omniture

ZTE bekerjasama dengan Ooredoo Group terajui Pengkomersialan 5G di MENA

ZTE Corporation
2018-03-01 23:56 908

SHENZHEN, China, 1 Mac 2018 / PRNewswire / - ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mencapai persetujuan kerjasama strategik dengan pengendali terkemuka Ooredoo Group. Persetujuan ini akan membolehkan 164 juta pengguna Ooredoo Group mengalami digital dalam cara yang baharu dan menarik dan menikmati lebih banyak internet.

ZTE bekerjasama dengan Ooredoo Group terajui Pengkomersialan 5G di MENA
ZTE bekerjasama dengan Ooredoo Group terajui Pengkomersialan 5G di MENA

Kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2018 di Barcelona.

Menurut perjanjian itu, kedua-dua pihak, atas dasar kerjasama yang ada, akan bersama-sama mengendalikan satu siri ujian dan penilaian pengesahan teknologi dalam 5G, untuk mengukuhkan kedudukan terkemuka Ooredoo dan mempercepatkan pengkomersialan dan pengeluaran 5G di MENA.

Sebagai penyedia utama penyelesaian 5G hujung-ke-hujung dalam industri, ZTE akan menyediakan sokongan teknikal komprehensif Ooredoo Group termasuk rangkaian, aplikasi dan terminal hujung-ke-hujung. Kedua-dua pihak akan melengkapkan pengesahan bersama seni bina teknologi, model perniagaan dan pengalaman pengguna 5G, dengan harapan untuk meletakkan asas yang kukuh bagi Ooredoo Group untuk memimpin dalam penggunaan 5G di MENA.

"ZTE sentiasa menjadi rakan strategik jangka panjang Ooredoo Group. Kami berharap melalui kerjasama strategik kali ini, kami dapat mengukuhkan kerjasama yang sedia ada dan bersama-sama meneroka arah masa depan pembangunan rangkaian dan evolusi teknologi, dan mempromosikan pembangunan ekosistem 5G ke semua jejak kehadiran kami. Ini akan membantu kami mencapai visi untuk memperkayakan kehidupan digital orang ramai dan membolehkan mereka menikmati lebih banyak internet." kata Sheikh Saud Bin Nasser Al-Thani, Ketua Pegawai Eksekutif Ooredoo Group.

Zhao Xianming, Presiden ZTE Corporation, berkata: "Sebagai penyedia utama penyelesaian ICT di dunia, ZTE merintis dalam bidang 5G, strategi teras kami. Kami percaya bahawa kerjasama dalam bidang 5G kali ini akan membantu Ooredoo meningkatkan prestasinya sebagai pembawa terbaik, dan membolehkannya membina rangkaian bertaraf dunia."

ZTE telah memilih pembangunan 5G sebagai strategi utamanya dan berusaha untuk memimpin inovasi 5G. ZTE telah memasuki perkongsian 5G dengan banyak pengendali kelas atasan yang terkenal di seluruh dunia, termasuk Telefonica, T-Mobile, Wind Tre Itali, Telenet Belgium, VEON, Telecom Malaysia, KT Korea Selatan, China Mobile, China Unicom dan China Telecom.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.  

Hubungan Media:

Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn    

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180301/2069131-1

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts