SINGAPURA, 7 Mac 2018 /PRNewswire/ --
Bagi meraikan ulang tahun ke-40, Food & Hotel Asia (FHA), dengan kerjasama Euromonitor International, telah mengumumkan pelancaran Kertas Putih yang bertajuk "Transformasi Makanan dan Landskap Hospitaliti menerusi Inovasi Pintar menjelang Tahun 2020". Laporan yang mengandungi 20 halaman ini akan membincang secara mendalam dan daripada perspektif yang unik tentang unsur-unsur utama yang mempengaruhi industri tersebut.Kertas Putih ini telah dihasilkan melalui penyelidikan yang dijalankan oleh UBM dan Euromonitor. Mereka telah menyoal selidik lebih daripada 1,000 pembekal dan pengeluar yang meliputi semua sektor makanan, perhotelan, dan alat-alat perkhidmatan makanan yang utama di seluruh Asia. Kertas Putih ini merangkumi soalan-soalan seperti "Apakah harapan pengeluar-pengeluar dan pembekal-pembekal terhadap perkembangan perniagaan eksport dan import mereka dalam masa satu tahun hingga tiga tahun yang akan datang?" dan "Bagaimana teknologi seperti "Internet of Things" (IoT) dan automasi akan membentuk pasaran dan membantu membuat keputusan untuk perniagaan pada masa yang akan datang?".
"Penyelidikan khusus tentang impak Inovasi Pintar ke atas industri makanan dan industri hospitaliti membuktikan komitmen FHA untuk memajukan dan mengembangkan industri-industri ini", kata Encik Rodolphe Laymese, Pengarah Projek Makanan dan Hospitaliti dari UBM, iaitu penganjur FHA. "Penyelidikan ini memberikan pandangan yang amat berharga tentang pasaran makanan di Asia dan di seluruh dunia. Dengan bangganya, kami ingin berkongsi pandangan tersebut dengan semua ahli komuniti kita di majlis ulang tahun ke-40."
"Perniagaan dan proses-proses pengeluaran untuk sektor makanan dan sektor hospitaliti sedang mengalami transformasi yang pesat akibat perkembangan teknologi. Kertas Putih ini menumpukan perhatian kepada bagaimana teknologi mengubah cara perniagaan, proses-prosesnya dan bagaimana teknologi dapat membantu mempertingkatkan kecekapan operasi dan kecekapan bekerja serta meningkatkan produktiviti," kata Ivan Uzunov, Pengurus Penyelidikan Euromonitor.
Kertas Putih ini hanya akan diberikan kepada peserta-peserta FHA yang telah membuat pra-pendaftaran, dan juga semua wakil yang akan menghadiri sesi interaktif Euromonitor mengenai "Transformasi Makanan dan Landskap Hospitaliti menerusi Inovasi Pintar menjelang Tahun 2020" di Persidangan Antarabangsa FHA 2018. Persidangan ini akan dianjurkan selama tiga hari, dari 24 hingga 26 April, di dua lokasi. Pakar-pakar industri dan pemimpin-pemimpin di dalam sektor perniagaan akan berkongsi pandangan, petua dan strategi dalam lima bidang utama, iaitu Hotel dan Tempat Peranginan, Pembuatan Makanan dan Bakeri di Singapore Expo; dan "Dapur Sentral dan Perkhidmatan Makanan" di Suntec Singapore.
FHA yang meraikan pencapaian cemerlang selama 40 tahun, merupakan pilihan utama pakar-pakar industri untuk pameran makanan dan produk-produk hospitaliti, kelengkapan dan cara-cara penyelesaian yang bersifat antarabangsa. Pameran seperti ini amat penting untuk memberikan inspirasi perniagaan untuk masa kini dan masa yang akan datang. Pameran makanan dan hospitaliti akan dianjurkan selama empat hari, dari 24 hingga 27 April 2018 di dua lokasi—Singapore Expo dan Suntec Singapore.
Sebagai pameran yang terbesar di dalam sejarah industri, pameran ini akan menghimpunkan lebih kurang 4,000 pempamer antarabangsa daripada lebih 70 buah negara, yang meliputi sektor makanan dan minuman, perkhidmatan makanan dan peralatan hospitaliti serta pembekal perkhidmatan teknologi hospitaliti. Dengan menganjurkan pameran dan juga pertandingan-pertandingan yang terkemuka seperti Cabaran Kulinari FHA 2018, Piala Pastri Asia 2018 dan Piala Gelato Asia, FHA dapat menawarkan banyak peluang perangkaian dan pembelajaran kepada peserta-peserta. Lebih kurang 78,000 pakar perniagaan daripada lebih 100 buah negara dijangka akan turut serta dalam pameran ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodnhotelasia.com.
Sertailah perbualan sosial di:
FHA - Facebook, LinkedIn, Instagram, YouTube - #FHA2018
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Juliet Tseng / June Seah
UBM
Tel: +65 6233 6635 / +65 6233 6621
Emel: juliet.tseng@ubm.com/ june.seah@ubm.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180306/2072805-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180306/2072805-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180306/2072805-1-c