omniture

ZTE Menang Anugerah "Inovasi Teknologi Terbaik untuk 5G" di MWC 2018

ZTE Corporation
2018-03-02 05:10 791

SHENZHEN, China, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), peyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, memenangi Anugerah "Inovasi Teknologi Terbaik untuk 5G" Informa hasil inovasi teknologi hujung-ke-hujung 5Gnya, di Kongres Dunia Mudah Alih 2018, bertempat di Barcelona, Sepanyol.

ZTE Menang Anugerah "Inovasi Teknologi Terbaik untuk 5G" di MWC 2018
ZTE Menang Anugerah "Inovasi Teknologi Terbaik untuk 5G" di MWC 2018

Penyelesaian keseluruhan hujung-ke-hujung 5G ZTE terdiri daripada produk dan penyelesaian, seperti rangkaian akses tanpa wayar, rangkaian teras, pembawa, cip dan terminal, yang akan memenuhi kehendak pengendali global bagi penggunaan komersial 5G. Penyelesaian ini memperlihatkan pemahaman tinggi ZTE terhadap rangkaian 5G dan keperluan 5G masa depan, serta menunjukkan sumbangan penting ZTE untuk meningkatkan tahap kematangan rantaian industri 5G.

ZTE merupakan yang pertama mengaplikasikan MIMO Besar-besaran, teknologi teras 5G, kepada rangkaian 4G, yang dapat meningkatkan tahap kecekapan spektrum sehingga 8 kali. Berhubung permintaan akses besar-besaran terhadap rangkaian 5G, ZTE mengesyorkan MUSA yang membolehkan sistem menyokong 3 hingga 6 kali akses pengguna menggunakan sumber frekuensi-masa yang sama, manakala industri mengesyorkan teknologi akses berbilang bukan ortogon (NOMA).

Penyelesaian ini merealisasikan penjadualan bebas dan mengurangkan penggunaaan kuasa terminal dengan ketara. Dalam fasa kedua ujian 5G China, penyelesaian MUSA ZTE mencapai 90 juta sambungan/MHz/jam, jauh mengatasi penunjuk yang ditakrifkan oleh ITU. Hasil keaslian dan kepimpinan teknologi MUSA, ZTE, selaku pendraf pertama, berjaya menerajui RAN1 3GPP dan melepasi projek penyelidikan NOMA, lantas meninggikan standard industri.

Berdasarkan keupayaan kukuhnya dalam reka bentuk dan pembangunan cip, ZTE memperkenalkan NG BBU yang paling bersepadu dalam industri serta 5G AAU paling ringan dan paling kecil dalam industri. Stesen utama prakomersial frekuensi tinggi dan rendah 5G menunjukkan prestasi luar biasa dalam fasa pertama dan kedua ujian 5G China.

Dari segi rangkaian teras 5G, ZTE melancarkan siri penuh hirisan rangkaian 5G hujung-ke-hujung dalam gred telekomunikasi. Cloud ServCore, rangkaian teras awan 5G, akan memanfaatkan teknologi-teknologi teras seperti komponen-komponen mikroperkhidmatan ringan, hirisan rangkaian dan penumpuan akses penuh, bagi membantu pengendali bertukar kepada 5G dengan lancar, dan menyediakan lebar jalur ultra, Internet Komunikasi Benda serta perniagaan-perniagaan baharu yang lain.

Berhubung pembawa 5G, penyelesaian 5G Flexhaul ZTE berasaskan inovasi FlexE dan teknologi peluasan, menyokong senario pembawa bersepadu prekuel, medium dan angkut balik, yang memenuhi keperluan rangkaian pembawa 5G dari segi fragmentasi, dan mencapai set rangkaian 3G / 4G / 5G yang seragam. Selain itu, penunjuk prestasi utama 5G Flexhaul mencapai tahap yang penting dalam industri: masa pensuisan perlindungan hujung-ke-hujung adalah kurang daripada 1ms, manakala kependaman pemajuan nod tunggal adalah kurang daripada 0.5μs.

Sementara itu, ZTE bekerjasama secara aktif dengan beberapa pengendali utama seperti Telefonica dan China Mobile, untuk menjalankan berbilang ujian yang mengesahkan sepenuhnya prestasi luar biasa penyelesaian 5G Flexhaul dari segi pembawa seragam CPRI / eCPRI, kependaman ultra rendah dan pensuisan perlindungan ultra pantas. Penyelesaian ini dapat memenuhi keperluan muatan berbeza dan cabaran prestasi yang ketat bagi jenis perniagaan 5G yang berbeza.

Bagi cip pula, ZTE mempelopori teknologi semikonduktor menerusi teknologi cip yang dibangunkan sendiri, dan telah mengoptimumkan penggunaan kuasa serta prestasi bagi menyediakan penyelesaian cip yang terkemuka dalam industri.

Dalam bidang terminal pula, ZTE merancang untuk melancarkan terminal pintar mampu-5G menjelang akhir tahun 2018 atau awal tahun 2019, dan bakal menjadi salah satu pembekal pertama di dunia yang menyediakan terminal 5G.

ZTE telah menginovasi dan meningkatkan kemahiran dalam bidang 5G, dan telah menerajui proses penentusahan teknologi serta pembangunan produk. Syarikat komited untuk menjadi penyedia peralatan komersial 5G yang pertama di dunia dan menyumbang kepada kemunculan era Internet Semua Benda.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.  

Perhubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189  
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180228/2066937-1 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news