omniture

Huawei Sekali Lagi Disenaraikan sebagai Magic Quadrant Gartner untuk Penyelesaian Pengurusan Data untuk Analitik

Huawei
2018-03-06 16:11 880

SHENZHEN, China, 6 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Menurut Gartner Magic Quadrant for Data Management Solutions for Analytics (Gartner Magic Quadrant untuk Penyelesaian Pengurusan Data untuk Analitik) yang terkini, Huawei sekali lagi disenaraikan sebagai Niche Quadrant (Kuadran Nic). HUAWEI CLOUD FusionInsight Big Data Solution (FusionInsight) sekali lagi tersenarai sebagai Magic Quadrant untuk Penyelesaian Pengurusan Data Analitik sejak ia pertama kali tersenarai sebagai kuadran pada tahun 2017. Ia menunjukkan Gartner mengiktiraf keupayaan peluasan pasaran global Huawei, kelebihan produk dan teknologi serta strategi-strategi berpandangan jauh dalam bidang Data Besar.

Laporan berkenaan menumpu pada aspek-aspek yang berikut: pengurusan data, pemprosesan dan penyelesaian analitik yang mencakupi pemprosesan perkaitan sokongan, pemprosesan bukan-perkaitan (pemprosesan graf) serta pembelajaran mesin dan bahasa pengaturcaraan. Gartner menilai kedua-dua gudang data tradisional dan penyelesaian awan Data Besar, seperti gudang data masa sebenar, gudang bebas-konteks dan gudang data logik.

Dikuasakan oleh lebih 350 teknologi berpaten dan dibangunkan menerusi inovasi teknologi, FusionInsight ialah platform didayakan-kecerdasan buatan Data Besar untuk penyepaduan, storan, penyelidikan dan analisis data yang dibangunkan khusus untuk pelbagai permintaan industri. Ia mempunyai ciri-ciri utama yang berikut:

  • Besar: FusionInsight membawakan pemprosesan data dalam jumlah yang besar yang menyokong penggunaan komersial lebih 5000 nod dalam kluster yang besar dan penaiktarafan berterusan aplikasi-tidak sedar menerusi keupayaan pengkomputeran yang terhebat dan paling stabil dalam industri.
  • Pintar: FusionInsight mengguna pakai algoritma paling pintar dalam industri. FusionInsight LibrA, subplatform FusionInsight, menyokong tindak balas tahap-kedua analisis korelasi bagi ratusan bilion data berstruktur. Pangkalan data graf EYWA menyokong hubungan penyelidikan bagi puluhan bilion graf puncak atau ratusan graf pinggir dalam masa beberapa saat. Tambahan lagi, FusionInsight mengguna pakai algoritma AI untuk menyediakan platform kelompok untuk pengurusan seragam dan penjadualan sumber heterogen seperti GPU. Analisis sekunder imej titik semakan, pemantauan trafik dan algoritma pengoptimuman penunjuk isyarat digunakan untuk meningkatkan kadar dan trafik penguatkuasaan undang-undang kenderaan.
  • Teragregat: FusionInsight menawarkan keupayaan pengagregatan dan analisis yang paling hebat dalam industri. Ia dapat mengumpulkan pelbagai jenis data melalui platform penyepaduan dan pembangunan data sehenti, DataIDE. FusionInsight menggunakan enjin data kolaboratif Pollux bagi menjalankan pengkomputeran dan analitik data secara kolaboratif dalam kluster dan pusat data.

Matt Ma, Presiden Barisan Produk Pengkomputeran Awan IT dan Platform Data Besar Huawei, berkata, "Saya berasa teruja kerana Gartner mengiktiraf FusionInsight Huawei bagi tahun kedua berturut-turut. Data Besar ialah hala tuju strategik utama buat Huawei, dan FusionInsight menjadi platform pilihan untuk membangunkan Data Besar buat ramai pelanggan dan pembawa kewangan dan kerajaan. Kami terus mencapai visi untuk 'Jadikan Perusahaan Lebih Pintar', dan berusaha membina pusat pintar yang moden untuk perusahaan melalui FusionInsight, bagi membantu perusahaan meneroka data yang lebih bernilai dan mempercepatkan usaha transformasi digital."

Setakat ini, HUAWEI CLOUD FusionInsight Big Data Solution mendapat tempat dan kepercayaan oleh lebih 1000 pelanggan di lebih 55 negara. Huawei mempunyai lebih 300 rakan niaga dan berbilang OpenLabs di seluruh dunia bagi menyokong inovasi bersama dengan pelanggan dan rakan kongsinya dalam bidang Awan dan Data Besar. Penyelesaian ini digunakan secara meluas dalam industri kewangan, telekomunikasi, tenaga, penjagaan kesihatan, pengilangan, pengangkutan dan lain-lain.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment