omniture

I-PACE Jaguar Mara Ke Hadapan dalam Perlumbaan EV

Jaguar Land Rover
2018-03-02 04:27 777
  • Jaguar perkenal I-PACE elektrik-sepenuhnya dalam siaran global langsung menjelang penampilan sulung kepada awam di Geneva Motor Show pada 6 Mac
  • Penonton menyaksikan secara langsung tatkala I-PACE dibangunkan di salah satu kemudahan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) paling maju di dunia
  • Jaguar bawakan lebih 80 tahun pengalaman automotif ke pasaran EV
  • Kunjungi Bandar Raya Mexico menjelang Formula E-Prix hujung minggu ini bagi menyaksikan I-PACE mencabar Model X Tesla: https://youtu.be/fErFiWjoeCQ
  • Dihoskan oleh pelawak dan pelakon British, Jack Whitehall, penyampai TV dan peminat EV, Jonny Smith serta pakar teknologi Amerika, iJustine
  • Lola dan Hudson berusia sembilan tahun bawa Jack Whitehall dalam jelajah teknologi I-PACE: Tonton di sini
  • Prestasi yang mengagumkan, penampilan kereta super, lingkungan jarak 480km* dan pengecasan pantas meletakkan Jaguar sebagai peneraju revolusi EV
  • Untuk bertemu pencipta dan pembuat I-PACE tonton dokumentari 'Fully Charged'
  • I-PACE kini dijual mulai harga £63,495** di UK - konfigurasikan milik anda di http://www.jaguar.com
  • Tonton penampilan I-PACE di sini

*Berdasarkan kitar WLTP Eropah  
** Harga tidak termasuk insentif kerajaan

GRAZ, Austria, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Kenderaan keluaran elektrik-sepenuhnya yang pertama daripada Jaguar, I-PACE, telahpun diperkenalkan kepada dunia dalam satu siaran secara langsung.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8283351-jaguar-i-pace-charges-ahead-in-ev-race/

generated by system

Pelawak dan pelakon British, Jack Whitehall, peminat EV yang diakui sendiri dan penyampai TV, Jonny Smith serta pakar teknologi Amerika iJustine, menjadi hos bagi acara langsung istimewa apabila I-PACE pertama dilancarkan menerusi barisan pengeluaran di Plant Graz, Austria, salah satu kemudahan pengeluaran EV paling canggih di dunia, tempat di mana kereta tersebut akan dibangunkan.

Apabila melibatkan penjelasan tentang teknologi di sebalik I-PACE, pengacara pelawak Jack Whitehall mendapatkan bantuan pakar-pakar kenderaan terkini Jaguar, Lola dan Hudson yang berusia sembilan tahun. Tontonnya di sini

Menjelang perlumbaan FIA Formula E hujung minggu ini di litar Autódromo Hermanos Rodríguez E-Prix bertempat di Bandar Raya Mexico, I-PACE Jaguar bersaing menentang kedua-dua Model X 75D dan 100D Tesla dalam cabaran perlawanan 0bsj-60bsj-0bsj. Mitch Evans daripada Panasonic Jaguar Racing memandu kereta bagi menonjolkan kuasa pecutan dan membrek EV yang pertama daripada Jaguar menentang model-model Tesla, dipandu oleh mantan juara Siri IndyCar Tony Kanaan: Tonton di sini: https://youtu.be/fErFiWjoeCQ.

I-PACE mempunyai bateri ion-Litium 90kWh yang canggih dan menawarkan prestasi kereta sport dengan kelajuan 0-100km/j dalam 4.8 saat berserta jarak 480km (kitar WLTP) yang praktikal dan juga masa pengecasan 0-80 peratus sesingkat 40 minit (100kW). Digabungkan dengan penampilan kereta konsepnya dan kecerdasan buatan generasi seterusnya, ia bakal menjadi EV harian sempurna yang dinanti-nantikan oleh pengguna.

'Fully Charged', dokumentari yang ditayangkan pada akhir siaran, memberikan paparan belakang tabir terhadap pencipta dan pembuat I-PACE. Tonton di sini

Direka bentuk dan dibangunkan di UK, I-PACE bakal dibangunkan di Plant Graz, Austria, sebagai sebahagian daripada perkongsian pengeluaran Jaguar Land Rover bersama Magna Steyr. Ia akan disertakan dalam rangkaian SUV Jaguar yang semakin berkembang, berserta E-PACE serba baharu dan F-PACE yang memenangi pelbagai anugerah.

I-PACE membuat penampilan sulung awam di Geneva Motor Show pada 6 Mac.

I-PACE kini dijual bermula dengan harga £63,495 di UK. Selain derivatif S, SE dan HSE, terdapat juga bilangan terhad model-model I-PACE Edisi Pertama yang disediakan. Konfigurasikan milik anda di www.jaguar.com

Nota editor 

I-PACE telah direka bentuk dan dibangunkan oleh Jaguar Land Rover di UK dan negara itu akan kekal menjadi lokasi utama bagi operasi-operasi pengeluaran, kejuruteraan dan reka bentuk Jaguar Land Rover. Jaguar Land Rover akan membangunkan I-PACE di Austria sebagai sebahagian daripada perkongsian pengeluaran bersama Magna Steyr.

Warisan Jaguar dari segi reka bentuk yang anggun dan prestasi yang mengagumkan telah mengujakan dan menghiburkan dunia selama lebih 80 tahun lamanya. Rangkaian model Jaguar bertaraf dunia masa kini merangkumkan Seni Persembahan menerusi salun XE, XF dan XJ yang luar biasa, amat dikagumi dan memenangi anugerah, kereta sport F-TYPE yang dramatik, gabungan prestasi F-PACE - Jaguar yang paling laris terjual - dan SUV berprestasi kompak E-PACE yang serba baharu.

 

Source: Jaguar Land Rover
Keywords: Auto Sports Transportation New products/services Trade show news Future Events