omniture

Haier bakal Lancar Strategi Robot Perkhidmatan Paparan-Penuh Pertama Dunia di AWE 2018

Haier
2018-03-07 10:53 787

SHANGHAI, 7 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pada 6 Mac, sebelum membuat kemunculannya di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2018 (AWE 2018), di Shanghai, Haier, jenama Perkakas Utama No.1 di dunia, mengadakan satu persidangan bagi membincangkan Strategi Robot Khidmat-Rumah Pintar 1.0 dan secara rasminya mengumumkan penyertaannya dalam bidang robot perkhidmatan ("Persidangan"). Di Persidangan ini, Haier dan Soft Bank Robotics Group Corp. (SBRG) mencapai satu perkongsian strategik. Kedua-dua pihak akan berganding bahu untuk meninjau pasaran robot perkhidmatan dalam segmen kedai pintar dan kediaman pintar China, bermula dengan robot manusia SBRG, 'Pepper'. Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama membangunkan versi istimewa Pepper untuk Kedai Pintar & Kediaman Pintar yang berasaskan U+OS, satu ekosistem terbuka yang dibangunkan oleh Haier.

'Pepper', robot manusia SBRG, ialah robot pertama yang akan disepadukan ke dalam platform kediaman pintar Haier. Mempunyai penampilan seakan-akan manusia, ia boleh dihubungkan dengan pelbagai perkakas dan peralatan pintar. Interaksi aktif dan emosi yang unik akan dapat memperbaiki komunikasi mesin-manusia. Sebagai contoh, Pepper boleh menjadi pelayan, menyelaraskan semua perkakas pintar Haier di rumah, mengoptimumkannya berdasarkan pilihan keutamaan setiap keluarga. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, Haier menyasarkan untuk membangunkan divisyen robot perkhidmatannya ke dalam satu unit bebas bagi menjadi peneraju dalam industri robot domestik. Haier telahpun membuat persiapan di peringkat saluran, perkhidmatan dan produk untuk mempromosikan populariti kediaman pintar dengan bersungguh-sungguh dan perkongsian bersama SBRG akan meningkatkan strategi kedua-dua pihak.

"Robot perkhidmatan ialah satu lanjutan biasa dan pelengkap yang berkesan terhadap strategi kediaman pintar Haier," kata Wang Ye, Naib Presiden Haier Home Appliance Industry Group dan Pengurus Besar Pusat Inovasi Termaju. "Haier akan terus menambah baik ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang disediakan kepada pengguna daripada robot perkhidmatan dalam kediaman pintar dan mempercepatkan pembangunan industri."

Wang menyambung, "Tambahan pula, kerjasama antara SBRG dan Haier akan membolehkan kedua-dua syarikat meneroka cara-cara baharu untuk menggunakan robot dalam persekitaran domestik dan komersial."

Latar Belakang Haier

Haier, jenama Perkakas Utama No. 1 di dunia, mempunyai 10.5% jumlah bahagian pasaran. (Sumber: Euromonitor International Limited; jumlah jualan mengikut unit berdasarkan data tahun 2017). Pada masa kini, jenama-jenama Kumpulan terdiri daripada Haier, Casarte, Leader dari PRC, GE Appliances dari A.S, AQUA dari Jepun, Fisher & Paykel dari New Zealand. Setiap jenama mempunyai kedudukan pasaran yang tersendiri dan memberikan pengalaman kediaman pintar untuk pengguna. Haier Group mempunyai 66 syarikat dagangan, 10 Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D), 108 tapak pengilangan dan 24 taman perindustrian inovatif berserta lebih 73,000 kakitangan di seluruh dunia. Haier Group membangunkan rangkaian jualan global yang terdiri daripada 143,300 outlet jualan yang mencakupi lebih 160 negara. Pendapatan global Haier Group bagi tahun 2017 mencecah 241.9 bilion RMB, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 20%. Haier merupakan jenama utama global pada hari ini bagi perkakas kediaman utama dan kini berubah daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka. Haier akan meluaskan ekosistemnya kepada rangkaian sosial dan ekonomi komuniti, di samping membangunkan ekosistem kediaman pintar, dan terus meningkatkan nilai pengguna melibatkan produk dan perkhidmatan Haier, bagi menyediakan pengalaman kediaman pintar yang saling terhubung serta produk-produk berkualiti di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.haier.net/en/

Source: Haier
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Contracts Licensing/marketing agreements