omniture

David Knowles dan Victor Kang sertai pasukan Lim-Loges & Masters

Lim-Loges & Masters Private Limited
2018-03-01 09:00 429

SINGAPURA, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Lim-Loges & Masters, sebuah firma unggul dalam bidang pengurusan peralihan, pengurusan disrupsi dan carian eksekutif, dengan sukacitanya mengumumkan penambahan dua anggota baharu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kepakaran masing-masing, ke dalam pasukan Asia.

David Malcolm Knowles menyertai pasukan Pengurusan Peralihan yang berpangkalan di Indonesia dan menambah pasukan tersebut untuk pelanggan yang berada di Asia Tenggara. David mengkhusus dalam reka bentuk organisasi/perancangan penggantian, dan berpengalaman dalam sektor-sektor sumber asli.

David berkhidmat selama lebih 12 tahun dalam organisasi-organisasi hiliran dan pengeluaran minyak dan gas, bagi menyelia pengurusan bakat. Ketika berkhidmat bersama syarikat-syarikat tenaga, beliau bertugas di peringkat ibu pejabat global di New York, peringkat pengurusan gabungan di London dan dalam operasi kilang dan lapangan di Indonesia.

Pelanggan-pelanggan perundingan terkini David melibatkan ASEAN Secretariat, UNDP, Royal Haskoning DHV, Sinarmas Agribusiness dan Freeport McMoran (Indonesia).

David berkelulusan ijazah kepujian kelas kedua atas daripada Stirling University di Scotland berserta peringkat sarjana muda tambahan di University of California; beliau turut mengikuti pengajian siswazah dalam Latihan dan Pembangunan (Leicester University) dan Tingkah Laku Organisasi (London University). Bahasa pertama David ialah Bahasa Inggeris dan beliau fasih dalam Bahasa Indonesia.

Victor Kang menyertai pasukan Carian Eksekutif dan akan berpangkalan di Singapura bagi tujuan carian serantau Asia. Beliau mengkhusus dalam bidang pengambilan pengurusan kanan untuk sektor-sektor bahan kimia khusus, sains hayat dan penjagaan kesihatan.

Victor bergiat aktif dalam industri carian eksekutif sejak tahun 2007. Beliau berjaya memimpin pelbagai usaha carian serantau bagi pengurusan kanan dan jawatan pakar untuk syarikat-syarikat multinasional di seluruh Asia Pasifik. Bidang amalan utama Victor adalah dalam bahan kimia khusus yang terdiri daripada syarikat-syarikat perisa & wangian, bahan makanan dan pemakanan; serta dalam segmen penjagaan kesihatan melibatkan implan, biologik dan peralatan perubatan.

Victor berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kimia (BSc Kepujian) daripada National University of Singapore dan merupakan pengamal berdaftar Employment Intermediaries (EFMA). Victor fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Latar Belakang Lim-Loges & Masters

Lim-Loges & Masters mengkhusus dalam tiga bidang kepakaran: pengurusan interim, carian eksekutif dan pengurusan peralihan. LLM bekerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional yang ingin mengubah organisasi-organisasi melalui kakitangan mereka. Menumpu pada Asia, pasukan LLM membantu syarikat-syarikat untuk mengurangkan risiko dan mengurus bakat, melalui pemahaman mendalam tentang persekitaran perniagaan Asia Pasifik. LLM mempunyai kehadiran di tanah besar China, Hong Kong, India dan ibu pejabat serantaunya terletak di Singapura dengan rakan-rakan gabungan antarabangsa di AS.

Hubungi:

Lelia Lim
Rakan Pengurusan, Asia Pasifik
+65-6408-0565 
LeliaLim@LLMrecruit.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170313/8521701620LOGO

Source: Lim-Loges & Masters Private Limited
Keywords: Outsourcing Businesses Workforce Management/Human Resources Personnel announcements