omniture

Persidangan Keselamatan Makanan Global 2018: Perkongsian Awam-Swasta Jadi Tumpuan ketika Bermulanya Sidang Akhbar

Global Food Safety Initiative
2018-03-07 11:39 1181

TOKYO, 7 Mac 2018 /PRNewswire/ --

  • 1,200 delegasi dari 52 negara hadiri Persidangan Keselamatan Makanan Global 2018 di Tokyo, 5-8 Mac, anjuran Global Food Safety Initiative (GFSI)
  • Tumpuan utama sidang akhbar tahun ini adalah kepentingan Perkongsian Awam-Swasta (PPP)
  • Beberapa pengumuman penting tetapkan agenda untuk tahun akan datang dalam keselamatan makanan

Persidangan Keselamatan Makanan Global, acara tahunan yang paling penting untuk keselamatan makanan, bermula semalam di Tokyo, Jepun. Dianjurkan oleh Global Food Safety Initiative (GFSI), acara ini menyaksikan 1,200 delegasi industri makanan dari 52 negara berhimpun bagi membincangkan isu-isu dan trend paling penting dalam keselamatan makanan. Tumpuan utama bagi sidang akhbar tahun ini, yang berlangsung sejurus sebelum bermulanya sesi plenari, ialah Perkongsian Awam-Swasta. Pengumuman yang dibuat menggambarkan kepimpinan GFSI dalam menggalakkan lebih banyak kolaborasi antara pengawal selia kerajaan dan sektor swasta dalam memajukan keselamatan makanan dan mewujudkan kehidupan yang lebih untuk pengguna di mana-mana jua.

Kolaborasi bersama kerajaan 

Perkongsian Awam-Swasta (PPP) menjadi tema utama bagi sidang akhbar tahun ini, yang berlangsung sejurus selepas mesyuarat Kerajaan kepada Perniagaan (G2B) edisi ketiga diadakan, yang menyaksikan para pegawai dari serata dunia berhimpun bagi membincangkan peluang-peluang terkini untuk kolaborasi keselamatan makanan antara sektor awam dan sektor swasta. Dalam mesyuarat G2B tahun ini, Lembaga Pengarah GFSI disertai oleh 40 organisasi yang mewakili 25 negara dan juga lima IGO. Paul Mayers, Naib Presiden Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada, Kanada; Mika Yokota, Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Korporat Industri Makanan dari Biro Hal Ehwal Industri Makanan dan Mike Robach, Pengerusi Lembaga Pengarah GFSI, mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Sidang akhbar ini menyaksikan perkongsian-perkongsian baharu diumumkan, seraya membolehkan sektor awam dan sektor swasta mendorong kemajuan dari segi pendekatan operasi terhadap budaya keselamatan makanan dan meluaskan kapasiti berdasarkan Program Pasaran Global GFSI - satu rangka kerja untuk melaksanakan sistem keselamatan makanan yang mantap dalam pasaran-pasaran sedang membangun.

Bantu industri laksanakan sistem keselamatan makanan 

GFSI komited untuk menyokong pembangunan keselamatan makanan di negara-negara sedang membangun, dan sidang akhbar GFSI tahun ini mengadakan beberapa pengumuman berkaitan peruntukan insentif kewangan untuk perniagaan-perniagaan FMCG bersaiz kecil hingga sederhana di kawasan-kawasan sedang membangun. Ia turut mengumumkan kenyataan tentang garis panduan baharu meliputi pelaksanaan proses-proses keselamatan dan kualiti makanan yang mantap, khususnya berkenaan dengan pengauditan pihak ketiga.

Mike Robach, Pengerusi Lembaga GFSI dan Naib Presiden, Keselamatan Makanan Korporat, Kualiti dan Hal Ehwal Pengawalseliaan, Cargill menyatakan, "Persidangan Keselamatan Makanan Global tahun ini merupakan titik perubahan untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan sektor swasta. Selaku Pengerusi Lembaga GFSI, saya berbangga dapat melihat perkembangan dialog yang diterajui oleh GFSI. Kolaborasi sektor awam-swasta seperti ini adalah sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. 10 tahun lalu, hal ini adalah sesuatu yang hampir tidak terbayang, namun sokongan yang kami saksikan di seluruh dunia pada masa kini menandakan satu perubahan positif secara besar-besaran."

Baca lebih lanjut tentang pengumuman ini melalui mygfsi.com:

Persidangan Keselamatan Makanan Global 2018: Kerajaan dan Perniagaan Bertemu Membentuk Perkongsian bagi Memajukan Keselamatan Makanan

Global Food Safety Initiative (GFSI) Tandatangani Perkongsian dengan Agensi Keselamatan dan Kualiti Makanan Chile, ACHIPA

Global Food Safety Initiative (GFSI) Umumkan Perkongsian Global dengan International Finance Corporation

GFSI Umum Keperluan Penandaarasan Baharu, Perkukuh Rantaian Bekalan FMCG

Source: Global Food Safety Initiative
Keywords: Food/Beverages Licensing/marketing agreements Public Safety Trade show news