aliran kerja Pengukuran & Pelaporan. Kami berbesar hati dapat melihat projek-projek ahli-ahli kami dapat mencapai sejumlah besar kakitangan dan komuniti."

Muat Turun Laporan Kemajuan Kesihatan & Kesejahteraan 2018

Latar Belakang The Consumer Goods Forum 

The Consumer Goods Forum ("CGF") ialah rangkaian industri berasaskan pariti bertaraf global yang digerakkan oleh ahli-ahlinya demi menggalakkan penerimaan amalan dan piawaian global yang digunakan dalam industri barangan pengguna seluruh dunia. Ia menghimpunkan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan kanan yang terdiri daripada kira-kira 400 peniaga, pengeluar, penyedia perkhidmatan, serta pihak berkepentingan lain dari 70 negara, dan ia turut mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori produk, dan juga format. Syarikat-syarikat ahlinya mempunyai jualan tergabung sebanyak EUR 3.5 trilion dan menggaji terus hampir 10 juta kakitangan, dengan tambahan 90 juta pekerjaan berkaitan yang dianggarkan sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya, yang terdiri daripada 50 Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar dan peruncit. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.theconsumergoodsforum.com.

 

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Survey, Polls & Research