omniture

#ChallengeReality di Tarikan Baharu Terunggul oleh Emaar Entertainment - VR Park di The Dubai Mall

Emaar Entertainment
2018-03-01 23:51 989

DUBAI, UAE, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Emaar Entertainment, subsidiari santai dan hiburan milik Emaar Properties, mengumumkan bahawa tarikan terkini dan paling menarik di DubaiVR Park - dibuka pada 1 Mac 2018 di The Dubai Mall. 

generated by system

generated by system

Mengaburi sempadan antara persepsi dan realiti, VR Park menggabungkan Realiti Imbuhan dan Realiti Maya (VR), menyediakan hiburan tunggangan, perjalanan dan permainan yang sukar dilupakan menerusi tarikan bangunan dua tingkat yang luar biasa.

Melalui perkongsian dengan beberapa pembangun VR yang terkemuka di dunia, Emaar Entertainment membawakan pengalaman VR yang terulung dan mengagumkan, menerusi set tarikan serba baharu yang menakjubkan bagi mengubah lanskap santai dan hiburan VR melalui pelbagai pilihan permainan, hiburan tunggangan dan pengalaman yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Di VR Park, anda akan merasakan seakan-akan anda jatuh ke bawah di bahagian Burj Khalifa di Burj Drop, atau berpaut sekuat-kuatnya tatkala teksi Dubai Drone anda berpusing-pusing tanpa kawalan menerusi pengembaraan tunggangan rollercoaster yang tersendiri!

Aktiviti-aktiviti pengembaraan adalah untuk semua, menerusi pengalaman terjun udara yang memberikan pemandangan dari udara di Plummet; dan pengalaman Dune Bash yang mendebarkan, menampilkan pertemuan jarak dekat dengan labah-labah unta, kala jengking dan makhluk-makhluk lain yang menyeronokkan.

Membolehkan pengunjung berinteraksi antara satu sama lain dan melalui pengalaman bersama-sama, The Raft memerlukan pemain memilih senapang VR mereka dan bekerjasama untuk mempertahankan kawasan paya daripada serangan makhluk ghaib; manakala pemain pula akan menyukai rompakan VR PAYDAY 2 serta cabaran untuk terus hidup di hospital yang dipenuhi zombie menerusi The Walking Dead Outbreak apokaliptik.

Kanak-kanak kecil pastinya akan menyukai Geminose: The VR Carousel khususnya, apabila makhluk yang comel dan nakal menyertai eksplorasi keajaiban, muzik dan tarian dalam dunia mistik mereka; manakala peneroka angkasa lepas pula dapat mengemudi kapal angkasa mereka sendiri dan menavigasi dunia yang dipenuhi makhluk asing serta stesen angkasa, dalam RobocomVR.

VR Park ialah tarikan rintis terkini yang bakal disediakan oleh Emaar Entertainment, apabila entiti ini terus mengubah sektor Santai & Hiburan rantau ini. Rakan kongsi utama dan pembangun kandungan dan teknologi berkualiti tertinggi, Starbreeze, akan menyediakan lapan pengalaman-VR di VR Park, yang mana beberapa pengalaman-VR berkenaan memanfaatkan StarVR HMD Realiti Maya dengan fideliti tinggi. Di samping rakan-rakan kongsi tambahan, termasuk ARKUB, Robocom dan Virtual Reality technologies, VR Park turut membuka laluan untuk pengalaman inovatif dan imersif yang terkemuka di dunia.

VR Park yang berkeluasan 7,000 meter persegi di Emaar Entertainment terletak di Tingkat 2 The Dubai Mall, antara Reel Cinemas dan KidZania® Dubai.

Layari http://www.VRParkdubai.com; bersosial di @VRParkDubai

Untuk maklumat:
Melinda Mesiano
ASDA'A B-M
melinda.mesiano@bm.com
+97-144507600

 

Source: Emaar Entertainment
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer Software Computer/Electronics Entertainment Travel New products/services