omniture

Nitesh Estates Lancar Kediaman Mewah Madison Square di Pusat Bandar Bengaluru, India

Nitesh Estates
2018-03-09 20:06 678

BANGALORE, India, 9 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Nitesh Estates bakal membawakan kehidupan mewah ke pusat bandar Bengaluru menerusi Nitesh Madison Square, kediaman mewah berharga kompetitif, yang bernilai $18 Juta USD, terletak di lokasi utama di Cunningham Road.

Setelah keadaan menjadi lebih tenang ketika pasca penyahwangan dan RERA, pasaran Hartanah Mewah menyaksikan peningkatan permintaan yang mantap. Apabila digabungkan dengan permintaan terhadap perumahan mewah yang dihasilkan oleh Bengaluru, kompleks kediaman mewah di kawasan sekitar Daerah Pusat Perniagaan menjadi keperluan masa kini, dan ketiadaan kediamaan seperti inilah yang membawa kepada pewujudan Nitesh Madison Square.

Terdiri daripada 18 unit dalam kawasan berkeluasan lebih setengah ekar, Nitesh Madison Square mendapat ilham daripada bangunan hadapan jalan di Boston dan New York dengan menggabungkan gaya seni bina Neo Georgia dengan nilai estetik minimalis yang lebih moden. Struktur bata yang padu menampilkan tingkap-tingkap Perancis dan bumbung gabel direka untuk melengkapi kawasan kehijauan yang mengelilingi kompleks ini.

Dengan kemudahan 5-bintang seperti kolam renang, pusat kecergasan, bilik biliard, ruang istirehat yang menawan, kawasan rekreasi, kawasan istirehat tepi kolam dan teres; penduduk Nitesh Madison Square akan sentiasa tinggal dalam suasana kemewahan.

Mengulas tentang Nitesh Estates dan penambahan terkininya dalam segmen kediaman mewah, En. Pradeep Narayan, Naib Presiden Eksekutif - Jualan & Pemasaran, berkata, "Biarpun kami menjalankan projek-projek kediaman dalam segmen kemewahan Uber dan segmen pertengahan, kami menganggap diri kami lebih daripada sekadar pakar Kemewahan. Kami juga merupakan yang pertama sekali membawakan Ritz-Carlton, sebuah hotel 5-bintang, ke India. Nitesh Madison Square ialah penambahan terkini dalam portfolio Mewah kami, menawarkan kemudahan hebat pada harga kompetitif. Sememangnya tiada yang setanding dengannya."

Bermula pada harga $1 juta ke atas, Nitesh Madison Square ialah projek ikonik terkini oleh Nitesh Estates di bandar raya Bengaluru dan meneruskan objektif utamanya untuk memberi sumbangan seni bina yang penting dan ikonik kepada lanskap bandar India.

Latar Belakang Nitesh Estates 

Nitesh Estates, salah satu jenama hartanah mewah yang paling dikenali di India, ialah sebuah syarikat Hartanah generasi pertama yang beribu pejabat di Bangalore. Terkenal dengan reka bentuk yang unggul, muka bangunan yang inovatif, hiasan dalaman yang bergaya, lanskap yang sofistikated dan perhatian kepada butiran dalam seluruh pembangunannya, portfolio Nitesh Estates terdiri daripada Bangunan Pejabat, Hotel, Rumah dan Pusat Beli Belah. Diasaskan oleh usahawan generasi pertama Nitesh Shetty pada tahun 2004, Nitesh Estates memperoleh reputasi cemerlang atas dedikasinya terhadap pembangunan hartanah berkualiti unggul yang dapat dibezakan menerusi reka bentuk yang sofistikated dan kemudahan kelas Pertama.

Perhubungan Media:
Namita Solanki
Pengurus - Pemasaran Digital
namita.s@niteshestates.com

Source: Nitesh Estates
Keywords: Real Estate Residential Real Estate New products/services